PENGUASA YANG DISANGGAH
Samping dan Kain Warna Hijau di Mahsuhkan di Sekolah Agama
-
Secara mudah dan senang Jabatan Agama Islam mengarahkan sekolah Agama yang
berada dalam pentadbiranya menukar warna samping dan kain pelajarnya….dari HIJAU
KEPADA MERAH….??? Sedarkah telah lebih 43 tahun…warna hijau ini digunakan
sebagai Warna rasmi pakaian ini ….. dan warna HIJAU ini adalah warna rasmi ISLAM
….. kenapa Jabatan Agama Islam jadi begini….??? Terutamanya JAWI…..atau dah di
RUMI kan oleh Mahathir@Mahafiraun .
-
Adakah Jabatan Agama Islam memikirkan kos membuat samping dan kain tersebut
tidak tinggi…cuba dibayangkan kalau ada 50 ribu pelajar sekolah agama dan
terpaksa berbelanja tambahan untuk pakaian ini pada tahun hadapan….pakai
kira-kira TABIKA KEMAS …. Contoh aje :- RM 15.00 x 50 ribu pelajar = RM
750,000.00 (3/4 juta)…kan membazir dan membebankan ibubapa…sedangkan pakaian
warna hijau yang lalu boleh diwarisi dari abang dan kakak kepada adiknya….kan
ini mendera rakyat dan bangsa yang sememangnya sesak akibat kenaikan harga
minyak…???
-
Kenapa perlu takut dengan WARNA HIJAU (adakah ia kebetulan sama warna dengan
PAS ) dan wajib tukar kepada WARNA MERAH ( adakah ia kebetulan sama warna dengan
UMNO )…..kata sekolah dan pelajar tidak boleh dipolitikkan…. Tapi kini kita
semua boleh melihat….siapa yang menepuk air didulang…pasti kena kemuka
sendiri….ha..ha…ha???.
-
Rasa takut dan gerun pada warna ini juga telah menunjukkan UMNO@BN serta
juak-juaknya semakin hari semakin terpinggir…..seperti Maharaja
Mahathir@Mahafiraun sentiasa dibayangi oleh DSAI kemanapun beliau pergi….???
Igauan DSAI kepada Mahathir@Mahafiraun amatlah menakutkan…begitu juga WARNA
HIJAU kepada UMNO@BN .
-
Secara rambangnya kita semua boleh melihat….dari kehidupan harian rakyat
marhain hingga kepada kehidupan anak-anak kita semua nak dijajah oleh UMNO@BN
serta Mahathir@Mahafiraun ….seperti yang sebutkan penulis dalam siri RDJNDJ.
Hukum Hudud Tidak Toleran Di Malaysia
-
Apakah Mahathir@Mahafiraun sedar apa yang beliau cakapkan…. Hukum Bunuh dalam
Isu Murtad sebagai satu perbuatan zalim dan tidak adil….???? Apakah hak beliau
nak mempertikai Hukum Allah serta kandungan Al-Quran serta As-Sunnah…..sedang
kan orang bukan Islam sendiri pun mengakui Islam adalah lengkap dan Al-Quran
sebagai panduan yang baik diikuti….ni pulak dahlah mengaku Islam tapi
memperlekehkan hukum Allah serta mempersendakan alim-ulamak dan memuja
ular-mamak.
-
Kenapa beliau takut sangat dengan Hukum Hudud yang telah disahkan sahih lagi
benar oleh semua agama dalam dunia ini…dan para Nabi serta Ulamak terdahulu
telah melaksanakannya…apakan dengan melaksanakan Hukum Hudud ini kita semua akan
kembali ke zaman batu semula…atau kita memang tidak layak menjadi orang Islam
kerana membenci HUDUD.
-
Apakah Hudud itu sebagai satu hukuman didunia sehajakah pada kefahaman
Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dan juak-juaknya. Dan Hudud ini akan
menakutkan pelabur serta para penipu dalam dunia inikah….??? Lantas negara
Malaysia tidak dapat pelabur dari luar kerana HUDUD ini kah …..??? Apakah kita
semua masih mahu mengikut telunjuk orang lidah bercabang inikah…..atau kita
mewajibkan seluruh rakyat dan bangsa Malaysia ini menganuti ajaran Patung
Berhala UMNO@BN yang bermaharajakan Mahathir@Mahafiraun .
-
Apakah SIS, Astora Jabat, Mid Man, Yusof Nor, Kassim Ahmad (JAM) masih mahu
menjadikan rakyat dan bangsa Malaysia ini sebagai golongan yang sesat dan cetek
mengenai Islam yang hakiki…dan mengajar serta mengajak mereka mengamalkan ISLAM
SUKU, POLITIK SUKU, EKONOMI SUKU dan SUKU LAGI HAK MAHATHIR@
MAHAFIRAUN untukmenentukanya…..???? jangan disanggah kuasa Maharaja segala
Maharaja ini….pasti maut dan aib akan dijatuhkan hukuman kepada penentangnya.
-
Apakah dengan meringkan urusan penukaran agama kerana ingin berkahwinan dan
penceraian kita akan dicop dan dianggap sebagai Islam yang bertolak-ansur serta
sederhana, apakah asas sederhana dalam Islam yang difahami oleh
Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dan juak-juaknya. Adakah mereka mengamalkan
kesedehanaan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran mereka…?? Adakah mereka
mahu Islam itu mudah dan longgar, seperti mudahnya Abu Sayyaf menceroboh
Sabah….??? Dan semudah ISRAEL menyembelih rakyat Palastien. Dengan ini Islam di
Malaysia akan di iktiraf oleh IOC ( kuli kuasa Kuffar ) bahawa Malaysia telah
mengamalkan ajaran Islam seperti zaman Nabi Muhammad s.a.w dan arahan Al-Quran
telah dilaksanakan sepenuhnya.
ULAMA Dilarang Menyebarkan Risalah Allah
-
Siapakah yang layak menjadi penyebar risalah Allah, seorang penagih dadah
kah…??? seorang perogol kah…??? seorang pemabuk kah……??? seorang perasuah
kah….??? atau seorang Maharaja yang menjadi raja buat selama-lamanya….dan
terketar-ketar membaca ayat Allah….layak menjadi penyebar risalah Allah di atas
muka bumi ini.
-
Apakah dengan menyenarai hitamkan dan melarang pendakwah dan ustaz-ustaz yang
berilmu ( yang pastinya dari PAS dan keADILan ) dari mengadakan ceramah agama di
surau-surau, dimasjid-masjid, didewan-dewan, dipejabat -pejabat…..
Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dan juak-juak mereka boleh duduk
bersenang-lenang serta tersenyum puas….?? Apakah mereka semua telah lupa…dengan
adanya usaha menghalang penyebaran risalah Allah dan ajaranya….ia sebenarnya
telah membawa Islam mundur 1000 tahun kebelakang…..apakah kita mahu ia berlaku
seperti RUSSIA, BOSNIA, TURKI…. Dimana risalah Allah dilarang untuk diajar dan
disebarkan secara terbuka dan bebas……??? Apakah tauliah atau kebenaran mengajar
dari Jabatan Agama dan JAKIM itu di iktiraf oleh Allah s.w.t serta Nabi Muhammad
s.a.w….??? kenapa nak memperlecehkan dan menyusahkan urusan mencari ilmu Islam
di negara sendiri…..??? apakah Malaysia ini adalah sebuah Negara KOMUNIS seperti
RUSSIA….sedangkan Negara CINA yang berpaksikan KOMUNIS pun membenarkan
penyebaran risalah Allah ini walaupun agak terhad…tapi berapa ramai penganut
Islam di CINA….lebih 50 juta orang…..??? kat Malaysia takat 10 juta orang Islam
usah nak mendabik dada….pasal UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun telah menjadikan
orang Islam di Malaysia ini sebagai hamba-abdi mereka….??? Tak caya cuba tengok
dan siasat….??? Apakah tindakkan kita semua apabila Nabi Muhammad s.a.w dihina,
Ulamak dihina, Al-Quran dan As-Sunnah di perlekeh, Allah s.a.w di sekutukan
serta dibenci….apakah orang ISLAM di Malaysia ini masih ISLAM lagikah atau telah
menjadi penganut Patung Berhala UMNO@BN .
-
Apakah penyebaran risalah Allah itu menjadi satu kesalahan jenayah di Malaysia
inikah….yang sama tarafnya dengan kesalahan rogol atau liwat…..sehinggakan amat
takut risalah Allah ini disebarkan serta difahami oleh Umat Muhammad s.a.w.
Apakah Al-Quran dan As-Sunnah itu tidak lengkap dan penerangannya wajib mengikut
acuan UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun ….. dan penafsiran risalah Allah juga
wajib dari kalangan mereka yang pernah terlibat dengan rasuah, kronisme,
nepotisme, nasionalisme serta yang menjadi penguasa zalim….???
-
Apakah UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun mahu melihat tiang-tiang masjid dan
surau akan berimamkan mimbar serta dimakmumkan oleh cicak, nyamuk, lipas,
sejadah, kipas, lampu serta carpet sehaja….??? Apakah mahluk Allah ini sehaja
yang layak menghuni masjid dan surau. Kemanakah pergi Insan bernama Manusia….???
Adakah Manusia tidak layak untuk beribadat dan mendapat ilmu dirumah Allah
ini…..?? apakah manusia yang bertaraf tok guru, ustaz hanya layak menghuni lokap
atau penjara milik UMNO@BN serta kuncu-kuncunya.
-
Apakah tujuan pembinaan Masjid dan Surau yang cantik-cantik dan luas
dibina…hanya dibiarkan kosong tanpa jamaah….apakah sekadar nak menunjuk kepada
dunia luar, bahawa Malaysia mempunyai masjid dan surau yang terbanyak dan
tercantik dalam dunia ini…..tanpa perlu ambil peduli…berpenghunikah ia…..atau
hanya tiang lebih banyak dari jamaahnya…..???
-
Kenapa CERAMAH AGAMA anjuran BARISAN ALTERNATIF boleh dihadiri puluhan ribu
umat Islam dan bukan Islam…apakah Penceramah dari BARISAN ALTERNATIF ini
mengajar serta mengedarkan risalah yang sesat lagi menyesatkan….sehingga hadirin
puluhan ribu itu menjadi buta hati…kerana tidak mampu menilai apakah itu
Islam……dan kenapa tak sampai 1000 orang hadir dalam majlis Forum anjuran UMNO@BN
dan makanan disediakan lebih ramai dari penonton…adakah penceramah Jemputan
UMNO@BN itu tak berilmu atau memutar belitkan ajaran Islam mengikut mazhab
Patung Berhala UMNO@BN …..sehinggakan rakyat marhain merasa jemu dan jelek untuk
hadir dalam majlis ilmu anjuran UMNO@BN .
-
Adakah Demontrasi penentangan terhadap musuh Islam anjuran UMNO@BN dihadiri
oleh ribuan orang….yang nyatanya hanya beberapa golongan pengampu sehaja yang
hadir……tapi kenapa berbeza dengan dengan majlis bantahan anjuran rakyat atau
Barisan Alternatif…. Ribuan rakyat hadir memberikan sokongan serta bersama-sama
untuk berjihad ke jalan Allah.
-
Secara ringkasnya…penulis telah membuat kajian dibeberapa negeri
Malaysia…..mana-mana majlis Ilmu yang dikendalikan oleh UMNO@BN dan Ustaz atau
penceramah yang dijemput secara sah dan sahih menyokong UMNO@BN akan
dipinggirkan oleh jamaah, seperti contoh…rakan penulis dari Kuala Lumpur
memaklumkan….beberapa siri forum dan dailog di Masjid serta Surau mendapat
sambutan amat dingin sekali…. Tak sampai 50 orang pun yang sanggup hadir, tapi
makan disediakan 10 kali ganda dari hadirin….kalau mengikut senario sebelum isu
DSAI…..kalau majlis sebegini diadakan….lebih 500 orang akan hadir…malahan pernah
penulis hadir dalam satu majlis Ilmu yang diadakan selama 2 hari 3 malam
disebuah masjid di Kuala Lumpur yang diisi dengan majlis Ilmu setiap masa oleh
penceramah yang berwibawa dengan kehadiran lebih dari 20,000 orang…..apakah
faktor DSAI telah mengelap masjid dan surau ini….??? Bagi penulis Kuala Lumpur
adalah tempat penyebaran agama Islam paling aktif di Malaysia…..dimana dari anak
kecil sehingga orang tua….masjid dan suraulah tempat pertemuan dan bermasyarakat
mereka…dan tempat ini jugalah tempat menimba ilmu…kerana sebelah siangnya sebok
dengan urusan harian….??? Apakah Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN mahu
menghapuskan hidup bermasyarakat dan berilmu orang Islam di Malaysia
ini….biarkan semua orang Islam menjadi bodoh dan lalai setiap masa…agar mudah
bagi mereka untuk menyembelih dan menghamba-abdikan orang Islam dan Melayu di
Malaysia ini.
Kini kita semua sebenarnya sedang menghadapi satu usaha untuk menghapuskan
Islam… bukan sekadar pada namanya sehaja….malahan dari dalam hati dan jiwa kita
semua…..!!!!! Kalau kita melihat di Israel dan Bosnia penghapusan etnik
dikatakan kecam dan boleh dilihat melalui mata,,, tetapi penghapusan Islam di
Malaysia adalah unik serta canggih…..kerana ia amat susah nak dikesan melalui
pancaindera kita….??? Dimana kita semua menghadapi penghapusan roh dan jiwa
serta minda Islam…..pada pandangan luaranya imej Islam di Malaysia amat canggih
dan ketara…tetapi Islam yang sebenarnya dalam proses di hapuskan dalam kepala
otak dan jiwa kita…..???
Agenda penghapusan Islam ini memang ditaja oleh rejim yahudi….tetapi di
Malaysia…. Ia dilaksanakan oleh Patung Berhala UMNO@BN dan Maharaja
Mahathir@Mahafiraun serta juak-juak mereka….kerana selagi ada roh dan jiwa Islam
dalam badan penganut Islam…selagi itulah segala agenda UMNO@BN yang bertuankan
Mahathir@Mahafiraun mustahil dilaksanakan….??
Kini terletak ditangan dan kuasa orang Islam sendiri untuk menentukan Penguasa
yang mana layak mempertahankan Islam yang hakiki lagi syumul……dan Penguasa yang
mana pula layak disanggah dan ditentang habis-habisan kerana merosakkan serta
menghapuskan Islam….??? Yang nyatanya orang Islam yang berpaksikan Patung
Berhala UMNO@BN kini lebih jauh dan tersasar dari landasan yang sebenarnya
mengenai hakikat JIHAD serta ISLAM ITU SATU CARA HIDUP.
Perjuangan Islam di Malaysia masih lagi muda…kerana tekanan puak-puak kafir amat
minima…tetapi tekanan dari puak-puak yang mengaku Islam amat ketara dan
keras….sehingga hari ini…golongan anti-hadis dan anti-al-Quran benar-benar
menonjol serta berkuasa dalam Majlis Agama Islam dan JAKIM….?? Dan kita melihat
penganut ajaran selain Islam benar-benar bebas beragama dan menyebarkan dakwah
mereka….kerana mereka dilindungi oleh Penguasa yang maha berkuasa serta
mempertahankan mereka.
Kembalikan kegemilangan Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w serta
kepimpinan Islam oleh para pejuang dahulu serta para alim-ulama yang diakui
kehebatan mereka….??? Hak rakyat adalah hak bangsa, hak agama adalah hak
bersama….??? Tiada satu orang pun penganut Islam yang tulen akan mengatakan
Islam itu hanya pada fardu-ain dan fardu-kifayah sehaja…..yang pastinya Islam
itu merangkumi seluruh tatacara dalam kehidupan ini…maka bertepatanlah ISLAM ITU
SATU CARA HIDUP dan JIHAD ITU SATU PERJUANGAN MENEGAKKAN
DAN MEMPERTAHANKAN
ISLAM.
" KEMBALIKAN HAK KAMI HAK RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA YANG MERDEKA "
" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
27HB.OKT.2000
|