ISU EZZAM
Seperti yang diduga, mesin2 propaganda milik UMNO sudah mula menghentam Sdra
Ezam. Kononnya Sdra Ezam ialah penghianat. Macam2 lagi yang memburuk burukkan Sdra Ezam,
kononnya apa yang dilakukan oleh Sdra Ezam dan Keadilan, ialah usaha mensabotaj negara.
Adakah
mencerita atau mendedahkankan perkara2 yang benar merupakan satu penderhakaan? Salahkah
mendedahkan salahlaku PM atau PM ni mempunyai imuniti, salahlakunya atau pembohongannya
tak boleh dipertikaikan dan didedahkan?
Lagi pun, siapakah gerangan Sdra Ezam ni
berbanding dengan PM? Takkanlah negara2 yang mendapat maklumat2 dari beliau boleh terima
segala maklumat dengan bulat2? Apa yang nak ditakutkan? Berani kerana benar. Takkanlah
Sdra Ezam nak menabur fitnah mengenai negara. Kalau betul Sdra Ezam menabur fitnah dan
memburuk burukkan negara, cajlah beliau.
Isu2 yang dibangkitkan oleh Sdra Ezam adalah
benar, yang kita takkkan dapat dari media2 massa tempatan yang asyik memutarbelit fakta2.
Kesongsangan, kepincangan institusi2 tertentu memang berlaku. Satu dunia dah tahu. Tak
perlu disorok lagi.
Apa yang dilakukan oleh Sdra Ezam mungkin boleh menyelamatkan
negara. Majoriti rakyat berterima kasih kepada Sdra Ezam kerana berani mendedahkan
kesongsangan,penyelewengan2, kepincangan dan salahlaku2 yang sudah dan sedang berlaku
dinegara ini. Hanya orang2 yang bersalah aja yang takut pekung2 mereka di dedahkan di
seluruh dunia!!
Dunia pun tak sebodoh yang disangkakan. Hanya segelintir rakyat negara
ini yang masih bodoh dan mudah diperdayakan oleh mesin2 propaganda yang dibawah cengkaman
PM dan puak2nya! Bodoh macam kerbau yang dicucuk hidung, langsung tak boleh berfikir
secara rasional. Sia sia aja Allah swt memberi akal fikiran!Nak mempertahankan negara atau
nak mempertahankan kaki belit sorang ni yang pandai berlakon??
ANTI PENJAJAHAN MINDA