Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

SIAPA SEBENAR PENDERHAKA?

Heboh sekarang mesin2 propaganda nak mensensasikan isu Sdra Ezam yang dikatakan telah memburuk-burukkan negara semasa di luar negara. Sdra Ezam bukan memburukkan negara tetapi memburukkan perdana menteri Malaysia yang memang patut pun diburukkan. Perangainya huduh sangat, asyik berlakon, cakap lain buat lain, takkan nak biarkan PM ni bercakap sesuka hati di mana jua?

Sdra Ezam hanya nak membetulkan keadaan, menyatakan fakta2 benar. Adakah ini menderhaka namanya? Kita patut berterima kasih kepada Sdra Ezam kerana berani mencabar kredibiliti PM, kerana berani mendedahkan perangai tak senonoh PM. Kalau di dalam negara, jangan harap segala yang dikatakan oleh Sdra Ezam akan diberi tempat dalam media2 massa. Kalau adapun, ditapis habis.

Apa yang ditakutkan, kalau betul Sdra Ezam menabur fitnah, gunalah mesin2 propaganda milik UMNO menangkis apa yang dilakukan oleh Sdra Ezam. Bukan sekadar menangkis dan melalak dalam negara tapi melalaklah di seluruh dunia. Bolehlah satu dunia menilai siapa yang betul! Ini tidak, rakyat sendiri disekat dari menerima berita2 sebenar. Asyik disogok dengan propaganda2, asyik disogok dengan berita2 yang sengaja nak menonjolkan imej PM.

Apa yang special sangat dengan PM sehingga ada yang sanggup nak mempertahankan imejnya? Macam kerbau dicucuk hidung. Macamlah PM ni indispensable sangat. Tarik balik kemudahan2 mesin2 propaganda, maka habislah imej PM. Beliau bergantung sangat pada mesin2 propaganda yang dengan liciknya, mencanangkan  imej baiknya.

Siapakah penderhaka? PM dan pengendali2 mesin2 propagandalah yang menderhaka pada negara. Kerana memutarbelit fakta2, berbohong kepada rakyat dan membebankan negara dengan hutang2 yang kian bertambah. Rakyat berterima kasih kepada sdra Ezam. Teruskan perjuangan!


ANTI PEMBOHONGAN

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter