Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

UFO : SEKADAR SATU RENUNGAN

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan berita mengenai UFO yang acapkali kelihatan dalam berbagai bentuk dan saiz. Paling akhir berita dari media elektronik malam ini (tv) menyebutkan ianya berbentuk cahaya dan berkejar-kejaran di antara satu sama lain. Sebenarnya UFO adalah ciptaan Barat. Negara-negara Barat yang meneroka ke angkasa lepas  dibayangi oleh imaginasi bahawa di planet-planet Marikh, Zurah dan sebagainya mungkin dihuni oleh penghuni-penghuni lain sepertimana Bumi dihuni oleh manusia.

Penghuni-penghuni planet asing itu  dipaparkan dalam karya-karya seniman mereka dalam bentuk yang berbagai-bagai  yang dapat kita lihat dalam filem-filem seperti Return of The Jedi, Star Wars dan sebagainya. Bagi kita umat Islam, kita tidak seharusnya gempar dengan berita-berita seperti ini. Islam sudah memberikan garis kasar kepada kita tentang siapakah yang menghuni dunia ini.

Manusia adalah khalifah di bumi ini dan tugasnya haruslah memakmurkannya. Selain dari manusia Al Quran menyebut tentang adanya malaikat, jin dan syaitan. Selebihnya adalah binatang-binatang di darat dan hidupan di laut. Tidak ada makhluk lain selain dari itu.  Kalau pun ada penghuni-penghuni di planet lain ia mestilah dari golongan manusia atau jin dan syaitan. Malaikat sudah tersedia tugasnya masing-masing. Maka malaikat tidak perlu menjelma dalam bentuk yang lain kecuali jika ada arahan. Yang sering menjelma dalam bentuk yang lain atau bukan bentuk asalnya adalah golongan jin dan syaitan. Jadi, kalau pun wujud apa yang dikenali sebagai “unknown  foreign object” (UFO) itu tadi, ia mestilah dari tiga golongan ini : samada manusia, jin atau syaitan. Inilah pandangan Islam. Kesimpulannya kita tidak dapat menerima wujudnya  makhluk-makhluk yang lain selain dari yang telah dijelaskan oleh Islam. Inilah kepercayaan kita.Dan inilah aqidah kita. Kita mestilah melihat UFO itu dari sudut ini. Bukan dari kacamata Barat.

Jadi, mengapa kita perlu sibuk-sibuk dengan perkara-perkara lain yang tidak ada asasnya di dalam Islam. Mengapa kita perlu gempar dengan UFO yang hanya wujud dalam imaginasi masyarakat Barat? Ataukah kita sebenarnya lebih barat dari orang Barat iu sendiri! Ini hanyalah sekadar satu renungan. Renungkanlah!

 

XYZ,2000. 

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter