Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

FATWA MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA

Keputusan Majlis Agama Islam Melaka (Maim)untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap umat Islam di negeri itu yang gagal membayar zakat pendapatan adalah satu bentuk penguatkuasaan Syariah Islam  di negeri itu (Berita Harian, 24 Oktober, 2000).Kesalahan tidak membayar zakat setakat ini hanya boleh dikenakan mengikut Seksyen 82(1) Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 dengan denda sehingga RM 5,000 , penjara 36 bulan atau kedua-duanya sekali. 

Menurut Setiusaha Maim peraturan itu perlu lebih lengkap dan akan diperkemaskan sesuai dengan Fatwa yang dikeluarkan oleh Maim bahawa setiap umat Islam yang layak wajib membayar zakat pendapatan. Soalnya benarkah zakat pendapatan itu wajib? Penulis pernah menghadiri taklimat zakat pendapatan peringkat Wilayah Persekutuan dan melihat ada beberapa perkara yang tidak jelas dan mungkin bertentangan dengan Syariah Islam sendiri. Umpamanya cara pengiraan yang terlalu umum iaitu gaji  setahun ditolak dengan perbelanjaan asas, perumahan, perbelanjaan anak-anak dan lain-lain yang perlu. 2.5% dariapada bakinya itulah yang wajib dibayar , dan cara pembayaran boleh dibuat melalui potongan gaji.

Pendapatan dari gaji kalau diambil kira dari perbelanjaan bulanan umat Islam sekarang sepatutnya tidaklah perlu dan tidaklah wajib dibayar zakat ke atasnya. Ini kerana wang gaji itu digunakan setiap bulan dan sudah tentu ia tidak mencapai tempuh setahun (cukup haul – dalam istilah fiqh) yang membolehkan ianya dibayar zakat. Dan lagi kadar yang diambil oleh JAWI itu bagi perbelanjaan bulanan yang terlalu asasi dirasakan tidak mencukupi atau kurang dari perbelajaan  sebenar. Kenaikan harga barang dan peningkatan kos hidup terutama di bandar-bandar perlu diambil kira jika kita ingin menentukan kadar nisab yang wajib dibayar zakat. Kadar yang terlalu rambang menyebabkan keputusan yang diambil tidak tepat dan tidak boleh dijadikan hujah ke atas seseorang dan mewajibkannya membayar zakat. Apalagi umat Islam di negara ini diwajibkan juga membayar Cukai Pendapatan (income tax). Dengan begitu Fatwa Maim itu boleh dipertikaikan.

Sepatutnya jika umat Islam diwajibkan membayar zakat, maka income tax tidaklah lagi perlu dibayar. Jika tidak terjadi pertindihan.Kaum bukan Islam hanya perlu membayar cukai pendapatan. Tetapi umat Islam perlu membayar kedua-duanya sekali! Ini adalah satu bentuk penganiayaan yang dipaksakan ke atas umat Islam apalagi kalau zakat pendapatan itu dikuatkuasakan dengan undang-undang.

Apapun masalahnya kita melihat cadangan Maim dan lain-lain  Majlis Agama Islam negeri-negeri mewajibkan zakat pendapatan adalah tidak tepat dan bercanggah dengan Syariah Islam. Sepatutnya kajian mendalam perlu dibuat sebelum dikuatkuasakan dengan undang-undang. Tetapi memang begitulah kerajaan sekarang. Pusat Pungutan Zakat (PPZ) ditubuhkan disetiap negeri dan dibekali dengan peralatan canggih seperti komputer dan tenaga profesional seperti akauntan. Sebabnya semata-mata kerana wang. Bukan kerana Islam. Kenapa  undang-undang Islam yang lain seperti hudud, sistem ekonomi Islam, sistem pendidikan Islam tidak dikuatkasakan seperti zakat? Dan tidak pula dibekali dengan peralatan yang canggih dan tenaga profesional? Sebabnya sistem Islam yang lain lebih banyak merugikan dari segi ekonomi (pada pandangan mereka) dan tidak mendapat pengiktirafan dunia, bahkan dibenci oleh Barat. Sedangkan sistem Islam secara keseluruhannya di samping memperbetulkan masalah ekonomi dan sosial, ia sebenarnya lebih mementingkan kesejahteraan rakyat serta keselamatannya Islam tidak memandang penganutnya sebagai suatu benda yang keras  tetapi ia juga mengandungi jiwa dan roh. 

Itulah sikap bermuka-muka atau talam dua muka yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional, atau dalam istilah Islam sikap munafik yang jelas dan menjadi musuh dalam selimut bagi umat Islam!

 

XYZ,2000.

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter