Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

ZURINAH HASSAN, SAYEMBARA PUISI DAN PUTERI POS

Tulisan Zurinah Hassan mengenai kejayaan Puteri Pos menganjurkan sayembara puisi sempena Hari Pos Sedunia agak menarik untuk diperhatikan (Berita Harian,20 Oktober, 2000). Pertama kerana pujian beliau ke atas Pos Malaysia khususnya Puteri Pos yang dirasakan agak berlebihan. Zurinah bukanlah nama yang asing dalam dunia perpuisian tanahair. Puisi-puisinya mendapat perhatian ramai pengkritik sastera dan menjadi bahan kajian di peringkat universiti. Penyair wanita ini dikatakan agak filosofikal dalam penyampaian bait-bait puisinya.

Namun pujian beliau yang berlebihan ke atas sayembara puisi di Auditorium DBKL  itu nampaknya mempunyai maksud yang lebih tersirat dari apa yang tersurat. Maklumat dari kawan-kawan yang bertugas di Pos Malaysia memang banyak untuk diperkatakan khususnya mengenai Puteri Pos. Tetapi kita tidak bermaksud untuk menjatuhkan maruah sesiapa , tetapi sedikit kritikan mungkin boleh memperbetulkan keadaan.

Menurut teman-teman di sana Puteri Pos kini adalah persatuan yang paling dominan di Pos Malaysia. Sebab utamanya ialah Pengerusinya sendiri ialah Puan Sri sendiri, isteri kepada Pengerusi Eksekutif. Walaupun ia hanya sebuah persatuan di luar organisasi Pos Malaysia, tetapi ia berkuasa mencampuri urusan dalaman syarikat kerajaan itu sehingga ke peringkat mendapatkan kuota untuk kenaikan pangkat bagi ahli-ahlinya. Malah Pos Malaysia memperuntukkan dana khas bagi membiayai aktiviti persatuan berkenaan.  

Seharusnya persatuan itu tidak mencampuri urusan dalaman syarikat berkenaan, kerana sikap sedemikian sedikit sebanyak akan menganggu perjalanan syarikat, begitulah khabarnya dari kawan-kawan di sana. Dominasi Puteri Pos  tidak akan berakhir selagi pengerusinya adalah orang yang sama, tambah teman-teman itu lagi.

Adalah malang bagi sebuah syarikat yang dikuasai oleh persatuan wanita hatta sampai ke peringkat masalah pengurusan dan masalah dalaman syarikat. Banyak masalah yang timbul akibat dari dominasi tersebut. Dan Islam menetapkan pimpinan haruslah dikuasai kaum lelaki .Sebab apabila wanita menguasainya mereka selalu lebih mengutamakan perasaan dari fikiran yang jernih dan terang. Ini adalah tabi’i kaum hawa yang banyak dibicarakan dalam Islam.

Sebab lain mengapa Zurinah Hassan berbuat demikian ialah beliau sendiri rapat dengan Pos Malaysia.Bahkan suaminya sendiri dikatakan adalah salah seorang eksekutif kanan di sana. Sebenarnya sumbangan Puteri Pos, Pos Malaysia dan para peserta yang mengambil bahagian serta audien yang datang bukanlah besar sangat terhadap perkembangan Bahasa dan Sastera Kebangsaan. Ia hanyalah buih-buih kecil  yang menumpang di arus deras dan akan hilang dibawa arus seketika kemudian. Mungkinkah dapat kita katakan, mengingat hubungan Zurinah dengan Pos Malaysia serta Puteri Pos, unsur-unsur  kronisme dan “bodekismelah” sebenarnya yang mewarnai majlis sayembara berkenaan. Unsur yang mulanya dikatakan oleh Zahid Hamidi dalam satu perhimpunan Agung Umno sehingga menyebabkan  ia terbuang dari pucuk pimpinan Pemuda. Walaupun ia dinafikan oleh PM sendiri, tetapi hakikatnya unsur itu sedang  merayap dan menular dalam masyarakat Malaysia. Yang menjadi mangsa adalah orang-orang yang bekerja dan beramal dengan ikhlas tanpa pandai ‘mengipas’ dan tanpa sikap ‘yesman’. Salah seorang dari mangsa itu adalah Saudara Anwar Ibrahim sendiri yang kini sedang menghuni penjara Sg.Buluh yang belum dapat dipastikan masa depannya!

Buluh Betung

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter