IMEJ MAHATHIR CUBA DIPERTAHANKAN
Gabrah betul mesin2 propaganda dalam usaha nak
mempertahankan imej Mahathir. Setelah gagal diberi penghormatan berucap di persidangan
ISNA, untuk menjaga imej Mahathir, cepat2 dijinakkan LARIBA supaya memberi anugerah
kepada Mahathir. Itu pun setelah dicurah lebih kurang RM5 juta kepada syarikat LARIBA
ini yang sekarang disiasat oleh pihak Amerika. Lepas tu, di Chicago ada pula demonstrasi
menyambut ketibaan Mahathir. Wira dunia ketiga disambut dengan demonstrasi!
Di UK
pula, di mana2 beliau pergi, beliau disambut oleh demonstrasi juga dan dalam satu
perjumpaan dengan pelajar2, tak disangka2 beliau diajukan dengan soalan2 yang ternyata
menyoal kredibiliti Mahathir dan pentadbirannya. Nak tahu lebih lanjut, belilah kaset
ceramah YB Sdra Azmin dan Sdra Ezam. Rupa2nya pelajar2 kita di luar negara pun ambil
berat dengan perkembangan yang sedang berlaku dalam negara.Tersentak dibuatnya Mahathir
kerana pada lazimnya, sesi soal jawab seperti ini telah di vet terlebih dahulu oleh
pihak penganjur. Mana Mahathir tak mengamuk? Bergegas dia meninggalkan dewan tanpa
berjabat tangan dengan pegawai2 dari kedutaan kita di UK!
Kerana tak puas dengan
sambutan dan layanan yang diterimanya di UK khususnya dari masyarakat Islam, maka mesin
propaganda pun berusaha dengan keras merancang sesuatu untuk Mahathir. Selepas bercuti
rehat dengan rakan baiknya, Ananda Krisnan di Greece, dan siapnya program yang telah
diatur secara impromptu di Bosnia, maka Mahathir pun pergilah ke Bosnia. Entah berapa
juta wang rakyat dicurahkan untuk mengatur program2 di Bosnia ini! Semata2 untuk
mempertahan dan menonjolkan imej Mahathir.
Balik pula ke negara, IKIM pula dikerah
untuk menganjurkan satu seminar di mana Mahathir dijemput untuk memberi ucapan. Ramai
juga peserta2 dari luar negara yang telah dijemput dan dibiayai oleh IKIM! Peruntukkan
khas untuk membawa peserta2 dari luar negara. Lagi duit habis semata2 untuk menonjolkan
imej Mahathir.
Tak habis dengan itu, ketibaan timbalan perdana menteri nombor dua
Arab Saudi yang disambut sendiri oleh Mahathir diberi liputan luas oleh mesin2
propaganda. Bukan orang nombor satu atau pun timbalan nombor satu tapi timbalan nombor
dua pun, Mahathir menebalkan muka menyambutnya di airport! Seolah2 berterima kasih pada
pihak Arab Saudi yang sudi datang ke negara ini. Satu peluang baik lagi untuk
menonjolkan imej Mahathir.
Kita akan saksikan adegan demi adegan yang sengaja
diaturkan untuk menonjolkan imej Mahathir. Dengan dibantu oleh mesin2 propaganda,
pandangan rakyat cuba dikaburi. Dalam pada itu, kerja2 macam ini menelan belanja
berjuta2 ringgit. Habis duit rakyat disalahgunakan untuk mempertahan dan menonjolkan
imej Mahathir.
JPM