KES BEKAS KETUA PENGARAH EPU
Pelik sungguh! Mula2 dikudakan seorang
timbalan menteri dari Sarawak untuk menyatakan bahawa kes berhubung dengan salah laku PM
yang cuba menghalang siasatan rasuah terhadap bekas ketua pengarah EPU seperti yang
disebut oleh Dato Shafie dalam mahkamah, telah selesai. Kemudian, seorang Setiausaha
Parlimen pula dikudakan yang menyebut dalam parlimen baru2 ini bahawa pejabat Peguam
Negara telah berkata bahawa kes ini sudah tutup kerana tak cukup bukti!
Alahai, tak cukup bukti macam mana kalau
keterangan Dato Shafie di dalam mahkamah langsung tidak dicabar oleh mana2 pihak. Adakah
ini bermakna keterangan yang dibuat oleh Dato Shafie tidak kredible atau Dato Shafie
sendiri tidak kredible orangnya? Sebagai rakyat biasa, kita boleh nampak kes ini ialah
satu jenayah besar. Satu dunia terkejut apabila kes ini timbul! Seorang PM, ketua
eksekutif negara cuba menghalang siasatan rasuah dan setelah dihalangnya siasatan,
dilantik tertuduh ke jawatan lebih tinggi, Gabenor Bank Negara! Phew! Hebat sungguh!
Habis undang2 diliwat oleh puak2 ini untuk menyelamatkan bos mereka. Kes ini patut
diperbesarkan ke seluruh dunia, bagaimana seorang yang menjaja ke sana ke sini kononnya
nak membanteras rasuah tetapi sebenarnya ialah seorang raja pelindung rasuah.
ANTI RASUAH