SAMPING HIJAU DITUKAR MERAH
Melalui HARAKAH keluaran 1-15 November 2000, Saidah Hairan melaporkan
tentang arahan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan dan Penyelidikan, Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan yang ditandatangani oleh Haji Abdul Kadir Che' Kob
berhubung penukaran pakaian saragam untuk semua pelajar Sekolah Rendah Agama Islam
Wilayah Persekutuan daripada putih/hijau kepada warna putih/merah mulai awal
persekolahan tahun depan. Ini siapalah yang empunya angkara pula ni. Saya ingin tanya
apakah rasional pertukaran warna pakaian sekolah dari putih/hijau kepada putih/merah
ini. Sudah bertahun-tahun warna pakaian seragam yang sediada diterimapakai, tiada pula
masalah yang timbul. Mungkin juga Bahagian Pendidikan dan Penyelidikan, Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan itu ada membuat penyelidikan berhubung merit pertukaran ini.
Kalau ada silalah hebahkan hasil penyelidikan tersebut. Mengapa pula Haji Abdul Kadir
Che' Kob yang menandatangani surat arahan ini bagi pihak Pengarahnya. Kalau perkara
ini sangat penting Pengarahnya sendirilah yang sepatutnya menandatangani surat arahan
berkenaan. Ini seorang lagi HJ yang dikategorikan kalangan dam aji !.
Arahan ini dapat kita lihat adalah merupakan salah satu lagi sandiwara
baru KERAjaan UM NO. UMNO ini adalah satu parti yang sangat phobia warna. Lihat ada
bulatan putih dilogo petronas mereka jadi gelabah, mereka yang tak ada apa-apa kaiatan
dengan Petronas ini sibuk bawa usul supaya bulatan putih ditukar kepada bulatan
berwarna hijau. Memandangkan bulatan berwarna hijau tidak keselurohannya menutupi
bulatan warna putih asal, maka ada pula orang mentafsirkan bahawa bulatan putih itu
adalah bulan yang dilindungi sebuah planet lain. Kini UM NO yang phobia warna
putih/hijau mulai kemaruk dan gabra dan cuba mempengaruhi JAIWP supaya menukar warna
pakaian seragam sekolah agama dari putih/hijau kepada putih/merah selaras dan sesuai
dengan dua warna yang masih dikenali oleh UM NO (Baru) A ini.
Saya menyarankan agar semua ibu-bapa tidak mematuhi arahan yang berbau
politik ini. Sebaliknya kita perlulah mendapatkan penjelasan daripada Haji Abadul
Kadir Che' Kob rasional mengapa penukaran ini perlu. Jika mereka berkeras juga ada
baik kita menghantar anak-anak kita belajar di sekolah-sekolah agama lain. Saya
sekarang ini mempunyai 2 orang anak yang bersekolah dengan pakaian putih/hijau dan
saya tak nampak cacat celanya berpakaian demikian dan menutup aurat. Pelajaran mereka
baik, bahkan anak yang tua saya merupakan bekas pelajar sekolah agama JAIWP
juga berpakaian putih/hijau kini berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan
kerjayanya. Kita nak tanya Haji Abdul Kadir Che' Kob ini adakah dengan berpakaian
putih/merah nanti prestasi pelajaran anak-anak kita akan lebih cemerlang lagi ?. Kalau
ada jaminan begitu, saya malah saya kira semua ibu-bapa di Wilayah Persekutuan
bersedia menurut arahan tuan HJ tersebut.
Apa yang kami takut nanti lain pula
yang terjadi, apabila pelajar berpakaian putih/merah ramai pulak yang disinggung dan
ditanduk oleh lembu ! yang anti sangat warna merah !. Hai siapalah orang dari KERAjaan
UM NO yang telah mempengaruhi kotak fikiran tuan haji ini ?. Kalau berpakaian
hijau/putih melambangkan parti politik PAS, maka tidak terfikirkah tuan HJ berpakaian
putih/merah itu melambangkan parti politik UMNO. Dan kalau putih/biru nanti dikatakan
melambangkan parti politik keADILan maka pakaian murid sekolah rendah kerajaan juga
mesti ditukar juga - bukan begitu ?. Apalah yang nak ditakutkan dengan warna
putih/hijau tu ?. UM NO melalui saki-baki kuasa yang ada padanya boleh berbuat apa
sahaja untuk mengaburi mata rakyat waimah menghilangkan warna putih/hijau yang
terdapat daripada sebarang objek bikinan manusia demi menyedapkan hati mereka. Tetapi
hijau/putih memang sudah lama terpahat dalam hati rakyat Malaysia bak kata perpatah
"Hilang Di Mata Di Hati Jangan". Lepas ini saya sarankan supaya warna hijau
di lampu isyarat dijalan-jalan raya bolehlah diarahkan ditukar. Kalau seronok sangat
dengan warna merah, ha..letak ketiga-tiga lampu tu warna merah !.
Wahai Haji Abdul Kadir Che Kob, kami sedarlah bahawa kamu itu menurut
perintah dalam menjalankan tugas, tetapi kalau nak turut perintah tu berpada-padalah.
Janganlah biarkan orang politik menunggang JAIWP sepertimana yang terjadi dengan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Nanti JAIWP bertukar pula menjadi JABATAN
ANTI ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN kan susah jadinya. Maka fikirkanlah dan tarik
semula arahan berhubung dengan cadangan pertukaran pakaian putih/hijau kepada
putih/merah itu. Jika perlu juga ditukar Haji Abdul Kadir Che Kob mestilah mengambil
jalan tengah dengan tidak menerima mana-mana warna yang boleh ditafsirkan merupai atau
menjadi semacam sesuatu kepunyaan mana-mana parti. Untuk itu kepada Haji Abdul Kadir
Cek Kob saya sarankan pakaian seragam sekolah agama ditukarkan kepada warna putih
khinzir/kelabu tahi anjing. Apa kata OK tak cadangan ini ?. Tapi saya takut
juga lepas ini terdapat pula bangkangan dari babi-babi dari Bukit Pelanduk dan
kumuniti anjing-anjing belaan Ling Liong Shit dan Samy Tak Ada Value pula !. Susah
juga ya !....
Kepada semua Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri sukalah saya sarankan
agar jabatan tuan-tuan ditadbirkan dengan lebih professional. Janganlah biarkan
jabatan tuan ditunggangi pemabuk-pemabuk dan phobia warna KERAjaan UM NO. Insaflah,
tinggalkan mota "Berkhidmat Untuk Negara" sebaliknya gunakan moto
"Berkhidmat Kerana Allah Untuk Dunia dan Akhirat" tinggalkan ungkapan
"Saya yang menurut perintah" gantikan dengan "Saya yang menjalankan
amanah".
Amin.
PASdulukinidanselamanya@purnama.com