Sifat Dakwah Dan Pendakwah - Siri 4
"Contohi Selangor larang Nik Aziz
berceramah di masjid" demikian bunyinya tulisan Kiah Arjuna, Kuala Lumpur yang
disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia, Rabu 25 Oktober 2000. Beliau seterusnya
menyarankan larangan ini dicontohi oleh lain-lain kerajaan negeri. Katanya setiap
negeri di Malaysia ini mempunyai raja atau Yang Di Pertua Negeri yang bertanggungjawab
ke atas hal ehwal dan kesucian Islam. Undang-undang yang termaktub di setiap negeri
hendaklah dipatuhi oleh semua pihak. Hanya penceramah yang ditauliahkan sahajalah yang
diizinkan untuk berceramah mengenai Islam di dalam negeri-negeri di Malaysia ini
termasuk di Kelantan sendiri.
Meluat dan mual nak muntah sekali saya membaca
tulisan pembodek ini. Jelas betapa danggal dan dunggunya penulis dalam
mentafsirkan dan mengulas dan seterusnya menyokong membabi-buta akan tindakan Pengarah
JAIS dan Menteri Besar Khir Toye. Inilah akibatnya jika orang yang tidak berilmu
mengeluarkan kata-katanya. Kalaupun ia berilmu tetapi mungkin juga tidak beramal
dengan ilmunya. Memanglah di Malaysia ini mempunyai raja atau Yang Di Pertua Negeri
yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal dan kesucian Islam. Tetapi selama lebih 43
tahun kita merdeka ini, tanggungjawab dan pertanggungjawaban mereka-mereka ini menjadi
tanda-tanya.
Dalam beberapa isu yang melibatkan agama Islam ini mereka-mereka ini
nampak diam membisu bagaikan digam UHU. Bagi sesetengah mereka-mereka ini juga
penghayatan dan pengamalan mereka terhadap suruhan agama Islam itu sendiri menjadi
tanda tanya. Lihat sahajalah bagaimana mereka-mereka ini mengharungi kehidupan ini.
Tuntutan yang amat mudah seperti menutup aurat tidak mereka laksanakan. Pengharaman
minuman arak tidak mereka perdulikan. Perjudian menjadi asam garam kehidupan. Rasuah
menjadi mainan mereka. Apalah lagi yang hendak kita harapkan melalui
pertanggungjawaban yang kita amanah kepada mereka-mereka ini.
Sebaliknya yang muka
tebal dan tak tahu malu untuk membicarakan isu-isu Islam ini ialah penguasa-penguasa
negeri seperti Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri dari kalangan UM NO yang amat
disangsikan keikhlasan dan keupayaanya dalam memperjuangkan Islam. Kalangan
pemimpin-pemimpin UM NO ini lebih berminat menggunakan dan menunggang isu Islam dalam
menjayakan motif politik mereka. Mereka bercakap tentang Islam seolah-olah mereka itu
ulamak, sedangkan mereka-mereka ini jugalah yang terlibat dengan pelbagai skandal,
rasuah, dedah aurat, judi dan sebagainya. Mereka mewar-warkan bahawa PAS menggunakan
agama untuk politik, sebaliknya lihat sekarang ini jelas sekali siapa yang menggunakan
agama untuk tujuan politik kalau tidak UM NO.
Siapa yang meletakkan konco-konco UM NO
sebagai AJK Surau dan Masjid sedangkan mereka-mereka ini ada yang datang dari luar
sesuatu kariah dan ada pula tu batang hidung tak pernah nampak datang ke masjid dan
surau. Lihatlah nanti apabila mereka-mereka yang bukan ahlinya dipertanggungjawabkan
menguruskan bidang-bidang diluar kepakaran dan keupayaan mereka, kesudahannya nanti
adalah kerosakan dan kemusnahan jua.
Menurut Kiah Arjuna lagi hanya penceramah yang
ditauliahkan sahajalah yang diizinkan untuk berceramah mengenai Islam. Dalam senario
ini sukalah dipersoalkan siapakah yang ditakrifkan sebagai yang mentauliahkan itu?.
Pengarah JAIS ke atau Menteri Besar ?. Kalaulah mereka-mereka ini yang terbukti jahil
tentang Islam yang memberikan tauliah, maka kita agak sangsi akan penceramah yang
ditauliahkannya. Sebelum ini Uztaz Ismail Kamus (pada masa itu ahli PAS tetapi tidak
aktif) diiktiraf sebagai orang yang memberi tauliah kepada penceramah-penceramah tidak
dipersoalkan, tetapi apabila beliau melibatkan diri secara aktif dengan PAS setelah
tidak tahan lagi melihatkan kemungkaran demi kemungkaran yang dilakukan pemerintah
maka pengiktirafan beliau sebagai pemberi tauliah turut digugurkan malah orang yang
selama ini mentauliahkan penceramah-penceramah turut di gam UHU pula. Aneh betul
KERAjaan UM NO kita ini. Satu persoalan lagi kalaulah YAB Dato' Nik Aziz Nik Mat ini
memohon tauliah (izin) berceramah tentang agama Islam di Surau dan Masjid di negeri
Selangor mengikut prosedur yang ditetapkan ( saya kira dari segi kelayakan ilmu Islam
yang ada pada YAB Dato' Nik Aziz Nik Mat tidak dapat ditandingi dan dipersoalkan)
adakah permohonan tauliahnya akan diluluskan ?. Saya gerenti atas dasar assabiyah dan
perjuangan sekularisma UM NO dan politik kepartian UM NO, tauliah tidak akan diberikan
!.
Kalau kita amat-amati tidak ada peruntukan dalam
undang-undang JAIS yang menghalang ulamak memberikan ceramah agama Islam. Sebaliknya
yang ada cumalah arahan larangan yang dikeluarkan oleh Pengarah JAIS atas arahan
Menteri Besar Khir Toye. Itulah sebabnya YAB Dato' Nik Aziz Nik Mat bersedia untuk
dibawa ke mahkamah sekiranya terdapat mana-mana kesilapan dan percanggahan dari aspek
agama Islam dalam ceramahnya. Menurut Kiah Arjuna lagi, perkembangan syiar Islam bukan
bererti kita boleh membiarkan sesiapa sahaja untuk berceramah.
Memanglah benar kita
tidak boleh membenarkan sesiapa sahaja untuk berceramah. Kita perlu menyerahkan kepada
mereka yang ahlinya. Dalam kes ini YAB Dato' Nik Aziz Nik Mat mempunyai pelbagai
kelebihan dalam memberikan ceramahnya mengenai Islam kalau nak dibandingkan dengan
Ular Mak-Ular Mak UM NO yang ada sekarang ini ibarat langit dengan bumi bezanya. Bagi
Pengarah JAIS, yang tidak melayakkannya ialah kerana beliau adalah Mursyidul Am PAS !.
dan ini menjadi igauan dan takutan yang amat sangat bagi Menteri Besar Khir Toye.
Disini sekali lagi dapat kita saksikan siapa yang menggunakan agama untuk kepentingan
politik. Bagi PAS pendirian parti itu amat jelas, bahawa Islam itu adalah cara
hidup maka politik itu adalah salah satu intipati tuntutan Islam yang syumul.
Kiah Arjuna memperkatakan tentang syiar (lambang) Islam, tetapi apa yang dituntut oleh
Islam lebih daripada itu. Yang dituntut ialah menegakkan syariat Islam jauh lebih
besar lagi global.
Disini sekali lagi penulis ini mendedahkan kelemahannya tentang
tuntutan agama Islam itu. Memanglah setiap negeri mempunyai undang-undang yang perlu
dihormati. Tetapi ketahuilah Kiah Arjuna undang-undang tersebut adalah bikinan
manusia. Adakah undang-undang bikinan ini lebih berkuasa daripada tuntutan yang
ditegaskan dalam al-Qur'an dan al-Hadith itu ?. Lebih-lebih lagi undang-undang
tersebut adalah bikinan KERAjaan UM NO maka segalanya akan dibuat mengikut ukuran saiz
KERAjaan UM NO jugalah demi kepentingan politik sempit mereka itu. Kadang-kadang
terdapat juga undang-undang yang dibuat berlandaskan tuntutan al-Quran dan
al-Hadith, namun disebabkan yang diamanahkan dipengaruhi oleh KERAjaan UM NO maka
penguatkuasaannya adalah longgar dan sering dipertikaikan. Tidak usahlah kita pergi
jauh dalam menyelami permasalahan ini lihat sahaja kes-kes berikut yang
melibatkan JAIS sendiri.Kes-kes ini jelas memperlihatkan dan menelanjangkan bagaimana
JAIS diperalatkan:
- Isu BADAR (Badan
Amar Ma'aruf Nahi Mungkar)
- Isu Ratu Cantik Lawan Mufti
Selangor; dimana Ratu Cantik dipertahankan sedangkan Mufti Selangor Dato' Ishak
Baharum dipecat.
- Isu Penangkapan Orang Islam
yang terlibat dengan Arak di The Ship Pub; Yang minum arak dibebaskan sementara yang
mencegah di aibkan oleh bekas Menteri Besar Datuk ASbu Hassan Omar.
KERAjaan UM NO juga
tanpa segan silu mempertahankan peminum arak dengan mengatakan bahawa tindakan JAIS
silap kerana tiada duluan kes dibawah seksyen.
Kalau penangkapan
ini diteruskan dan mereka-mereka ini kemudiaannya didakwa, baharulah selepas ini kes
duluan - bangang betul mereka ini. Dengar khabar mereka terpaksa
"intercept" tangkapan ini kerana yang terlibat ialah anak-pinak, kawan-kawan
dan kroni-kroni mereka dari KERAjaan UM NO.
- Isu Perlantikan Ahli
Jawatankuasa Masjid yang didatangkan dari kalangan orang-orang UM NO.
- Isu Pengharaman berceramah
para alim ulama yang dicap sebagai pembangkang dan pro-pembangkang di Masjid dan di
Surau di Selangor.
Kalau beginilah tindakan Pengarah JAIS yang
terkehadapan di dalam penentangan terhadap perkembangan dakwah dan ajaran Islam kepada
rakyat, jangan terperanjat selepas ini JAIS akan dikenali sebagai JABATAN ANTI
ISLAM SELANGOR (JAIS) !.
Amat malang sekali sebuah jabatan yang diwujudkan
untuk menjaga, menjamin, memelihara umat Islam dan memperkembangkan ajaran Islam telah
bertindak sebaliknya. Janganlah terus-terusan diperlatkan oleh KERAjaan UM NO yang
Islamnya suku ini. Yang serasi diambilnya yang tidak dibuangnya. Inilah yang dikatakan
"Kokok berderai ekor bergelumang tahi ! ". Natijah ini adalah kerana tidak
beramal dengan ilmu, seperti apa yang dituntut oleh Islam bagi melengkapkan satu lagi
sifat dakwah dan pendakwah.
Sifat Dakawah dan Pendakwah seterusnya ialah Beramal
dengan Ilmu. Jangan sekali-kali perbuatan da'i mendustakan perkataannya
(iaitu perbuatannya bertentangan dengan kata-katannya), zahirnya berlainan dengan
batinnya. Janganlah sekali-kali menyuruh orang membuat sesuatu kebaikan atau
meninggalkan sesuatau keburukan selagi ia sendiri tidak membuatnya, dan janganlah ia
melarang sesuatau selagi ia sendiri tidak meninggalkannya supaya segala kata-katanya
memberi faedah dan dikiuti orang.
Berkata Malik bin Dinar: "Sekiranya
ada orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya, maka akan tergelincirlah (menyimpang
dan tidak berkesan) wa'az (nasihat agamanya) dari setiap hati sebagaimana tergelincir
titik-titik hujan dari batu pejal; Sesiapa yang memberi perangsang supaya berhias
dengan kemuliaan padahal dirinya kosong daripadanya, ataupun menyuruh menjauhkan
kehinaan padahal dirinya bergelumang dengannya, maka kata-katanya itu akan ditolak dan
dipersia-siakan. Bahkan kata-kata itu akan hanya menimbulkan rasa jijik di kalangan
orang awam dan ejekan golongan intelek. Maka sesungguhnya sesiapa yang memakan sesuatu
kemudian ia berkata kepada orang ramai janganlah kamu sekalian memakannya kerana ia
racun pembinasa, maka ia akan diejek oleh orang ramai dan akan dikutuk oleh agamanya,
ilmunya dan wa'aznya. Akibatnya, orang ramai akan bertambah kuat berpegang dengan
perkara yang dilarangnya itu; mereka akan berkata, "Kiranya perkara itu bukan
merupakan perkara yang baik dan banyak keistimewaannya tentulah ia tidak hendak
dirinya sahaja memilikinya."
Firman Allah S.W.T: "Patutkah kamu
menyuruh orang supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri;
padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal.
(surah al-Baqarah : 44)
Firman Allah S.W.T: "Wahai orang
yang beriman!, mengapakah kamu berkata apa yang kamu tidak buat,. Besarlah kemurkaan
di sisi Allah bahawa kamu berkata apa yang tidak kamu melakukannya".
(surah al-saff : 22-23)
Sabda Rasulullah S.A.W: "Seorang
lelaki dibawa pada hari Qiamat maka dicampakkannya kedalam api neraka keluarlah
tali-tali perutnya maka ia memusing-musingnya sebagai berpusing keldai pada pengisar,
maka berhimpun ahli neraka kepadanya dan berkata: Oh sipulan kenapakah engkau ?.
Tidakkah engkau menyuruh dengan ma'aruf dan melarang daripada mungkar?. Maka jawabnya:
Sebenarnya aku telah menyuruh membuat ma'aruf dan aku sendiri tidak membuatnya, dan
aku melarang daripada membuat mungkar dan aku sendiri membuatnya".
Dari Anas r.a. Katanya: Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Aku lihat pada malam aku dibawa berjalan (iaitu malam di Isra') aku
dapati ada beberapa orang lelaki yang menggunting bibir mereka dengan gunting-gunting
daripada api neraka. Aku bertanya: Siapakah mereka itu Jibril?. Jawabnya: ahli-ahli
pidatu dari umatmu yang menyuruh manusia membuat kebaikan padahal mereka lupa akan
diri mereka sendiri; dan mereka itu membaca kitab (kitab Allah) maka tidakkah mereka
itu berfikir ?."
Sabda Rasulullah S.A.W.:"Umpama
orang yang mengajar perkara yang baik dan ia tidak membuatnya samalah seperti sumbu
pelita, ia menerangi padahal ia membakar dirinya. Diriwayat al-Tabarani didalam
"Al-Kabir" daripada Abu Barzah dengan sanad yang baik. Berkata Abu Darda':
Celaka bagi orang yang jahil itu sekali, dan celaka bagi orang yang alim itu tujuh
kali.".
Kiah Arjuna seterusnya menyarankan agar apa yang
dilakukan oleh Khir Toye dijadikan contoh bagi lain-lain KERAjaan Negeri. Mengikutnya
hanya dengan cara inilah kita dapat menyekat kunjungan penceramah-penceramah bebas
yang bertopengkan agama daripada menggunakan tempat-tempat ibadat sebagai gelanggang
untuk menyebar pengaruh politik mereka. Mereka ini juga menyebarkan dakyah-dakyah yang
berunsur kebencian kepada para pemimpin negara dan seterusnya memecahbelahkan
masyarakat Islam. Benarkah dakwaan Kiah Arjuna ini ?.
Yang menganggap penceramah-penceramah bebas
bertopeng ugama ini siapa ? kalau tidak orang-orang yang mengaku mendokong agama Islam
tetapi dari segi perlakuan dan perbuatan tidak demikian. Ini termasuklah Kiah Arjuna
itu sendiri. Begitu juga pemimpin-pemimpin KERAjaan UM NO yang banyak mendabik-dada
memperjuangkan Islam sebaliknya dari segi kehidupan seharian mereka langsung tidak
menghayati tuntutan Islam. Anak bini dibiarkan mendedahkan aurat, Makan dari sumber
rahsuah yang haram, berjudi dan minum arak dan banyak lagi yang menjelekkan. Maka
memang patut dan wajar disemaikan kebenciaan kepada pemimpin-pemimpin thagut yang
zalim !. Tidakkah mereka-mereka ini dianggap zalim apabila dengan terang-terangan
mereka berkata dan mempersendakan:-
* Undang-undang Islam tidak
sesuai di negara berbilang bangsa seperti Malaysia.
* Rasulullah menyimpan janggut
sebab tiada Gillette.
* Al-Quran perlu ditafsirkan
semula.
* Wanita mendedahkan aurat
bukan punca maksiat.
* Kita hanya perlu bersyukur
kepada Allah sahaja dan tidak perlu bersyukur kepada Rasul.
* Kita menyukai artis dan
membenci ulamak.
* Kita membela peminum arak
dan menghina pegawai agama yang menangkapnya.
* Kita melarang ulama
mengadakan ceramah agama di Masjid kerana kebanyakan ulamak adalah pembangkang.
* Kita sedia beri permit untuk
konsert Bolywood tetapi bukan untuk permit ceramah agama Islam.
* Nazir Masjid boleh
mengoyakkan poster ceramah agama Isra' Mikraj semata-mata kerana ahli panelnya Dr.
Hassan Ali.
* Banyak lagi ...dan
lagi...dan lagi...
Menurut Kiah Arjuna lagi tindakan penceramah
agama ini memecahbelahkan masyarakat Islam. Disini saya tak nampak kebenarannya. Apa
yang saya nampak ialah masyarakat semakin bersatu apabila penceramah-penceramah ini
dapat membuka minda mereka yang dibelenggu dan digula-gulakan oleh KERAjaan UM NO
selama ini. Melalui tazkirah, ceramah-ceramah agama Islam oleh penceramah atau
pendakwah ini lah maka kesedaran terhadap Islam semakin jelas dan nyata. Kini mereka
sebenarnya bersatu dibawah wadah dan panji-panji yang memperjuangkan Islam. Sebaliknya
yang ternyata berpecah ialah KERAjaan UM NO yang mendokong Islam pada kulitnya sahaja,
memperjuangkan semangat nasionalis yang sempit dan mendokong sekularisma. Kalau tidak
percaya sila semak berapa ramaikah ahli berdaftar parti PAS sekarang ini dan semak dan
bandingkan benarkah bilangan ahli UM NO menjangkau lebih 2.4 juta seperti yang
disyokhebohkan !. Berdasarkan statistik ini tahulah kita masyarakat Islam kah yang
berpecah atau UM NO dulu, kini dan selama-lamanya yang berpecah !...dan akan sentiasa
berpecah dan akhirnya akan berkecai!.
Seruan:
"Wahai pemimpin-pemimpin dan
pendokong-pendokong UMNO kembalilah kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya
perjuangan assabiah kamu yang sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh.
Kembalilah kedalam Islam yang syumul ini! - amin !".
Membangun Bersama Islam
: Allahuakbar !...Allahuakbar !...Allahuakbar !...
habibu@hangjebat.com