Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

LAPORAN PROGRAM GERAKAN MENGEMBALIKAN HAK RAKYAT DARI UTARA

Tanggal 22 Oktober di Pokok Sena, Seberang Perai, barisan Pemuda KeADILan sekali lagi berjaya menarik lebih 5000 rakyat untuk bersama-sama di dalam program 'Gerakan Mengembalikan Hak Rakyat'. Bagaikan baru semalam sahaja bersama-sama barisan Pemuda yang sama di dalam program 'Sumpah Keramat 2', namun ternyata rakyat tidak pernah jemu untuk terus memberikan sokongan padu mereka. Kekuatan dan semangat kental yang ditunjukkan oleh barisan Pemuda keADILan untuk terus memperjuangkan hak rakyat menjadikan kami juga semakin kuat dan tidak patah semangat untuk terus memperjuangkan hasrat murni ini. Ini turut dikongsi oleh rakyat Perlis apabila lebih 10,000 orang pula menghadiri program yang sama di Pauh, Perlis pada 24 Oktober. 

Pertama kali kami bersama-sama rakyat Perlis mengikuti program Pemuda keADILan itu. Pauh merupakan kubu kuat PAS di Perlis. Kali ini kehadiran rakyat turut ditemani oleh beberapa pasukan polis (tidak seperti di Kedah)......sah MB Perlis kepanasan tidur tak lena dan mandi tak basah! Tetapi tabik juga kerana mereka hanya bertindak sebagai pak pacak sahaja.......paling tidak pun turut mendengar sama beberapa pendedahan berani yang dibuat oleh barisan Pemuda keADILan. Di dalam kedua-dua program itu, rakyat turut diseru agar bersama-sama turun ke KL pada 5 November nanti. Jika dilihat dari segi sambutan hadirin terhadap setiap seruan yang dibuat oleh barisan Pemuda berkenaan dengan program 'Perhimpunan 100,000 rakyat' itu...........sasaran sudah berada di dalam genggaman. Setiap soalan sama ada hadirin bersetuju untuk turut serta dijawab dengan amat bersemangat dan tidak ragu-ragu lagi menyatakan persetujuan. Malah sempat juga kami mendengar orang di belakang yang secara spontan membuat perancangan untuk menyewa bas dan turun beramai-ramai! Semoga Allah s.w.t. memberkati usaha kita semua. 

Program yang sama di Tandop, Kedah pada 23 Oktober tidak kami sertai tetapi dari berita yang boleh dipercayai sambutan rakyat amat menggalakkan sekali. Agak lucu juga bila kami bandingkan dengan program UMNO yang sengaja kami hadiri pada 21 Oktober di Kulim. Program yang diberi tema 'Ceramah dan Dialog - Siapa Ulamak sebenarnya....' itu menjemput Sdr. Astora Jabat sebagai salah seorang penceramahnya. Mengenangkan si Astora Jabat ini ulamak kesayangan dan pujaan ahli-ahli UMNO TOTOK, tentulah mereka akan berpusu-pusu datang untuk mendengar sendiri 'kuliah agama' dari  mahaguru mereka itu. Tetapi ........ish, ish, ish.....sedih sekali.....tergamak mereka mengecewakan ulamak mereka.....lebih kurang 300 orang sahaja yang datang. Itupun hampir 50 peratus darinya adalah penyokong-penyokong BA! Ini diakui sendiri oleh si Astora Jabat yang menyedari kehadiran penyokong-penyokong BA sama ada yang secara terang-terangan dapat di lihat dari segi penampilan (kepala-kepala yang berkemutih dengan kopiah) mahupun yang 'rugged' menyarung jeans dan lain-lain. Kami sendiri gelihati melihat rakan-rakan seperjuangan yang turut hadir dan berpakaian agak janggal dari biasanya. Ramai yang membuat part time sebagai SB BA pada malam itu rupanya! 

Secara ringkasnya, bandingan sambutan rakyat terhadap program anjuran BA dan UMNO bagai langit dengan bumi! 

LAWAN TETAP LAWAN! 

ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR! 

Kak Id 2000

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter