"PEMBUNUHAN NOOR SUZAILY: IA BUKAN
SEKADAR KEMATIANNYA”
Baru-baru ini negara digemparkan dengan pembunuhan
kejam ke atas seorang Jurutera Komputer wanita, iaitu Noor Suzaily Mokhtar oleh
seorang pemandu bas ekspress yang lebih merupakan seekor syaitan yang maha buas. Cara
jenayah yang dilakukan ke atas Allahyarham sama sekali tidak dapat diterima oleh manusia
yang waras dan mempunyai naluri insan. Sudahlah dirogol, diliwat kemudian dibunuh pula.
Pelaku jenayah keji itu sewajarnya bukan sahaja dihukum gantung sampai mati, malah
mayatnya itu wajar diarak sekeliling bandar dan kampung, kemudian dibakar api dan abunya
dihumban ke laut sebagai suatu bentuk hukuman yang setimpal dengan perbuatan kejamnya
itu.
Bayangkanlah kesan kematian yang berlaku ke atas Allahyarham itu, bukan
sahaja merugikan orang tuanya, malah mendatangkan kerugian yang tidak terkira kepada
negara. Jika yang dibunuh itu cuma seorang pekerja biasa, mungkin kerugiannya tidak
seberapa meskipun ianya tidak seharusnya berlaku kepada sesiapapun jua, tetapi
pembunuhan ke atas Noor Suzaily amat merugikan negara kerana kepakaran yang dimilikinya
itu adalah suatu aset yang amat bernilai kepada bangsa dan negara.
Kita tidak
seharusnya melihat tragedi menyayat hati yang menimpa Noor Suzaily itu sebagai
takdir semata-mata, tetapi nun jauh di sana, kedapatan suatu ruang yang menjadi jurang
yang amat dalam sedang mencengkam realiti hidup dan kehidupan rakyat di negara ini
tanpa disedari. Ruang yang menjadi jurang yang dalam yang saya maksudkan itu ialah
‘kelahiran’ suatu bentuk “kekosongan jiwa” yang menimpa sebahagian rakyat di
negara ini kesan kegagalan sistem pemerintahan yang menjana corak kehidupan dan
pemikiran mereka selama lebih 40 tahun Barisan Nasional memerintah negara ini.
Akibat
wujudnya ‘kekosongan jiwa’ itulah maka semenjak kebelakangan ini kita lihat pelbagai
bentuk jenayah yang menakutkan berlaku di negara ini. Jika dulu, jenayah-jenayah yang
luarbiasa seperti anak membunuh emak, isteri membunuh suami, abang membunuh adik dan
sebagainya itu cuma berlaku di negara-negara Barat sahaja. Tetapi kini ia telah menular
dengan pantasnya di depan mata kita sendiri. Tidak hairan jika semenjak seminggu dua ini
akhbar-akhbar begitu banyak menyiarkan jenayah-jenayah yang mengerikan seperti merogol
dan membunuh kanak-kanak semuda 6 tahun, menyembelih anak sendiri, mengamuk dalam masjid
dan sebagainya. Kenapa begitu ramai orang Malaysia yang tidak siuman sekarang ini? Apa
sebenarnya yang sedang berlaku? Benarkan mereka gila ? Kenapa mereka sampai jadi gila?
Inilah persoalan yang tentunya menuntut jawapan dari kita dan bukan sekadar kita membaca
akhbar dan meluahkan simpati kosong kepada si mangsa semata-mata.
Saya, dalam
melihat kejadian-kejadian malang dan dan ngeri sebegitu, tidak mahu menyalahkan si
pelaku atau mereka yang terbabit semata-mata. Saya tetap menyalahkan kerajaan dan
pemerintah yang bertanggungjawab melahir dan mewujudkan suasana dan halatuju negara
kepada kejadian sedemikian itu. Selama lebih 40 tahun negara merdeka, pemimpin BN hanya
sibuk mencanangkan pembangunan fizikal semata-mata dengan mengabaikan secara signifikan
pembangunan insan di kalangan rakyat. Apa yang ditekankan semata-mata pembangunan
material sehingga melahirkan secara drastik rakyat yang bertuhankan hawa nafsu dan
materialistik semata-mata. Maka lahirlah ibubapa yang siang malamnya mencari harta dan
duit kekayaan semata-mata sehingga mengabaikan tanggungjawab dan pendidikan terhadap
anak-anak.
Kesannya, maka lahirlah sebuah keluarga yang pincang dimana
anak-anak tidak ‘kenal’ dengan ibubapa masing-masing kerana dibesarkan oleh pembantu
rumah, kegersangan kasih sayang dan melahirkan jiwa yang memberontak dan akhirnya
mencari jalan keluar dengan bergaul dengan mereka yang liar di luar rumah.
Fenomena inilah yang akhirnya melahirkan bakal-bakal perogol yang berpotensi,
bakal-bakal pembunuh dan perompak yang berbakat dan seumpamanya. Apabila ‘anak-anak
liar’ yang lahir hasil mangsa sistem yang pincang akibat kegagalan pemerintah
membentuk akhlak dan didikan terhadap rakyat ini, maka pada hari ini kita dapat
menyaksikan jenayah-jenayah luarbiasa tersebut berlaku di dalam keluarga kita, jiran
kita, rakan-rakan kita , orang kampung kita dan sebagainya. Jenayah-jenayah ini
sebenarnya terbentuk hasil dari kebebalan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dalam
membentuk jatidiri rakyat ke arah yang lebih syumul berlandaskan nilai-nilai masyarakat
Timur dan Islam itu sendiri.
Kemudian kita lihat dari segi perlaksanaan
undang-undang terhadap pelaku jenayah itu sendiri, yang dirasakan masih longgar dan
pincang. Undang-undang yang dibentuk oleh kerajaan BN pada hari ini sebenarnya lebih
berbentuk “hukuman” semata-mata dan bukannya untuk mendidik dan mencegah daripada
melakukan perbuatan jenayah itu. Lihat sahajalah hukuman mati yang dikenakan ke atas
pengedar dadah. Melihat begitu kerasnya hukuman ke atas pesalah dadah seolah-olah tidak
akan ada lagi orang kedua dan ketiga yang akan mengulangi kesalahan tersebut, tetapi apa
yang kita lihat, masih berduyun-duyun lagi orang yang mahu mengedar dadah. Mereka
seolah-olah langsung tidak takut dengan hukuman mati itu. Jadi, berkesankah
undang-undang tersebut ?
Saya tidak mahu mengulas panjang akan perkara ini,
tetapi saya melihat ‘bala’ yang berlaku dalam masyarakat kita lebih-lebih lagi
sejak kebelakangan ini, lebih merupakan kegagalan muktamad pemerintahan Barisan Nasional
dalam memelihara akal, nyawa dan hartabenda rakyat daripada sebarang kerosakan yang
dimaksudkan. Kerajaan BN, lebih-lebih lagi di bawah pemerintahan Diktator Mahathir
Mohamad lebih sibuk menggemukkan tembolok dan membuncitkan perut sendiri dan para kroni
daripada memikirkan bagaimana cara untuk melindungi dan mencegah rakyat daripada menjadi
seorang penjenayah dan melakukan perbuatan jenayah.
Jika pada 7 Oktober 2000,
Noor Suzaily yang menjadi mangsa akibat keruntuhan sistem bermasyarakat rakyat negara
ini (tergamak merogol dan membunuh sesama Islam dan sebangsa), maka tidak mustahil ianya
suatu hari nanti samada dekat atau lambat, akan menimpa ke atas keluarga kita. Siapakah
yang harus dipersalahkan ? Adakah kita mahu menyalahkan penjenayah
semata-mata, walhal jenayah paling agung yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional
ke atas rakyat ialah menolak perlaksanaan hukum Hudud yang antara hikmahnya ialah untuk
mendidik dan mencegah manusia daripada melakukan jenayah.
Tragedi malang yang menimpa
Noor Suzaily dan mereka yang lainnya adalah natijah penolakan hukum Hudud oleh Mahathir
dengan melihat bahawa hukuman dan undang-undang yang wujud di negara ini sama sekali
GAGAL dan tidak berkesan. Berkesankah sesuatu undang-undang itu jika kadar
jenayah dan pelaku jenayah semakin bertambah dengan pantasnya setiap hari? Pelaku
jenayah hari ini seolah-olah tidak pernah ingat akan wujudnya sebuah undang-undnag yang
keras di negara ini bagi kesalahan-kesalahan tertentu, tetapi mengapa mereka masih mahu
melakukannya juga ? Sebenarnya inilah natijah yang terpaksa rakyat terima akibat
‘jenayah besar’ Mahathir menolak hukum Hudud dari dilaksanakan di negara ini. Dan
ini jugalah “hadiah” yang dihulurkan oleh kerajaan, yang rakyat patut sedar akibat
secara konsisten memilih Barisan Nasional selama lebih 40 tahun memerintah negara ini.
Kerajaan
BN bukan sahaja merangka undang-undang, melaksanakan undang-undang dan sebagainya, malah
turut bertanggungjawab “melahirkan” penjenayah-penjenayah yang merosak dan mengganas
di dalam masyarakat seperti yang dapat kita saksikan semenjak akhir-akhir ini. Kegagalan
undang-undang ciptaan Barisan Nasional itu amat jelas sekali apabila penjenayah dan
mereka yang berniat mahu melakukan jenayah sedikit pun tidak merasa takut dan gentar
hatta dengan hukuman mati sekalipun. Jika tidak masakan kadar jenayah meningkat begitu
mendadak sekali kebelakangan ini. Penjenayah seolah-olah mencabar undang-undang.
Tragedi
malang yang menimpa Noor Suzaily mungkin boleh dielakkan sekiranya sistem perundangan
Islam diamalkan di negara ini. Walaupun perbuatan jenayah tidak dapat diramalkan
berlakunya, tetapi jika sesebuah undang-undang itu berdaulat, ‘rohnya’ sahaja sudah
mampu menggetarkan jiwa merka yang berniat untuk melakukan sebarang jenayah. Mendengar
namanya pun orang sudah gerun, apatah lagi jika sudah menerima hukuman di bawahnya. Hari
itu, 7 Oktober adalah ‘nasib’ Noor Suzaliy untuk mendapat ‘habuan’ akibat
kepincangan dan kehancuran sistem undang-undang yang tidak berkesan di negara ini. Maka
jika suatu hari ianya berlaku ke atas keluarga atau diri kita sendiri, jangan melihat
kesalahan itu pada bahu penjenayah semata-mata, tetapi JENAYAH yang dilakukan oleh
kerajaan BN ternyata lebih keji daripada perogol dan pembunuh Noor Suzzaily tersebut !!
JENAYAH
kerajaan BN menolak hukum Hudud, kemudian membiarkan rakyat hidup dalam ketakutan akibat
undang-undang yang tidak berkesan merupakan perkara pokok yang wajar difikirkan dengan
mendalam oleh semua rakyat negara ini tanpa mengira kaum. Apalah yang diharapkan lagi
untuk terus hidup di bawah suatu sistem undang-undang yang telah diamalkan selama lebih
40 tahun, tetapi keluarga dan diri kita sendiri tidak merasa selamat di bawahnya ?
Sampai bila kita mahu membiarkan keadaan ini ataukah cuma mahu berserah kepada takdir
semata-mata ?
Inilah perkara penting yang mesti difikirkan dengan waras oleh
rakyat dalam menilai sokongan mereka kepada UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang.
Mencerca, memarahi, mengutuk dan memaki perogol dan pembunuh Noor Suzaily semata-mata
tidak akan menyelesaikan masalah dan membaiki keadaan. Penjenayah tersebut hanyalah satu
sampel bayangan manusia yang lahir di bawah sistem sekular bebal Barisan Nasioanl
Mahathir Mohamad selama ini. Adakah kita mahu ianya berlaku ke atas diri sendiri atau
keluarga kita, maka baru kita mahu berfikir akan sesuatu yang selama ini mungkin kurang
kita sedari…iaitu kegagalan sistem undang-undang yang diamalkan oleh Kerajaan BN dalam
melindungi rakyat daripada penjenayah seumpama pembunuh Noor Suzaily itu ?
Samada
sedar atau tidak, kita sebenarnya turut ‘bersalah’ dalam kematian Noor Suzaily
baru-baru ini kerana tetap memberikan sokongan kepada UMNO/BN untuk terus menjadi
kerajaan. Apatah lagi dengan berperdana-menterikan Mahathir, Sang Diktator maka semakin
besarlah ‘dosa’ kita terhadap mereka yang menjadi mangsa jenayah sedemikian,
kerana Mahathir sebenarnya tidak pernah suka dan bersimpati untuk melindungi rakyat
sebegitu rupa. Hanyalah jika Mirzan dan Mokhzani dalam kesusahan, maka barulah Diktator
Sial itu akan bertindak segera.
Sekali lagi saya ingin mengajak rakyat sekalian,
khususnya yang masih menyokong UMNO/BN supaya berfikir dengan mendalam tulisan saya kali
ini. Apa yang saya tuliskan di sini hanyalah sekelumit dari permasalahan total yang
wujud di negara kita sekarang ini. Kepada mereka yang masih tertutup mata hatinya
dari melihat kebenaran itu, bawak-bawaklah berdoa agar Allah menunjukkan ‘jalan yang
lurus’ dan hati yang jernih. Ingatlah dan renungilah dengan penuh insaf bahawa
pembunuhan Noor Suzaily bukan semata-mata sekadar kematiannya. Ia adalah natijah
kepincangan sebuah sistem undang-undang yang sama sekali GAGAL melindungi dan mencegah
rakyat terbanyak daripada segala musibah.Sebuah sistem yang GAGAL mebentuk jatidiri dan
perilaku rakyat yang bermaruah tinggi. Sebaliknya lebih banyak melahirkan orang-orang
yang tidak siuman dan sakit mental, sama seperti Orang Nombor Satu yang menghuni di
Mahligai Kayangan Putrajaya itu.
Tidak ada cara lain untuk mengatasi perkara ini
melainkan kita menumbangkan kerajaan UMNO/BN yang wujud ini dan menggantikannya
dengan sebuah kerajaan baru yang mahu mengambil berat tentang keselamatan rakyat. Inilah
penyelesaian terbaik. Inilah cara terbaik. Inilah pilihan terbaik. Jangan sampai seorang
lagi “Noor Suzaily” wujud dalam keluarga anda untuk anda memikirkan betapa buruk dan
bangsatnya kerajaan Barisan Nasional ini terhadap rakyat. Ayuh, bersamalah kita komited
menyokong Barisan Alternatif untuk kehidupan yang aman sejahtera kelak. AYUH KITA
TUMBANGKAN BARISAN NASIONAL ! MAMPUSLAH UMNO/BN dan MAHATHIR SIAL ITU !!
Salam
takziah berpanjangan buat keluarga Allahyarham Noor Suzaily, semoga Allah s.w.t.
merahmati rohnya bersama golongan solehin. Aamiinn.
Cucu Datuk Bahaman
26 Oktober 2000