Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

KEADILAN ADA DALAM ISLAM 

  1. Semalam (24/10/2000) ucapan perasmian Mahathir@Mahafiraun di Seminar Antarabangsa Perundangan Islam Dalam Dunia Kotemporari secara sah dan rasminya Maharaja ini terpaksa mengakui Islam mempertahankan keadilan. 
  2. Merujuk kepada ucapan Mahathir@Mahafiraun ini…kita ingin bertanya kepada beliau…adakah beliau hanya sekadar  membaca text ucapan dan tidak faham apa yang dibacanya..???? apakah itu Islam dan bagaimana Islam perlu dilaksanakan.
  3. Kenapa ia masih mahu mengatakan hukum hudud dan hukum murtad tidak sesuai di Malaysia …. Sedangkan beliau sendiri berucap mengatakan Islam mempertahankan keadilan, apakah dia sendiri meragui dengan hukum Al-Quran dan As-Sunnah…..apakah dia sendiri tak mampu menerima hukum Allah kerana dia dan juak-juaknya adalah pesalah awal yang akan dijatuhkan hukuman dalam hukum hudud.
  4. Kata-kata beliau dalam majlis ini dan kenyataan akbar telah menunjukkan Mahathir@Mahafiraun sendiri tidak mampu menerima hakikat yang Islam itu adalah lengkap dari segala segi…baik dari segi keagamaan, undang-undang, politik, ekonomi dan sosial kehidupan manusia.
  5. Secara totalnya kita boleh merumuskan … bahawa Mahathir@Mahafiraun hanya sekadar mampu membaca text ucapan dan buku-buku mengenai Islam … tapi tidak mampu untuk memahami intipati bacaanya secara total dan sebagai penganut agama Islam yang sejati. Dan Mahathir@Mahafiraun sendiri tidak mahu belajar atau berguru dengan ULAMA MUKTABAR yang telah disahkan kebijaksanaanya serta kewarakanya, jika ia benar-benar mahu memahami Islam dengan sepenuhnya……??? Tepuk dada tanyalah selera, yang mana nak dipilih oleh Mahathir@Mahafiraun sama ada Islam atau sekular.
  6. Kenapa Jabatan Agama Islam setiap negeri merasa tertekan dengan arahan Perdana Menteri dan Menteri Pusat….kenapa mereka ini sebok-sebok mencampuri urusan agama Islam…sedangkan mereka bukan ahlinya…dan secara rasminya mereka ini mengakui Sultan / Raja sesuatu negeri itu berkuasa menasihati Majlis Agama Islam masing-masing…. Begitu juga Yang Di Pertuan Agung mempunyai kuasa penuh terhadap masalah Agama Islam di Malaysia ini … kenapa pula perlu Mahathir@Mahafiraun menjadi pengarah serta pencipta undang-undang Islam di Malaysia…dimana letaknya kuasa Majlis Fatwa Kebangsaan serta JAKIM (bukan Hamid Othman)….kenapa sehingga hari ini…Negara telah diistiharkan sebagai negara Islam…tapi tidak mampu untuk melaksanakan hukum Al-Quran dalam semua bidang…. Allah s.w.t tidak menyuruh Umat Muhammad mengambil sebahagian sehaja kandungan Al-Quran sebagai panduan…. Tetapi wajib melaksanakan keseluruhanya…. Yakni tiada kompromi atau pengecualian dalam soal hukum Allah. Barang siapa yang mempertikai dan memperlekehkan serta mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian hukum Allah… neraka jahanamlah tempatnya.
  7. Walau beribu majlis berbentuk Islam yang dirasmikan dan dihadiri oleh Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya…. Tapi jiwa dan minda mereka tidak di Islamkan …. Sampai kiamat pun Islam itu akan tinggal perkataan di mulut sehaja … bukan berada didalam hati dan minda yang bersih lagi suci, Islam tidak akan mampu ditegakkan dan dilaksanakan sebagai Agama Rasmi  di Malaysia.
  8. Kepada seluruh pejuang Islam dan BA…..masa kita semua untuk mempertahankan Islam telah sampai….selagi kita membenarkan golongan yang bukan Ahlinya memperkatakan tentang Islam … selagi itulah Islam akan dipermain-mainkan mengikut selera golongan yang anti-Islam dan anti-hadis.
  9. Bangunlah wahai pejuang Islam … jangan sampai kita menjadi Turki dan Palestin…baru kita semua mahu bangkit …. Kerana jika masa telah terlewat amat sukar dan perit untuk kita semua menghadapi rintangan dan bala Allah s.w.t …..jangan ditunggu dan dinanti lagi ….. kerana masa itu emas….Allah s.w.t amat membenci umatnya yang memperlekehkan masa……semoga Allah s.w.t akan memberikan ganjaran yang sempurna kepada mereka yang mempertahankan Islam Yang Syumul lagi Suci. Amin.

 " KEMBALIKAN HAK KAMI HAK RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA YANG MERDEKA " 

" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN
25HB.OKT.2000

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter