Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK

Mengikut tempohnya pilihanraya Negeri Sarawak PASti diadakan sebelum April 2001 nanti. Memandangkan berlaku sedikit kekecohan dalam PBDS maka pilihanraya Negeri yang di war-warkan diadakan pada tahun ini mungkin tidak berlaku. Sebagai rakyat Negeri Sarawak yang tidak menyenangi Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri yang mempraktikkan KRONISME, NEPOTISME dan PEMBOLOT hasil maksul negeri sukalah saya menyarankan agar Barisan Alternatif (BA) menggerakkan jentera pilihanrayanya bagi memastikan Ketua Menteri yang telah berkuasa teramat lama ini ditumbangkan. Di kalangan Barisan Nasional (BN) Sarawak ini pun telah sedia ada puak-puak yang pro dan anti Ketua Menteri. Isu perampokan tanah-tanah rakyat Sarawak, memonopoli peluang-peluang perniagaan dan kontrak dikalangan keluarganya melalui syaraikat "Cahaya Mata Sarawak" (Chief Minister of Sarawak) harus kita bawa ketengah. Penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan selama ini mesti kita bongkar untuk pengetahuan rakyat sebelum pilihanraya. Kekayaan luar-biasa yang dimilikinya juga perlu kita persoalkan. Konsep atau strategi "Satu Lawan Satu" bagi setiap kawasan ADUN perlulah diteruskan. Calun BA yang berkaliber dan berkebolehan mendampingi rakyat marhaen perlu diketengahkan. PAS, KeADILan, DAP dan PRM mestilah mula mengembeling usaha mulai dari sekarang !.

bujangtaksenang@kotasamarahan.com
 
 
 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter