UNDANG-UNDANG MURTAD VERSI MAHATHIR
Editor Notes:
Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera.
--------------------------------------------------------------------------------
Hari
ini (24 Okt) Madey mengeluarkan kenyataan bahawa undang-undang murtad ciptaan mereka
tidak akan mengenakan hukuman bunuh ke atas mereka yang murtad kerana pada pandangannya
hukuman tersebut akan menakutkan orang terhadap Islam.
Kenyataan berkenaan menjelaskan kenyataan kami
pada 17-09-2000 lalu bertajuk Undang-undang Murtad Pertama UMNO. Ia juga menjelaskan
kepada umum bahawa penggubal sebenar undang-undang syariah negara ini ialah Madey
sendiri memandangkan kenyataannya hari ini telah mendahului akta berkenaan yang masih
sedang dalam pembikinan.
Kami tidak ingin mengulas lanjut berkenaan hukum sebenar
dalam Islam berkenaan perkara murtad ini memandangkan ia bukanlah bidang kami. Kami
mengalu-alukan pandangan balas mereka yang arif tentang hal ini untuk membincangkannya
lebih lanjut di ruang cyber yang terbuka ini.
Amat malang bagi umat Islam negara
ini jika menerima undang-undang murtad sekular ciptaan Madey. Undang-undang yang digubal
berdasarkan pemikiran sekular dan logik seorang doktor perubatan biasa bakal dijadikan
undang-undang syariah bagi seluruh umat Islam negara ini juga bakal melenyapkan terus
umat Islam di bumi Malaysia.
Dengan hukuman berdasarkan undang-undang sivil yang
tidak seberapa itu pastinya akan melegakan para murtad sedia ada yang sedang menunggu
untuk mengisytiharkan kemurtadan mereka. Undang-undang ini juga bakal menyediakan asas
perundangan yang kukuh kepada sesiapa ingin memurtadkan diri mereka dan tidak boleh
diganggu-gugat lagi oleh mana-mana pihak kerana terdapat akta yang mengiktiraf mereka.
Biarpun
pada pandangan awal kita undang-undang murtad bakal menyelamatkan Islam, tetapi
sekiranya hukumnya disandarkan pada undang-undang sivil kami pasti ia akan meruntuhkan
Islam sepenuhnya. Dengan keupayaan kewangan yang ada di belakang golongan murtad ini
nescaya mereka mampu memutarbelitkan hukum yang bakal digubal ini untuk melepaskan diri
dengan hukuman yang ringan dan kemudiannya memaksa mahkamah untuk mengiktiraf kemurtadan
mereka itu secara sah.
Kami percaya dalang disebalik penggubalan hukum murtad ini
adalah Madey yang dipengaruhi oleh puak-puak kuffar musuh Islam untuk memecah belahkan
Islam di negara ini. UMNO yang bertungkus lumus memulihkan keyakinan umat Islam di
negara ini terhadap perjuangan sekular mereka amat berharap dengan penggubalan akta
murtad ini akan meningkatkan imej mereka sebagai pembela Islam. Sebaliknya dalam
keghairahan mereka itu, mereka telah terperangkap dengan permainan politik golongan
sekular dan kuffar yang di kepalai Madey dalam soal ini.
Ke mana perginya
ulamak-ulamak UMNO yang kononnya berkelulusan agama tinggi luar negara hinggakan
terpaksa menggunakan buah fikiran seorang manusia anti Islam seperti Madey tersebut
untuk memutuskan hukuman murtad dalam akta ini.
Menggunakan alasan yang sama
ketika menolak hukum hudud, Madey sekali lagi mencabar ilmu Allah dalam hukumNya. Tidak
kerana hukum Islam tersebut umat Islam sentiasa diperlekehkan, apatah lagi setelah umat
Islam sendiri menolak hukum mereka dan memakai hukum lain dalam permasalahan agama
mereka. Apakah mereka fikir dengan alasan tersebut mereka mampu mengembalikan kekuatan
Islam?
Tindakan-tindakan mereka yang menukar hukum sebenar dalam Islam dengan
hukum ciptaan mereka sendiri sebenarnya telah merosakkan Islam samada dari pegangan
umatnya sendiri dan pandangan agama lain terhadap Islam. Ia adalah punca sebenar mengapa
umat Islam sering ditindas dan lemah.
Kami merayu kepada umat Islam semua
terutama para ulamak di Majlis Agama Negeri dan Dewan Ulamak untuk tidak mengiktiraf
akta murtad ciptaan Madey ini demi menyelamatkan akidah umat Islam negara ini. Kami
percaya ini adalah strategi halus kedua puak sekular untuk menghancurkan Islam setelah
cubaan menghapuskan perkataan Islam yang sedang mereka usahakan itu berjaya.
Sekian,
teruskan perjuangan!!!
ALLAHHUAKBAR!!
241000