SIFAT DAKWAH DAN PENDAKWAH SIRI 3
Semalam 23 Oktober 2000 semasa dalam penerbangan dari KLIA ke London
saya tergelak apabila membaca akhbar NST yang diboikot, tentang Dr. Mohd Khir Toye
(Dr. gigi yang baru tumbuh gigi susu politiknya) memberi amaran bahawa beliau dan
Pengarah JAIS (Penjilat seksyen 10 undang-undang JAIS yang tiada duluan
berhubung dengan kes orang Islam minum arak di Pub The Ship) tidak akan teragak-agak
membawa YAB Dato' Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan ke mahkamah sekiranya
beliau meneruskan usahanya menyampaikan ceramah dan risalah Allah dan RasulNya di
mana-mana masjid atau surau di negeri Selangor. Dia orang ini ingat negeri Selangor
ini negeri bapak dia orang punya ke ?. Baru dapat sedikit kuasa terpijak, kuasa
Allah hendak dinafikan pula. Sebagai rakyat negeri Selangor kita seharusnya
berbangga kerana ada Ulamak yang tinggi ilmunya sanggup datang ke negeri Selangor
ini untuk menyampaikan risalah Allah dan RasulNya. Kepada AJK Surau dan Masjid di
negeri Selangor teruskanlah usaha mengundang YAB Dato' Nik Aziz Nik Mat menyampaikan
risalah Allah dan RasulNya di mana-mana surau dan masjid di kariah tuan-tuan. Kita
nak tenggok sejauhmana kokokan Dr. Mohd Khir Toye ni. Kalau mentornya yang mengaum
seperti singga di sana sini diluar mahkamah pun menikus apabila disapina ke
mahkamah, kita tak tahulah macamana pula seekor ayam yang berkokok ini !...bertelor
ke dia nanti !...atau senyap macam ayam yang dikembiri !...
Dalam usaha menyampaikan dakwah seseorang pendakwah perlu Memahami
maksud al-Qur'an dan al-Hadith. Saya kiri YAB Menteri Besar Tuan Guru Nik
Aziz Nik Mat yang berpendidikan Islam dan menuntut di Universiti Al-Azhar sudah
pasti memahami maksud al-Qur'an dan al-Hadith dengan begitu baik sekali. Ini kerana
sepanjang penyampaiannya ayat-ayat al-Qur'an dan al-Hadith sentiasa diungkapkannya
sebagai dalil-dalil naqli untuk menyokong isu-isu dan risalah yang disampaikannya.
Tak tahulah pula kita dengan Dr. Mohd Khir Toye ni, mungkin juga beliau ini khatam baca
al-Quran, tetapi memahami al-Qur'an dan al-Hadith amatlah disangsikan
kebolehannya. Ini boleh kita andaikan berdasarkan ucapan dan tindak-tanduknya yang
sentiasa gabra dan mengelabah !. Kalaulah beliau ini boleh memahami al-Qur'an dan
al-Hadith dengan baik ada baiknya kita minta dia ini sahaja untuk mengisi
"ruang kosong sebagai pendakwah di negeri Selangor" untuk datang menyampaikan
risalah Allah dan RasulNya di surau dan masjid di negeri Selangor ini. Kalau dia
boleh dan setanding dengan keupayaan YAB Dato' Nik Aziz Nik Mat dan mempunyai salah
satu sifat pendakwah iaitu memahami maksud al-Quran dan al-Hadith apa kata kita
persilakan beliau menyampaikan risalah Allah dan RasulNya di Masjid Negeri Selangor
sebagai permulaan. Insyaallah saya sendiri akan hadir sebagai pendengarnya.
Ketahuilah sebagai pendakwah, pokok atau asas al-Qur'an kitab
Hidayah, wa'az (nasihat ke jalan Allah) dan i'tibar,
demikian juga Hadith, hendaklah diketahui perkataan Rasul Allah yang sahih dan
perjalanan hidupnya dan juga perjalanan hidup Khalifah al-Rasyidin.
Disamping itu perlu juga diketahui hukum-hukum syara' sekadar
yang cukup untuk menjalankan tugas-tugas serta rahsia-rahsia tasyri' kemudian
menghamburkannya dengan jujur; dengan demikian dapatlah diberi pengajaran yang betul
serta memberi kepuasan hati kepada orang-orang yang bertanya.
Berkata al-Hasan al-Basri, "Orang yang beramal dengan
tidak ada pengetahuan sama seperti orang yang berjalan tidak di atas jalan yang
betul dan orang yang beramal dengan tidak ada pengetahuan akan lebih banyak
merosakkan daripada memperbaiki".
Natijahnya, inilah yang berlaku di Malaysia sekarang ini, di mana
penguasa atau pemerintah yang berkuasa sibuk dan berlumba-lumba menunjuk-menunjuk
dalam berbicara tentang Islam, tetapi pengetahuannya amatlah cetek dan sedikit
!...Ini belum dilihat amalannya seharian. Lihatlah sahaja apa yang diperkatakan oleh
Hj. Mahathir Muhamad sebentar tadi, undang-undang murtad tidak sesuai dilaksanakan
di Malaysia ini. Hukum bunuh bagi orang bukan Islam yang masuk Islam dan keluar
Islam (murtad) tidak patut kerana ini akan menjauhkan orang bukan Islam daripada
memeluk Islam !. Katanya lagi para Ular Mak-Ular Mak negara ini masih belum mendapat
persepakatan berhubung hukuman murtad ini. Inilah akibatnya apabila Islam
diperintah bukan memerintah!. Takkanlah para mufti-mufti dan pak-pak imam
ini tak rujuk al-Quran dan al-Hadith berhubung isu murtad ini. Nyatakanlah yang
benar apa yang nak ditakutkan lagi. Apa ingat masuk Islam ini macam "bendamamak
tu" keluar masuk. "Bila suka masuk, bila tak suka keluar, bila keras masuk
bila lembik keluar, bila nak masuk suku masuk, tak nak masuk semua tak apa".
Inilah rupanya pemikiran pemimpin kita yang mendakwa memperjuangkan Islam. Apalah
yang perlu kita harapkan seorang bergelar "HJ" seperti ini. Apa punya haji
dah!....dam aji agaknya !.
Persabdaan Nabi (al-Hadith) yang berbunyi "man
baddala dinahu faqtuluhu" ertinya "sesiapa yang
menukar agamanya, maka kamu bunuhlah dia". Isu dan hukuman ini amat
jelas dan berani, dan ianya termaktub apa lagi yang nak dipersepakatkan lagi
oleh Ular Mak-Ular Mak UMNO tu pula.
Kata Hikmat: "Sesiapa menuruti satu-satu jalan dengan
tidak ada alamat (dalil) maka ia sesat, dan sesiapa berpegang dengan satu-satu
pegangan yang tidak ada asalnya maka ia akan tergelincir".
Firman Allah: "Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab
apa yang disifatkan oleh lidah kamu, "Ini halal dan ini haram", untuk
mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang
berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (Mereka hanya mendapat) sedikit
kesenangan (di dunia) dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi
sakitnya". (surah Annahli: 116-117).
Diriwayatkan daripada Nabi S.A.W katanya: "Sesiapa yang
menerima pertanyaan lalu dia memberi fatwa tanpa berlandaskan sebarang ilmu
sesungguhnya dia telah sesat dan menyesatkan".
Berdasarkan al-Qur'an dan al-Hadith di atas, maka adalah jelas bahawa
untuk menjadi seorang pendakwah kita perlulah "memahami al-Qur'an dan
al-Hadith". Dalam ertikata lain segala apa yang kita sampaikan
bukanlah bersandarkan dalil-dalil aqli (akal) semata-mata, sebaliknya ianya mestilah
bersumberkan dalil-dalil naqli (al-Qur'an dan al-Hadith).
Seruan:
"Wahai pemimpin-pemimpin dan pendokong-pendokong UMNO
kembalilah kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah kamu
yang sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh. Kembalilah kedalam Islam yang
syumul ini! - amin !".
Membangun Bersama Islam : Allahuakbar
!...Allahuakbar !...Allahuakbar !...
habibu@hangjebat.com
London - 24 Oktober 2000