Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

PUTERI UMNO, CHAMELEON PRINCESS MAHARAJAH TUA

Ibarat wanita tua yang miang, wanita UMNO Baru{a} menggunakan pelbagai jampi serapah, pujuk rayu dan make-up yang tebal supaya kelihatan cantik, guna menarik minat orang kepadanya. Tidak cukup dengan itu, dicipta pula nama yang canggih, maka bergelarlah mak-mak budak, mak bonda-mak bonda, andartu-andartu, mak janda-mak janda dan minah-minah baghal AMENU karat menjadi Puteri UMNO Baru{a}= [PUB]. Hiduplah mereka dalam keadaan tertipu dengan penuh khayal dalam buaian nama yang dianggap glamour itu, tanpa disedari bahawa 'MULUT MEREKA DI SUAP PISANG, BUNTUT MEREKA DIKAIT ONAK'

Ayam Pencen Menjeruk Hati

Proses 'memputerikan' wanita yang agak tua ini amat menggelikan hati...kerana mempertembungkan ayam serama {Azlina Othman} dengan ayam pencen {wanita tua UMNO} yang sama-sama hidup  dalam reban Maharajah Tua.Walaupun sereban namun 'ketak' mereka berbeza. Sementara ayam selasih {ayam esklusif Maharajah} hebat menyelia gelagat mereka sebagai bahan bisikan dan ampuan kepada Maharajahnya kelak.

Di fikirkan ayam pencen ini sudah pencen, liat dan kurang ummp kata orang, maka Puteri UMNO diserahkan oleh Maharajah Kutty Tua {MKT} kepada ayam serama untuk dijaga. Maka semua ayam pencen itu menjeruk hati, memeram marah dan rasa terhina oleh perilaku MKT itu. Namun begitu, mereka tidak berani berdecek dan tidak boleh berbuat apa-apa kerana sudah terlalu gemuk, kekenyangan sebab banyak makan makanan yang ditabur oleh MKT. Lagi pun memang mereka ini jenis pengecut dan tak berfungsi. Bukankah Maharajah Kutty Tua itu hobinya suka melihat ayam Berlaga, lembu berlaga dan rakyat berlaga?..... Tapi, siapa sangka Karakatoa yang sekian lama tidur bila meletup, ledakan dan gelombang boleh memutar ligat alam Melayu....

Maka wujudlah Puteri UMNO Baru{a} bernaung dan berbapakan bapak UMNO iaitu Maharajah Kutty Tua tadi, sentiasa hidup berlagak 'ayam raja padi raja' dan bersikap 'bersultan di mata beraja di hati' yang termasyhur sebagai bapa penjangak, perompak, penipu, pembohong, pembelit dan bacul serta takbur!, seolah-olah negara ini warisan dari datuk nenek moyangnya.

PUB ini akan diasuh dan dididik mengikut acuan dan selera bapak yang satu ini. Tentunya dapatlah kita mengagak akan perangai dan tingkah laku PUB ini nanti. Lama-kelamaan mereka akan jauh dari realiti hidup, lupa budaya dan asal usul, longgar pegangan agama bersifat rakus dan mewarisi tingkahlaku bapa mereka yang berbudaya Kerala, Benua India. Seperti kata pepatah 'Bapak borek anak rintik' sudah 'sebulu dan sepuyu' kata orang.

Tapi...harus diingat, bukan semua rebung dapat dilentur kelak ada juga yang menjadi buluh!! Kalau gading, betapa hebat pun diukir namun gajah juga disebut orang....

Apa, masih sanggupkah Puteri UMNO Baru{a} yang berkulit sawo matang, menurut perintah dan menerima orang asing dari Kerala ini, sebagai bapa mereka dan menolak asal keturunan mereka yang perdunya dari pahlawan gagah, pemerintah bijak, Alam Kepulauan Melayu {The Malay Archipelago} sudah termasyhur sejak zaman bahari lagi? Sanggupkah mereka menjahanamkan bangsanya sendiri? Kita tunggu dan lihat....

Ayam Serama Yang Gelatat.

Bagi MKT untuk memikat ayam di hutan, ayam denak digunakan. Seperti yang telah dinyatakan tadi, Azlina Othman, ayam serama yang 'gelatat' ditugaskan sebagai 'denak' untuk memikat ayam liar untuk di 'puterikan'..menjadi PUB. Hmmm... Tun Teja hairan mengapa ayam selasih berwarna hitam bermata galak dari Bangsar itu tidak digunakan? Padahal ayam ini memang dapat memenuhi dan sesuai dengan seleranya... satu kapal. Mungkin juga kalau nak pikat yang putih kuning dan sawo matang tentulah guna ayam serama.. Kalau guna ayam Selasih mungkin 'gagak' pula yang berduyun datang...he..he..he

Berbalik kepada Azlina. Bukan menjadi rahsia lagi, jika PIEM tua ini melantik seseorang, tentunya dipilih mereka yang lemah dan cetek pegangan agama serta mempunyai kriteria dan secita rasa denganya. Paling tidak orang itu mempunyai kelemahan-kelemahan yang boleh di ekploitasikan. Bagi wanita, pilihannya mestilah bermulut celupar, suka menyerang, gedik, ranggi, endi dan candi. Jadi Azlina Othman ini mungkin pilihannya yang tepat untuk itu.  Dalam bacaan Wanita UMNO Baru{a} Azlina kini, adalah gundik ketiga MKT sesudah Rafidah dan Siti Zaharah...he..he..he....

TAPI..Awas!! 'Ratu Hati' Maharajah Kutty Tua itu tetap si ayam selasih hitam bermata galak...Sharizat! yang baru-baru ini, dengan lancang menuduh PAS ingin membawa kaum wanita kembali ke zaman Jahilliah... Begitulah di antara sifat kebanyakan pemimpin Wanita kepunyaan UMNO Baru{a} ini, suka membuat fitnah, tuduhan liar dan tohmahan melulu mengikut nafsu...demi kuasa.

Jujurkah UMNO Terhadap Islam?

     Kita ingin bertanya... Dengan wujudnya PUB ini, jujurkah UMNO terhadap Islam? Bukankah PERSATUAN PUTERI ISLAM sudah lama wujud di sekolah rendah dan menengah lagi? Mengapakah tidak diteruskan saja kesinambungannya di peringkat remaja atau beliawanis dan digelar PUTERI ISLAM = PI?  Apa canggihnya PUB ini dan apa pula komannya PI?

  1. Yang canggihnya Puteri UMNO ini ialah yang tua-tua pun dipanggil Puteri..glamour you..dan mereka yang remaja akan dikondisi dan turn-over sebagai lembu dan ayam daging yang jinak, ready untuk disembelehkan pada bila-bila masa.
  2. Mereka nanti akan hanya Islam pada nama {Islam sekular atas nama kemajuan} tetapi jiwa mereka tetap liar.

Dan komannya Puteri Islam ini, pada kacamata UMNO Baru{a}..

  1. Kerana nama Islam itu boleh membuat Maharajah Tua jatuh sasau. Usahkan nama Islam, melihat janggut sejemput, kopiah putih dan warna hijau pun MKT ini sudah sawan.
  2. Jika Puteri Islam diteruskan sudah tentu nama itu menagih imej dan pendidikan Islam tulin. Ini akan menjahanamkan Parti UMNO Baru{a} yang sudah berura-ura untuk mencabut nama Islam pada setiap Persatuan dan Parti siasah di negara ini.

Melihat manusia yang akan mengepalai PUB ini, Tun Teja dapat menjangka bahawa Puteri UMNO ini akan hanya 'indah khabar dari rupa' kosong..hambar seperti wanita UMNOnya juga. Apakah dalam PUB, Islam dapat disuburkan sedangkan Azlina Othman sendiri begitu cetek ilmunya tentang Islam? Ini terbukti apabila sanggahannya terhadap Tn Guru Nik Aziz {TGNA} mengenai aurat wanita Islam baru-baru ini?  Dengan sikap yang angkuh dan terburu-buru, tidak memahami Islam dan tanpa segan silu, Azlina terus menyerang TGNA sebagai 'berfikiran sempit' {narrow minded} dan 'ketinggalan zaman'{out of date}.

Tun Teja nak tanya Azlina dan yang sekutu denganya..Apakah tujuannya wanita berpakaian ghairah menjolok mata, kalau tidak untuk menarik perhatian kaum lelaki? Kalau dikatakan berpakaian sexy untuk suka-suka dan syok sendiri..itu sudah kerja gila dan memang gila namanya...badan didedahkan secara percuma {free show} untuk dinikmati oleh semua bangsa dan pelbagai agama. Apakah maruah wanita Islam terlalu murah. Sedangkan tubuh Ros Chan itu ada harga yang perlu dibayar untuk melihatnya...{saya tidak suka membuat perbandingan ini, namun itulah hakikatnya}.

Apakah berpakaian mendedahkan sebahagian besar badan yang menjadi aurat itu mengikut zaman? Bukankah itu merupakan pakaian orang zaman purba, gua batu dan perempuan jahilliah? Haruskah wanita Islam kembali ke zaman itu? Jadi sekarang siapa yang ketinggalan zaman?

Cuba lihat kini remaja kita ramai yang berpakaian nampak pusat dan ada yang bertindek pulak tuh. Tidak bergegarkah iman kaum lelaki bila melihat demikian? Dan apabila lelaki sudah bergegar imannya, tentunya ada benda lain turun hebat bergegar...apa akan jadi? Pastinya perkara yang tidak diingini mudah berlaku.  Memang sifat lelaki itu macam 'spring' mudah menganjal dan senang dirangsang, maka janganlah pula wanita itu dengan sengaja jadi penyebab anjalan dan rangsangan itu. Jadi dalam soal ini nak salahkan siapa? Dan apakah tindakan Azlina, wanita UMNO Baru{a} dan PUB untuk mengatasi soal ini? Ada cara lain ke untuk mengatasinya? Jangan pula dalam Parlimen nanti Puteri UMNO dan Sisters In Islam membawa usul bahawa lelaki yang cepat menonjol macam 'spring' di jadikan sida!! Ha..Baru Pitam Maharajah Tua dibuatnya...he..he..he

Kesimpulannya...It takes two to tango. Penyakit jangan dicari...bala jangan diundang! Itu sebab Islam memberi nasihat kepada kedua-duanya iaitu kaum perempuan dan lelaki...wanita menutup aurat dan lelaki hendaklah menjinakkan matanya dengan menundukkan kepala bila bertemu dengan wanita...Adilkan?

Jadi, salahkah TGNA itu menyatakan perkara yang benar? Sepatutnya sebagai seorang yang kunuunnya menjadi pemimpin, nasihat TGNA itu hendaklah diterima dengan hati yang tenang, fikiran terbuka dan analisakannya dari pelbagai sudut...sudut agama, nasihat seorang ulamak , teguran jujur dari seorang tua dan pandangan ikhlas seorang lelaki. Apabila sesorang ulamak itu menyatakan yang hak, kita seharusnya mengambil iktibar walau pun datangnya dari parti yang berlainan. Apa yang nyatakan oleh TGNA ini bukannya hukum Parti PAS tetapi hukum Tuhan. Janganlah ketua PUB menjawab hentam kromo dan meletup-letup macam bertih goreng, cakap main lepas aje. Akhirnya masyarakat dapat membaca dan menilai mentaliti pemimpin UMNO Baru{a} ini. Salahkah jika masyarakat, yang berilmu dan bertamaddun, membenci dan menolak mereka yang dengkal dan low-class ini sebagai pemimpin? Jangan salahkan rakyat dalam soal ini. Bukankah zat menunjukkan sifat?

Apakah Azlina, yang mengaku Islam, tidak tahu bahawa menutup aurat itu adalah 'WAHYU', perintah ALLAH dalam Al Quran? Adakah perintah ALLAH itu 'sempit dan ketinggalan zaman' wahai perempuan Melayu yang bernama Azlina Othman dan yang sekutu dengannya?  Menentangnya merupakan menentang 'ALLAH'. Dan menentang hukum ALLAH adalah...M****D...na'uzubillahiminzalik!

Begitulah agaknya, jika sudah masuk kelompok UMNO Baru{a} manusia ini seperti terkena TUBA sudah tidak tahu membezakan intan dengan kaca. Sama jugalah dengan Tun Haniff Omar yang tidak jumpa ayat melarang judi di dalam AlQuran. UMNO...oh...UMNO Baru{a}...sudah terlalu jauh hanyutnya hingga ke muara ye? Tunggu masa saja untuk lemas.

Chameleon Princess Wanita UMNO Baru{a}.

Apakah orang yang semacam ini layak diserahkan remaja kita untuk berdamping dengan mereka? Layakkah dia menjadi pemimpin remaja atau wanita Islam yang terperangkap menganggotai Puteri UMNO Baru{a} sedangkan hukum asas yang sepatutnya 'at our finger tips' tidak diketahuinya? Maka nyatalah tujuan menubuhkan apa yang dipanggil Puteri UMNO Baru{a} itu semata-mata....

  1. Sebagai 'chameleon' atau sesumpah yang sering berubah-ubah warna demi untuk mengabui dan memarangkap musuh atau bahan makanan. Pada hakikatnya, roh dan jasad tetap sama...PUTERI UMNO ialah CHAMELEON PRINCESS WANITA UMNO kepunyaan Maharajah Kutty Tua..untuk terus menjadi raja.
  2. Bagi memenuhkan kapal UMNO Baru{a} berhantu, untuk kemenangan tahun 2004, yang sedang terumbang-ambing di samudra yang bergelora bikinan mereka sendiri. Jika mereka kalah, mereka tenggelam dan akan bermastautin di Sungai Buluh!
  3. Untuk membentuk remaja supaya mejadi Islam sekular. Apabila sudah rosak akidahnya mudah saja diperkotak-katikkan, seperti yang terjadi sekarang ini, lihat saja tingkah-laku munafiq orang UMNO Baru{a}, Institusi Agama Islam, Badan Kesalamatan Awam, Institusi Kehakiman, BPR, SPR dan ramai lagi.Ini sudah tentu menjamin kesinambungan kuasa Kutty dan keselamatan anak-anak serta kroni-kroninya apabila dia sudah tamat usianya.
  4. Menggunakan orang Melayu Islam yang sudah tiada jati diri, kerana sudah lemah akidahnya mengikut Islam Turkey, memerangi orang Melayu dan agama Islam itu sendiri {Barisan Alternatif}, seperti apa yang terjadi di negara Palastine...Ini kaedah Yahudi dan sedang berlaku di negara kita ini..semata-mata mahu menjaga Dinasti asing dari Kerala India...
  5. Untuk meneruskan penghakisan khazanah rakyat yang masih belum selesai. Oleh kerana wang dan harta rakyat itu di faraitkan sesama mereka secara haram maka sudah tentu tidak berkat dan sentiasa tidak mencukupi. Apa yang dilabur semuanya rugi dan tidak menjadi. Mereka perlu banyak masa untuk terus membalon hak rakyat.
  6. Propaganda untuk mengalih pandangan rakyat tentang isu-isu penting antaranya...Dato Shafie Yahaya, Royalti minyak, Kenaikan harga barang dan tambang pengangkutan yang melambung akibat naiknya harga minyak serta segala skendal dan kezaliman pemimpin. Paling ketara untuk menutup kelemahan dan ketidakupayaan UMNO/BN memberi keselesaan hidup kepada 22juta rakyat dan mentadbiran negara.

Sayugia diingatkan kepada orang UMNO Baru{a}, seandainya masih belum sedar. Jika perasaan benci sudah menguasai minda rakyat, tentunya amat sukar untuk dikikis. Mungkin jasad boleh dikawal, dikongkong tetapi minda terus bebas. Perasaan kasih sayang benci itu adalah suatu nikmat ALLAH yang datang dengan sendiri bukan dipaksa dan tanpa disedari dan bukan juga kerana hasutan.Zaman serba canggih, manusia sudah bijak berfikir. Usah di canang dengan Majlis Melayu, Puteri UMNO, Hak Keistimewaan Orang Melayu bla..bla.. itu semua tidak perlu. Apa ada pada Bangsa? Terutamanya Bangsa Melayu yang semacam orang UMNO ini? Buat malu dan busuk nama bangsa saja yang sememangnya sudah tercemar dan kelihatan dayus, kerana ragam orang Melayu UMNO sendiri.  Itu belum lagi cerita keji orang Melayu yang lain. Jadi satu-satunya cara martabat bangsa Melayu boleh tingkatkan ialah dengan berpegang kuat kepada Islam..itu saja.. Dalam Islam ada segala-galanya, lengkap. Jadi apa perlu pada UMNO?

Kera Kena Belacan

Wahai perempuan UMNO Baru{a}, berhentilah meniru perangai Iblis. Jika kalian tidak mahu akur pada hukum-hakam Islam, suka hati kalianlah, tanggunglah sendiri akibatnya, tetapi JANGAN pula mengajak dan menghasut atau memaksa orang lain untuk bersama-sama kalian dan menjadi syirik. JANGAN pula dihalang dan menentang orang yang cenderung kepada Islam. Ingatlah jika kalian berbuat demikian, dosa sendiri sudah tidak tertanggung inikan pula mahu menanggung dosa orang lain...Saham ini berpanjangan...makan tak habis.

Kepada Azlina dan kuncu-kuncunya...setelah hebat terkinja-kinja, macam kera kena belacan, berdangdut, berjoget, cha-cha, rumba, slow fox, waltz {tango?} atau... sudah nampak bulan bintang, apabila pulang dan bersendirian di kamar, setelah lampu dipadamkan, tentunya suasana itu menyamai alam kubur..yang lebih gelap gelita.

Taukah Azlina dan yang sekutu dengannya..Zainah Anwar yang dikatakan sisters in Islam bahawa MalaikalMaut sentiasa berkunjung ke rumah setiap manusia termasuk kau dan aku sebanyak 70 kali dalam sehari? What say you sis Zainah? I am not Nik Aziz, but do you believe me?

Jangan kata pula saya ini orang PAS atau orthodox....Tun Teja minat 'dangdut, rambung dan canggung' but Cha-Cha and Rumba are fine with me!! namun dalam mengikut rentak, melenggokkan kepala dan kelembutan tangan, saya masih tau...

  1. Menutup aurat itu wajib.
  2. Menghina nabi, mengatakan hukum Islam, hukum hudud itu zalim dan tidak sesuai, kira sudah tergelincir akidah boleh membawa kepada MU***D!! kerana menyanggah Wahyu ALLAH.
  3. Dan saya juga tau jika menyokong serta besekongkol dengan orang yang berkata demikian {memperlekehkan nabi, hukum Islam dan Ulamak} ertinya kita sudah bersubahat. Hukum bersubahat?... hai tak kanlah Azlina, seorang peguam, tidak tahu. Hukumnya sama dengan orang yang melakukannya.

Tun Teja lebih rela hidup dan mati sebagai Puteri Islam daripada menjadi Puteri UMNO Baru{a}!! Bagaimana pula Azlina dan Zainah Sisters in Islam and the rest? Masihkah lagi mau menjadi Chameleon Princess or Princess Chameleon of wanita UMNO that belongs to His Royal Highness The Maharajah?

Tun Teja

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter