Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Adakah Mahazalim Tergolong Sebagai Pesakit Mental (3/4 GILA)?

Sebagaimana kamu yang sedia maklum, Mahazalim menyalahkan kejadian bakar sekolah dan mencederakan Siti Nurhaliza adalah disebabkan hasil hasutan dan politik benci yang dilakukan oleh BA. Semua kejadian berlaku diletakkan pada BA. Dia ditanya apa komen beliau mengenai kejadian culik anak majikan, rogol,  bunuh dan amok, dia menjawab “Jika ada orang yang memberi contoh yang tidak baik, orang lain mesti akan terikut sama.” Mak datuk, saya pun tak tahu apa nak cakap. Ini adalah dakwaan secara tidak langsung yang ditujukan kepada pihak parti pembangkang. Nampaknya jelas sangat Mahazalim perlu berjumpa dengan pakar psikologi dan pakar sakit otak untuk mengubati penyakit mentalnya yang semakin serius.

Sejak berlakunya pemecatan DSAI, semakin tak betul perangai Mahazalim. Penyakit mentalnya bertambah serius dan semakin menjadi-jadi. Mahazalim sudah tidak dapat mengawal tindak-tanduknya lagi. Di sini saya ingin membicarakan tindak-tanduknya yang boleh dikategorikan sebagai seorang manusia yang mengalami gangguan mental.

Apa yang kita perhatikan melalui ucapan dan kenyataannya dia tidak pernah lupa mengutarakan isu basi politik di hadapan khalayak ramai. Di mana sahaja dia berada, dia akan sentiasa mengulangi isu politik yang sudah basi dan tidak laku lagi seperti pemecatan DSAI, perpaduan UMNO, rakyat Malaysia mestilah bersatu-padu, Pas mahukan perpecahan, politik benci dan hasutan Pas, kelemahan pentadbiran Pas, rakyat Kelantan pengotor, orang Melayu yang tidak bersyukur, ekonomi negara yang sudah pulih, penjajahan bentuk baru oleh kuasa asing dan usaha BA dan NGO memburukan UMNO. Dalam ucapannya mesti ada salah satu isu basi yang hendak diperkatakannya. Orang ramai sudah bosan mendengar ucapannya dan mula tertanya adakah PM sudah tidak waras atau gila. Dia tidak akan selesa dan senang hati jika dia tidak membicarakan hal politik basi.

Ucapan hari kemerdekaan Mahazalim yang menyamakan kumpulan Suqiu Al- Ma’unah sebagai komunis dan ekstremist memeranjatkan orang ramai. Orang ramai sangat terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala apa sudah terjadi kepada Mahazalim. Adakah ia mengesahkan bahawa dia mempunyai masalah gangguan mental?

Pemecatan DSAI menimbulkan kemarahan orang ramai. Rakyat Malaysia dengan segera dan beramai-ramai meninggalkan parti UMNO. Mahazalim tidak dapat menerima hakikat ini. Dia tidak percaya segala penjelasannya gagal menyakinkan orang ramai bahawa tiada konspirasi sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh DSAI. Fikirannya berkecamuk dan tindak-tanduknya sudah tiada arah lagi. Dia tidak dapat menerima tamparan hebat dan akibatnya dia terpaksa melakukan apa yang tidak terfikir oleh rakyat yang waras iaitu sandiwara gila.

Sandiwara gila yang saya maksudkan ialah mengenai Al-Ma’unah dan wang royalti. Hanya orang yang sudah hilang kewarasan melakukan benda ini. Kenyataannya  mengenai rampasan senjata amat diragui. Tambahan pula dia menokok tambah sandiwara tersebut. Dia mendakwa ada kejadian letupan berlaku di kuil Hindu dan bangunan kepunyaan Carlsberg. Kesahihan kejadian letupan tidak dapat dibuktikan. Ini adalah kenyataan merapu oleh orang yang sudah tidak betul lagi.

Isu wang royalti membuktikan Mahazalim sudah tidak waras lagi. Ia adalah kerja orang bodoh. Ia hanya akan merugikan UMNO dan BN sendiri. Pak turut tidak berani menegurnya dan turut terikut gila sama. Kepada pak turut, jangan kecil hati apabila kamu turut dilabelkan sebagai orang gila. Jika BOSS kamu ada sakit mental, saya nasihatkan kepada pak turut menasihati BOSS supaya cepat-cepat pergi jumpa pakar sakit mental kerana ada tanda-tanda yang jelas dia juga mengalami masalah gangguan mental. Kalau tidak penyakitnya akan melarat. Kalau penyakitnya tidak dapat dikawal lagi, jangan salahkan saya tidak bagi warning kepada kamu (pak turut). Kalau penyakitnya tidak dapat diubati lagi (100% gila), tiada ada peluang lagi kamu songlap duit rakyat. Kalau kamu nak terus kebas duit rakyat, cepat minta BOSS kamu jumpa doktor. Kepada isteri Mahazalim, saya nasihatkan kamu menegur suami kamu supaya kurangkan melalut dan merapu tak tentu pasal. Akhirnya siapa yang lebih susah hati, gelabah, gelisah dan mengalami tekanan stress yang berlebihan? Tepuk dada tanya selera.

LTL

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter