Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MESYUARAT ASEM

Ramai yang tertanya2 bila masa PM balik dari Korea setelah menghadiri mesyuarat ASEM? Tiba2 aja dia timbul di Malaysia. Selalunya, diadakan press statement setibanya di airport tapi kali ni, senyap aja. Pelik sungguh. Kita pun tak dengar PM kita diberi penghormatan berucap di mesyuarat tersebut. Kalau ada, seperti biasa, sudah pasti disiarkan secara meluas dalam media2 tempatan.

Yang pasti ialah PM tidak lagi diberi pentas untuk berucap di arena antarabangsa. Mungkin pemimpin2 Eropah sudah menyampah mendengar ucapan2nya yang cakap tak serupa bikin. Mungkin juga pemimpin2 ini dah beri kata dua, ultimatum  pada beliau seperti yang dilaporkan oleh YB sdra Azmin ketika PM berjumpa dengan Tony Blair, PM United Kingdom dulu.

Kita asik didendangkan dengan berita2 yang seronok aja mengenai PM kita. Berita2 yang menjaga rapi imej PM. Kalau inilah caranya, jangan harap nak dapat pelabur2 asing datang ke Malaysia untuk melabur. Silap2, habis diangkut keluar pelaburan mereka dan berhijrah ke negara2 lain. Kecuali dilonggar habis syarat2 sehingga kepentingan negara tergadai! Ini boleh berlaku sambil media2 massa memutarbelit fakta2 sebenar khusus untuk mengaburi pandangan rakyat.  

Disebabkan satu orang, satu negara menderita. Disebabkan segelintir manusia yang tersepit, satu negara menanggung bebanan demi bebanan. Bangkai2 hidup yang menjadi liabiliti kepada negara. Bila agaknya menteri2 lain dalam kabinet akan sedar dan bangkit demi kepentingan rakyat dan negara???


ANAK MALAYSIA

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter