Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

DOKUMENTARI ABC

Seorang rakan baru balik dari Australia atas urusan perniagaan. Semasa di sana, rakan beliau telah sempat menayangkan dokumentari ABC mengenai perbicaraan DSAI. Beliau terasa  terkejut apabila  menonton dokumentari tersebut. Kalau dulu beliau percaya dengan apa yang dikatakan oleh PM berhubung dengan isu sodomi DSAI, setelah menonton dokumentari tersebut, beliau telah 'turn-over'. Dokumentari tersebut terlalu 'convincing' mengsahkan bahawa memang terdapat konspirasi di peringkat tertinggi untuk menjatuhkan DSAI, begitulah komen rakan ini. Lagi pun, dalam dokumentari tersebut jelas PM menyebut bahawa beliau mempunyai bukti2 kukuh bahawa bekas timbalannya terlibat dalam perangai2 tak senonoh. Dalam dokumentari tersebut semasa berdepan dengan wartawan2 asing, PM tergamak menyebut perkataan melancap dan berkata, macam mana saya boleh membenarkan orang macam ini yang bermaruah rendah menduduki kerajaan dan menggantikan saya kelak!

Macam2 lagi cerita yang disampaikan oleh rakan saya ini. Temuramah dengan peguam2 DSAI, Christopher Fernando dan Karpal Singh mengkuatkan lagi bahawa kes ini sepatutnya dicampak dalam bakul sampah. Yang sedapnya komen dari Karpal yang berkata kalau PM sudah menjaja ke sana ke sini mengenai salahlaku DSAI sebelum dan semasa perbicaraan dijalankan, tugas pendakwa dalam mahkamah ialah hanya untuk membuktikan kesahihan kata2 PM. At all cost, DSAI mesti didapati bersalah.

Mengikut rakan ini, perjalanan cerita dalam dokumentari ini sungguh menarik dan meyakinkan. Jika disiarkan satu dunia, habislah kredibiliti PM dan sistem perundangan negara ini. Malu kita dibuatnya. Kerana geram sangat, rakan saya ni mencadangkan supaya salinan dokumentari tersebut dipohon dari ABC dan patut diedarkan kepada pertubuhan2 antarabangsa seperti OIC, PBB, ISNA, Amnesty International dan juga pertubuhan2 pelajar2 kita di luar negara.

Kalau dapat disiar dalam CNN, lagi bagus. Habislah satu dunia nampak kepincangan dan kesongsangan sistem perundangan negara kita dan barulah satu dunia tahu siapa sebenarnya Mahathir Mohammed. Bekas PM Australia yang pernah berkata bahawa PM kita ini ialah seorang yang 'recalcitrant' sudah pasti akan gelak besar!

PELAPOR

 
 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter