Pendekatan 'Top Down'
Istilah pendekatan 'Top Down' tidak asing lagi
bagi kita. Satu pendekatan yang merupakan arahan dari atas ke bawah yang mesti
dilaksanakan. Secara dasarnya, pendekatan ini melibatkan sesuatu aspek yang perlu diberi
penekanan berdasarkan faktor2 tertentu.
Pendekatan ini walaupun mempunyai merit tapi
ada juga kelemahan2nya. Masalah utama berhubung dengan pendekatan ini ialah apabila
sesuatu arahan itu berpunca dari tekanan atau campurtangan orang2 politik.
Walaupun sesuatu projek dijangka gagal mengikut perkiraan pakar2 tertentu, tetapi
disebabkan tekanan2 politik, ia terpaksa juga dilaksanakan dan cara pelaksanaannya ialah
arahan secara 'top down'.
Di peringkat awal lagi, pakar2 telah
menyatakan bahawa projek tersebut akan melalui jalan sukar dan kemungkinan besar akan
gagal tetapi pandangan atau pendapat dari pakar2 tidak dihiraukan. Dapat pula bos yang
kurang berpengetahuan, kurang pengalaman dalam bidang2 tertentu tapi berlagak pandai dan
mempunyai sikap pak turut, habislah anak2 buahnya dipaksa melaksanakan projek tersebut.
Walaupun contoh2 kegagalan, masalah2 dan
pendekatan lebih pragmatik telah dibentangkan, namun atas desakan politik, bos2 seperti
ini sanggup membelakangkan professionalisme, berdegil dan mahukan projek tersebut
dijalankan juga. Tiada pilihan. Seperti yang diduga, projek tersebut apabila
dilaksanakan menghadapi jalan sukar dan akhirnya gagal atau impeknya ialah minimal
sahaja.
Satu contoh baik ialah arahan dari Sanusi
Junid semasa beliau menjadi menteri pertanian dulu. Kena cuba tanam padi di atas
bumbung. Maka pihak2 tertentu pun, kerana nak pleasekan menteri menghabiskan wang
ringgit untuk melaksanakan arahan pak menteri. Peruntukan untuk melaksanakan projek
seperti ini bukan ada tapi di'sedut' dari bahagian2 lain. Orang2 Jepun pun ketawa
apabila mendengar cadangan seperti ini! Akhirnya apa jadi dengan projek ini setelah
beratus ribu wang habis digunakan?
Jangan terlalu ghairah sangat dengan
pendekatan 'top down' ini. Buatlah kajian terperinci. Dengarlah pandangan dan pendapat
pakar2 atau orang2 yang banyak pengalaman dan berpengetahuan luas. Kalau kita asyik
dengan SEMUA BOLEH, MALAYSIA BOLEH, alamatnya pembaziran akan terus berlaku. Banyak wang
ringgit, tenaga dan masa akan disia siakan.
EPU