Ekonomi Belum Pulih
Siapa kata ekonomi negara sudah pulih? Kalau
kita bersembang dengan peniaga2 dan ahli2 korporat, semuanya berpendapat ekonomi negara
belum pulih lagi. Bukan pulih tapi makin teruk lagi. Satu pendapat yang bercanggah
dengan pendapat yang cuba ditonjolkan oleh media massa arus perdana. Ada ahli korporat
yang berpendapat lebih baik ditutup kedai selama dua tahun (semenjak gawat bermula)
kerana semenjak dua tahun ini, langsung tak ada bisnes. Nak hidup pun susah.
Kita
boleh tengok jumlah rumah kedai dengan papan iklan "Untuk disewa" kian
bertambah di mana2 tempat. Bukankah ini penunjuk bahawa bisnes kurang baik, sewa
kedai pun tak terbayar? Kita juga boleh tengok kejadian2 jenayah kian meningkat.
Merompak, membunuh, memukul adalah tanda2 bahawa sesuatu masyarakat sedang mengalami
tekanan atau stress. Biasanya apabila ekonomi sedang rancak, rakyat senang cari makan,
jarang sekali kita mendengar kejadian2 jenayah seperti ini. Jika adapun, dilakukan oleh
pendatang2 asing tapi sekarang, kejadian2 ini dilakukan oleh rakyat2 tempatan. Dengan
kenaikan harga barang2 keperluan harian akibat kenaikan harga minyak, kemungkinan besar,
bertambah stresslah rakyat negara ini khususnya di kalangan yang berpendapatan rendah
atau yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
Majoriti rakyat pun sekarang berhati2
apabila berbelanja. Tidak macam dulu. Kalau nak beli belah pun, yang penting dan perlu
sahaja. Jadi, siapa kata ekonomi sudah pulih??
PENGGUNA