Sifat Dakwah Dan Pendakwah - Siri Kedua
"Saya sedia hadir ke mahkamah" demikian
jawapan YAB Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Aziz Nik Mat. Syabas diucapkan kepada YAB
Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Aziz Nik Mat. Mana lebih utama arahan Allah dan Rasulnya
atau surat larangan Pengarah JAIS yang penjilat dan boneka Menteri Besar Selangor Mohd
Khir Toye (Sedikit masa nanti bertukar jadi Toyollah tu, habis semua milik rakyat selangor
ni dijualkannya, tak tahulah apa bendanya selepas Putra Jaya). Malaysia ini adalah negara
untuk semua warganegara Malaysia termasuk YAB Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Aziz Nik
Mat. Maka setiap seorang warganegara berhak atau bebas bergerak ke mana-mana sahaja tanpa
sekatan, selagi mereka tidak melakukan perkara-perkara yang memudaratkan dan bertentangan
dengan tuntutan Allah dan Rasulnya. Adakah menyampaikan risalah Allah dan Rasulnya itu
satu kesalahan ?.
Janganlah disebabkan seseorang itu tidak mendokong
perjuangan assabiyah dan sekularis dokongan UMNO maka apa sahaja yang disampaikan
bertentangan dengan Islam separa/sempit dokongan UMNO itu. Sekarang sudah jelas bahawa
UMNO yang mendabik dada memperjuangkan Islam ternyata menentang penyampaian risalah Allah
dan Rasulnya. Sebagai umat Islam di Malaysia ini melalui siapa lagi risalah Allah dan
Rasul ini dapat disampaikan kalau tidak berjuang berdasarkan melalui para Ulama yang
berpendidikan Islam dan menghayati Islam dalam kehidupan sehariannya. Siapakah yang boleh
kita harapkan untuk menyampaikan risalah Allah dari kalangan orang UMNO ?. Yang ada
hanyalah Ular Dalam Semak, sanggup menjual agama dengan harga yang murah !. Nak harapkan
siapa ?....Hj. Mahathir Muhammad ?. Sejauh manakah pengetahuan orang ini tentang Islam ?.
Keluarganya sendiri tidak mempraktikkan anjuran-anjuran agama Islam seperti menutup aurat,
rahsuah dan minuman haram. Lihat sahaja pada bulan Ramadhan tahun lepas umat Islam sibuk
dengan sembahyang Tarawih di Masjid Subang, orang ini tanpa rasa segan dan silu
(berimankah orang ini) sibuk merasmikan sambutan millinium di Terminal 1 Subang
Airport yang didokong pesta arak dan percampuran muda-mudi tanpa batasan. Tetapi orang
ini, tak mahu ketinggalan juga bila sampai persidangan OIC maka berkokoklah dia dan
mendakwa beliaulah pejuang Islam !
YAB Menteri Besar Kelantan Dato' Nik Aziz Nik
Mat berkata bahawa beliau akan tetap hadir ke mana-mana masjid atau surau di
negeri Selangor dan negeri-negeri lain sekiranya ada undangan untuk berbuat demikian.
Selaku rakyat selangor kita seharusnya bersyukur kerana seorang yang bergelar ulama
dan menjawat jawatan Menteri Besar sanggup meneruskan usaha menyampaikan risalah Allah
dan Rasulnya. Ternyata beliau mempunyai salah satu sifat pendakwah iaitu
"berani" dalam menyatakan yang hak dan yang batil. Insya-Allah rakyat
selangor yang miskin dengan ilmu-ilmu Islam ini sentiasa akan mengundang dan
menantikan YAB Dato' Nik Aziz Nik Mat ke negeri Selangor. Apalah gunanya rakyat negeri
Selangor ini disuapkan dengan pembangunan dan kekayaan materialistik yang sumbernya
dari sumber-sumber yang belum tentu halal haramnya.
Sebagai umat Islam selain jasmani
rohani kita perlu disuburkan juga dengan ilmu-ilmu dan tuntutan-tuntutan agama Islam.
Kita tidak mahu jiwa kita ketandusan dan akhirnya kita sendiri akan tenggelam punca
dan hanyut seperti mereka-mereka itu. Kita dambarkan ilmu-ilmu dari
pendakwah-pendakwah yang bersifat kental dengan agama Islam.
Dakwah Islamiah pada mulanya merupakan tugas
para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh alim ulama sebagai pemegang amanah
daripada Allah yang menyedari bahawa segala kemuliaan dan kesempurnaan bagi Allah yang
memelihara agamaNya yang benar dan melaksanakan hukum-hukumNya.
Oleh yang
demikian dapatlah difahami bahawa kebahagian setiap umat bergantung pada alim ulama.
Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah
manusia. Ini bererti tanggungjawab alim ulama amatlah besar dan tugas mereka itu
amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah sebagi tugas khusus.
Apakah sifat-sifat yang menjamin kejayaan kerja
pendakwah ?.
Pendakwah mestilah mempunyai sifat-sifat berikut:-
- Memahami maksud
al-Quran dan al-Hadith
- Beramal dengan
Ilmunya.
- Tahan marah
(berlapang dada)
- Berani, tidak takut
kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan dapat
menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.
- Menjaga diri, tidak
mahu kepada harta kepunyaan orang lain.
- Berpada-pada dengan
kesenangan dunia dan reda dengan harta yang halal walaupun sedikit.
- Kuat, sihat dan
fasih lidah.
- Mengetahui
perkara-perkara berikut:
- Hal-ehwal orang yang
akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran
dan sosialnya.
- Ilmu sejarah umum
- Ilmu psikologi
- Ilmu geografi.
- Ilmu akhlak.
- Mazhab-mazhab 'aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.
- Bahasa orang yang akan
menerima dakwah.
- Ilmu kemasyarakatan
(sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang
berkaitan dengannya.
- Amat mempercayai
kepada janji-janji Allah - mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biarpun
usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan
memerlukan pengorbanan yang besar.
- Tawadu' (merendah
diri) dan menjauhkan diri daripada perkara yang 'aib.
- Tidak bakhil
mengajar apa-apa ilmu yang diketahuinya; tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang
mendatangkan faedah kepada orang lain.
- Bersifat wakar dan
tenang.
- Tinggi hemat dan
mulia diri; tidak berpuashati dengan perkara-perkara yang besar yang belum sampai
kepada kesempurnaanya; menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina; marah ketika
disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bakti.
- Sabar ketika
menjalankan dakwah kerana Allah.
- Bersifat takwa dan
amanah.
Jika kita amat-amati tuntutan sifat-sifat
pendakwah yang disenarai di atas, jelas dan nyata bahawa YAB Menteri Besar Kelantan
Dao' Nik Aziz Nik Mat mempunyai kesemuanya. Sebaliknya jika kita lihat adakah Hj.
Mahathir Muhamad dan Ular Mak-Ular Mak UMNO mempunyai sifat-sifat ini
?...renungkanlah.
Seruan:
"Wahai pemimpin-pemimpin dan
pendokong-pendokong UMNO kembalilah kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya
perjuangan assabiah kamu yang sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh.
Kembalilah kedalam Islam yang syumul ini! - amin !".
Membangun Bersama Islam : Allahuakbar
!...Allahuakbar !...Allahuakbar !...
habibu@hangjebat.com