Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Artikel 1

Sedarlah! Wahai Rakyat Malaysia

Gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan lain-lain telah dinaikkan. Begitu juga gaji yang telah dipotong semasa kegawatan ekonomi dan elaun akan juga dberikan balik kepada mereka. Jika gaji menteri boleh dinaikkan, bagaimana dengan nasib pekerja kita? Gaji yang diterima oleh pekerja tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Adalah wajar kerajaan perlu mempertimbangkan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Malangnya adakah kerajaan memikirkan beban yang ditanggung oleh rakyat?

Kebanyakan harga barangan dan perkhidmatan telah meningkat. Malangnya gaji rakyat tidak bertambah. PM kata kerajaan tidak mampu memberi gaji minima sebanyak RM 1200 sebulan kepada pekerja. Kalau kerajaan tidak mampu berbuat demikian kenapa ada duit untuk membina projek mega yang tidak membawa faedah kepada negara. Saya rasa kos untuk membina projek mega yang menelan belanja berpuluh-puluh billion seperti mahligai PM, Putrajaya, KLCC dan Bakun dan membailout perniagaan krono-kroni yang bankrap memang cukup untuk memberikan gaji RM 1200 sebulan kepada pekerja.

Gaji menteri boleh naik tapi gaji pekerja terus tidak diendahkan. Jika PM tahu kerajaan tidak mampu memberi gaji minima RM 1200 sebulan, kenapa PM mahu memberi janji kosong kepada rakyat? Rakyat terlebih dahulu hendaklah membantu kerajaan untuk memulihkan kegawatan ekonomi sebelum mereka dapat menerima gaji RM1200 sebulan. Selepas ekonomi negara telah pulih, malangnya semuanya indah khabar dari rupa. PM gila dengan berani mengatakan dia tidak pernah menyebut mengenai soal gaji minima dan mendakwa kenyataannya telah disalahtafsir. Ini menunjukkan dia tidak ikhlas dan tidak ada niat untuk membalas jasa rakyat yang turut membantu kerajaan untuk memulihkan ekonomi. Inilah helah dari PM gila. Rakyat telah diperbodohkan dan dipergunakan oleh PM untuk kepentingan diri sendiri.

Inilah hadiah balas dendam dari BN. Rakyat mesti sedar segala kepincangan dan penyelewengan yang berlaku pada kerajaan BN. Inikah sikap kerajaan yang kononnya prihatin dan menjaga kepentingan rakyat. Sebenarnya kerajaan membelakangkan kepentingan rakyat. Adakah rakyat sudah serik atau masih mahu lagi menaruh kepercayaan terhadap kerajaan BN? Tepuk dada tanya selera.

LTL





 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter