SIFAT DAKWAH DAN PENDAKWAH SIRI 1
Sebagai umat Islam kita pastinya terkejut dengan tindakan Pengarah
JAIS mengeluarkan arahan bertulis tidak membenarkan YAB Menteri Besar Kelantan Dato'
Nik Aziz Nik Mat untuk memberikan kuliah dan ceramah agama di seluroh surau dan
masjid di negeri Selangor.
Sebagai seorang rakyat negeri Selangor yang mendokong
dakwah Islamiah saya merasakan bahawa tindakan Pengarah JAIS ini adalah kurang tepat
dan didalangi oleh parti pemerintah BN/UMNO yang mendokong pemerintahan berteraskan
Sekularisma iaitu memisahkan agama dan politik. Lihat sahaja apa yang terjadi di
Masjid Subang Jaya apabila puak-puak UMNO ini mengambilalih Jawatankuasa Kariah
Masjid yang sepatutnya ditentukan oleh penduduk kariah berkenaan. Bila orang-orang
UMNO yang mendokong Sekularisma yang cetek ilmu agama Islam memegang kuasa maka
kehancuran dan kemusnahan pasti akan berlaku. Namun Insyallah Sekular pasti
tersungkur !!!.
Siapakah lagi uztaz-uztaz yang ada dalam UMNO yang boleh kita
harapkan memperjuang dan melaksanakan dakwah Islamiah ini. Mereka-mereka ini telah
jauh tersasar dan tidak dapat menilai mana yang hak dan mana yang batil. Nak
harapkan Pengarah JAIS (penjilat Isu penangkapan muda mudi Islam yang terlibat
dengan arak di The Ship Pub) dan YAB Menteri Besar Selangor Mohd Khir Toyo yang
berpendidikan doktor pergigian itu menyampaikan risalah Allah dan Rasulnya entahlah.
Tetapi tidak mahu ketinggalan untuk berbicara tentang Islam, maklumlah dapat kuasa
terpijak !!!. terpaksalah turut jadi penjilat setia waimah menjual agama Islam itu
sendiri dengan harga yang murah. Inilah petakanya apabila seseorang yang bukan ahli
atau berkebolehan dipertanggungjawabkan terhadap sesuatu perkara atau organisasi.
Pada mereka kepentingan peribadi lebih diutamakan.
Risalah Rasul-rasul terang dan jelas, tidak ada aspek yang kabur atau
tersembunyi. Hakikat ini terkandung di dalam firman Allah yang menjelaskan tentang
risalah Nabi Musa a.s;
"Dan Kami (Allah) telah mengurniakan kitab yang jelas
kepada kedua-duanya (Musa dan Harun). Dan Kami (Allah) telah menunjukkan jalan yang
lurus kepada kedua-duanya. Dan telah Kami (Allah) tinggalkan (puji-pujian yang baik)
bagi kedua-keduanya pada umat yang kemudian. Sejahteralah Musa dan Harun.
Sesungguhnya demikian itu lah Kami (Allah) memberi balasan kepada orang-orang yang
membuat baik. Sesungguhnya kedua-duanya itu merupakan hamba-hamba Kami (Allah) yang
beriman". (surah: as-saffa: 117 - 122).
Oleh kerana risalah Rasul-rasul itu terang dan jelas, maka mereka
pula mengajar manusia dengan terang-terangan tanpa sebarang helah untuk
menyembunyikan sebahagian daripada risalahnya dengan alasan takut menyinggung
mana-mana pihak, dan mereka tidak memberi ajaran-ajaran secara samar-samar tentang
sesuatu hakikat yang tidak disukai oleh golongan-golongan tertentu.
Allah S.W.T melarang RasulNya daripada menurut kehendak-kehendak
penentang-penentang dakwah. Mereka tidak mahu Rasul menyebut perkara-perkara yang
mereka tidak ingini dan hanya berdakwah tentang perkara-perkara yang sesuai dengan
kehendak nafsu mereka. Ini selaras dengan firman Allah;
"Maka janganlah engkau (Muhammad) taat kepada
orang-orang yang mendustakan (mengingkari seruanmu). Mereka berharap-harap supaya
engkau berlembut (kepada mereka) barulah mereka akan berlembut pula (kepadamu).
Dan janganlah engkau taat kepada setiap orang yang banyak bersumpah dengan
(kata-kata) yang batil dan hina. (Orang) yang suka mengumpat. (Orang) yang suka
mengacum (antara manusia). (Orang) yang suka menengah perkara yang baik.
(Orang) yang suka menceroboh dan membuat dosa. (Orang) yang kasar dan mendakwa
dirinya jaguh golongan Quraisy (al-Walid-ibnu al-Mughirah). (Dia mendakwa begitu)
sebab dia mempunyai harta dan anak-anak. Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami
(al-Qur'an), dia terus berkata: Itu adalah cerita dongeng orang dahulu kala. Akan
Kami (Allah) jadikan tanda (yang menyebabkan dia mendapat malu atau 'aib) di
atas hidupnya". (surah al-Qalam : 8-16)
Allah memerintahkan Rasulnya menyampaikan dakwah Islamiah dengan
sempurnanya, tanpa menghiraukan pujuk rayu atau pun tentangan daripada mana-mana
pihakpun. Firman Allah:-
"Jangan-jangan engkau (Wahai Muhammad) tidak
menyampaikan sebahagian dari apa-apa yang diwahyukan kepadamu serta merasa sempit
dada untuk menyampaikannya disebabkan orang-orang yang ingkar itu berkata:
"Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) perbendaharaan (harta benda yang
banyak), atau mendatangkan bersama-sama denganya malaikat (untuk menolongnya menyebarkan
Islam)?" Engkau hanyalah seorang Rasul, pemberi amaran kepada orang-orang yang
ingkar dan Allah ialah Pentadbir yang menguruskan tiap-tiap sesuatu (maka
berserahlah diri kepadaNya). Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh
dengan mengatakan, "Ia (Muhammad) yang mereka-reka al-Qur'an itu !".
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika demikian tuduhan kamu, maka cubalah buat
serta datangkan sepuloh surah rekaan yang sebanding dengan al-Qur'an itu, dan
panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain daripada Allah,
jika betul kamu orang-orang yang benar. Oleh itu jika mereka penolong-penolong kamu
tidak dapat melaksanakan permintaan kamu untuk membuat surah-surah yang sebanding
dengan al-Qur'an , maka ketahuilah bahawa al-Qur'an itu diturunkan hanyalah menurut
pengetahuan Allah dan bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.
Setelah (terbukti hakikat yang demikian), maka adakah kamu menyakini Islam dan
menurut aturannya ?".
Maka Rasulullah S.A.W. terus melaksanakan dakwahnya dengan tidak
memperdulikan pujuk rayu, cabaran dan ugutan daripada pihak musuhnya, dan beliau
tetap sabar sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dalam surah Taha:
"Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa
yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit
dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada
sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).
(surah Taha: 130).
Seruan:
"Wahai pemimpin-pemimpin dan pendokong-pendokong UMNO
kembalilah kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah kamu
yang sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh. Kembalilah kedalam Islam yang
syumul ini! - amin !".
Membangun Bersama Islam : Allahuakbar !...Allahuakbar
!...Allahuakbar !...
habibu@hangjebat.com