LAGI SATU KES RASUAH KRONI YANG DITUTUP DUGONG
Surat khabar the Star melaporkan bahawa kes rasuah
terhadap bekas Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi
JPM iaitu Tan Sri Abol hassan ditutup kerana
kekurangan keterangan.
Nampaknya tugas Timbalan Menteri Douglas Unggah Embas
dari Sarawak ialah menyampaikan maklumat-maklumat
palsu di Parlimen. Malu orang Sarawak oiii. Jadi
Timbalan Menteri, buat kerja bodoh, menipu
anggota-anggota Parlimen.
Macamana kata tidak ada keterangan apabila kes itu
belum selesai lagi disiasat. BPR dapat maklumat dari si pemberi duit itu yang bahlol itu hendak duit. Atas
maklumat itulah BPR bertindak dan menjumpai duit itu.
Tetapi Firaun tua itu sudah dimaklumkan oleh Abu Hasan
bahawa fail-fail yang dirampas termasuk fail cadangan
anak Firaun tua itu, iaitu Mokhzani untuk mengswastakan perkhidmatan hospital. Kalau perkara ini disiasat
terbuka lagi tembelang Firaun tua itu.
Firaun tua sudah maki hamun Pengarah BPR, Dato' Shafie
kerana berani siasat kroni dia.
Dia ada bahlol-bahlol di Jabatan Peguam Negara, Dugong, Patail dan Azhar. Mereka inilah yang mengarahkan BPR
tutup fail walaupun siasatan belum selesai.
Apa nak gaduh sangat. Tahun 2004, kalau BA memerintah kes itu boleh buka semula. Firaun tua, dugong,
Patail dan Azhar boleh dituduh menyalahguna kuasa untuk menutup kes itu.
Douglas akan dituduh membekal maklumat palsu kepada
Parlimen, sebuah badan perundangan yang sepatutnya
tertinggi di Malaysia.
Kita tunggu tahun 2004. Yang penting
maklumat-maklumat ini disimpan dalam khazanah BA.