Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Apa Yang Ditakuti Berlaku Jua Akhirnya….PUTRAJAYA Tergadai??? 

Akhirnya rakyat Selangor terpaksa melacurkan maruah dan harta kepada Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dengan keputusan rasmi kabinet untuk mengistiharkan PUTRAJAYA sebagai Wilayah Persekutuan Ke 3 …… rakyat Selangor tentu merasa pedih dan sedih apabila Kuala Lumpur diambil oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1972 …. Kini tahun 2000 sejarah itu berulang sekali lagi.

Kepada Bekas Menteri Besar Selangor, Pak Abu Hassan …. Penulis tabik hormat kerana beliau tegas dan jujur kepada rakyat Selangor kerana mempertahankan PUTRAJAYA ….sehingga sanggup melepaskan jawatan Menteri Besar…..*****@@@@?????? Secara sah dan sahihnya apa yang dimaklumkan oleh penulis sebelum perletakkan jawatan Pak Abu …. Isu PUTRAJAYA ini adalah salah satu sebab utama beliau letak jawatan dan dengan rasa sedihnya beliau berundur kerana gagal mempertahankan hak rakyat Selangor ….. kini rakyat negeri Selangor sama ada dari orang Melayu, India dan Cina  pasti tersentak dari mimpi indah yang dibuaikan oleh Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN yang selama ini perbelanjaan yang berbilion-billion ringgit yang ditaburkan oleh kerajaan negeri Selangor keatas PUTRAJAYA …. Secara mudah dan singkat dirampas serta dirompak oleh Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya.

Cubalah kita bayangkan ….. orang lain yang melabur berbillion-berbillion …. Tup , tup orang lain pulak yang mengaut untungnya pulak ……??? Kini harta dan tanah rakyat negeri dibeli dengan harga yang rendah atas dasar pembangunan kerajaan negeri ….. tapi kerajaan pusat pimpinan Mahathir@mahafiraun serta UMNO@BN dengan sewenang-wenangnya merampas dan memfaraitkan kepada kroni mereka …..?? Siapakah yang bertuah menjadi DATUK BANDAR PUTRAJAYA NI…….Kalau boleh Mahathir@Mahafiraun lantiklah Mike Tyson Selangor@Mat Taib……….???

Ini baru PUTRAJAYA … kerana tiada pilihan lain mereka terpaksa mengistiharkanya sebagai Wilayah Persekutuan …. Tapi bagi mana tanah dan harta rakyat dirampas atas dasar pembangunan ….. tetapi dijadikan projek dan milik kroni mereka….??? Ini adalah salah satu sebab utama Barisan Alternatif menentang dasar dan sikap UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun ….. tetapi malangnya masih ramai rakyat dan bangsa Malaysia tidak mahu menerima hakikat ini …. Dan memperlekehkan usaha BA …. Tapi kalau dah terhantuk baru nak tergadah …. dah lewat dan dah tak berguna lagi ….. ????

Adakah pampasan atau wang ihsan yang akan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan sama nilainya dengan kutipan cukai dan nilai hartanah di PUTRAJAYA jika ia dibawah Kerajaan Negeri Selangor selamanya ….. ??? kita pakai kira-kira TABIKA KEMAS …kalau nak kira jumlah pampas an atau wang ihsan yang akan diberi oleh Kerajaan Persekutuan.

Namun begitu Selangor Darul-Ehsan …. Memang kena namanya …. Memang layak memberikan harta dan tanahnya sebagai ehsan kepada Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN . Kalau tak percaya kita tunggu MB Selangor yang baru ni …. Tentu akan berlagak sakan dengan wang yang diterima dari Kerajaan Persekutuan …. Dan 11 nama yang dicalonkan sebagai MB dahulu akan dipinggirkan dan diletak dalam bakul sampah….sebagai mana MB Selangor ini memijak-mijak serta memperlekehkan YAB Menteri Besar Kelantan. Sebagai Orang Muda … MB Selangor telah menunjukkan perangai kebudak-budakan dalam Isu Tuan Guru Nik Aziz serta Wilayah Persekutuan PutraJaya …. yang pastinya MB Selangor ini akan dikenang oleh seluruh keturunan rakyat negeri Selangor sebagai pengkianat serta pencabul maruah rakyat dan bangsa negeri Selangor sampai bila-bila.

Buat rakyat negeri Selangor … masa masih ada jalan untuk menyelamatkan PUTRAJAYA ….. bangkitlah dari lamunan anda semua …. Secara mudah sehaja kerajaan yang dipimpin oleh UMNO@BN di Selangor boleh ditumbangkan dan selamatlah PUTRAJAYA. 1. Semua ahli UMNO@BN , MCA@BN , MIC@BN , GERAKAN@BN dengan rasminya keluar dari parti tersebut dan menganggotai Barisan Alternatif. 2. Semua Yang Berhormat BN dan Exconya keluar dari parti dan sertai Barisan Alternatif ….. dengan ini Pilihanraya Kecil Negeri Selangor terpaksa diadakan untuk memilih Kerajaan Negeri yang baru. 3. Merapat sembah ke Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar jangan menandatangani perjanjian penyerahan PUTRAJAYA dengan Mahathir@Mahafiraun . 4. Seluruh kakitangan kerajaan Negeri dan kakitangan swasta melancarkan mogok dan bertafakur sehingga Kerajaan Persekutuan mengeluarkan arahan rasmi membatalkan pengistiharan PUTRAJAYA sebagai Wilayah Persekutuan Ke3. 5. Seluruh rakyat marhen di Malaysia berganding bahu menuntut Mahathir@Mahafiraun meletakan jawatan dan Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agung mengistiharkan Parlimen di bubarkan dan pilihanraya umum Ke 11 akan diadakan untuk mengantikan kerajaan UMNO@BN .

Hanya lima cara diatas PUTRAJAYA mampu diselamatkan …… kerana selagi ada Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dan juak-juaknya memegang tampuk kuasa pemerintahan di Malaysia ini ….. segala harta , tanah , maruah , wang akan difaraitkan serta digadaikan oleh mereka semahu-mahunya.

Tiada pilihan lain lagi yang ada kini ….. jangan kita bercita-cita menumpahkan darah seperti di Indonesia untuk merampas kuasa …. Biarlah dengan kuasa politik dan muzakarah kita menjatuhkan Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN . Kalau dengan cara militan ….. ini lah dimahukan oleh Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya … kerana inilah peluang untuk mematikan penentangnya atas alasan darurat dan peperangan.

Gunakanlah ilmu dan kebijaksanaan anda semua untuk memastikan PUTRAJAYA dan Malaysia selamat dari cengkaman kroni Mahathir@Mahafiraun …. Jangan ditunggu lagi,  masa itu emas …. Dan masa yang baik itu kini telah datang …. Apa yang nak dilamunkan ….. Mahathir@Mahafiraun memang mahukan semua rakyat dan bangsa Malaysia menjadi lalai serta lali setiap masa …. Maka mudahlah baginya serta juak-juaknya membahagi-bahagikan khazanah yang ada di Malaysia ini …. Kita ambillah pengajaran dari rakyat negeri Kelantan dan Terengganu ….. selagi ada UMNO@BN memerintah negeri mereka … selagi itulah segala kekayaan negeri akan dirampas serta di joli sakan oleh puak-puak UMNO@BN .

Kini peluang yang baik itu telah datang …. Dengan isu PUTRAJAYA, KLIA, E-VILLAGA, ANWAR IBRAHIM, SISTEM KEHAKIMAN, RASUAH KRONI, AL-MAUNAH, JPJ, WANG IHSAN, BRITISH AIRWAYS, ISNA, ISRAEL, MONOREL, KL CENTRAL, KLSE, KLOFF, DAIM, ALI ABUL HASSAN, ERIC CHIA, VINCENT TAN, RAFIDAH AZIZ, SANUSI JONET, VIDEO GAME, ARAK , JUDI, ROGOL DAN LIWAT, AURAT, HUDUD, EKONOMI dan pelbagai lagi … adakah isu ini tidak cukup untuk menyedarkan rakyat dan bangsa Malaysia yang UMNO@BN serta MAHATHIR@MAHAFIRAUN sudah tidak releven untuk menerajui kuasa pemerintahan kerajaan Malaysia di alaf baru ini.

Ayoh teman-teman pejuang…. Laungkan takbir Allah Hu Akbar (3x) ….. Islah (3x) …. Reformasi (3x) dan berganding bahu kita menjatuhkan rejim Mahazalim@Mahafiraun diatas muka bumi Malaysia ini, Insya Allah.

Salam Reformasi dan Islah kearah Malaysia Yang Adil.

“ Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN  “ - 
20hb.Okt.2000

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter