Assalamualaikum w.b.t.
sedikit
pandangan untuk semua...
Berita yang diperkatakan sebelum ini
nampaknya sudah menjadi kenyataan terdengar berita malam tadi menjadikan khabar angin
yang bertiup agak kurang kencang sebelumnya, menjadi kenyataan akhirnya - PUTRAJAYA ,
WILAYAH PERSEKUTUAN KETIGA. ...termenung seketika dan berfikir seterusnya dan
akhirnya dapatlah beberapa pandangan untuk direnung dan apakah tindakan kita seterusnya.
Bagi
rakyat Selangor, saya berasa malu untuk bermenteri besarkan dr.khir toyo, malunya saya
adalah kerana kulit hidungnya terlalu nipis maka mudahlah untuk dicucuk oleh Mahathir & the
gang tak sampai beberapa bulan dia dah buat hal, ingatkan berpendirian, ingatkan ada pegangan sebab 11 yang lain tak boleh
pakai, rupanya yang ini lagi tak boleh
pakai-harapkan pagar, pagar makan padi. Begitu mudah dia dipergunakan untuk memuaskan
kehendak kehendak MEGA Mahathir, maka Mahathir dan kroni yang sudah teramat kaya raya
maka bertambah lah lagi hartanya dan dalam masa yang sama harga kelapa di kampung khir toyo masih 2 sen
sebiji. Orang kampung di kampung khir toyo makin susah, tapi dalam
masa yang sama dengan bangganya khir toyo menolong mengkayakan orang kaya di PUTRAJAYA
tu.....tak ke pelik tu? Perlu diingat apabila sudah menjadi wilayah persekutuan, segala
urusan pentadbiran dikendalikan sepenuhnya oleh JABATAN PERDANA MENTERI....dan satu
soalan untuk semua 'siapakah yang mengetuai jabatan perdana menteri?'.....maka berkuasa
penuhlah dia terhadap segala bentuk aset di dalam PUTRAJAYA.cuba kita ambil masa sekejap, apa
agaknya projek dia nak bagi kat Vincent tan? Berapa luas agaknya tanah yang
dia nak anugerahkan pada ananda krishnan dan apakah agaknya perniagaan yang Mirzan dapat
dalam merealisasikan impian bapanya yang mana keseluruhan PUTRAJAYA dijangka siap pada
2010.
Apa yang rakyat Selangor dapat?...rakyat Selangor dapat malu sebab dapat
menteri besar yang jelas menjadi boneka, hanya menurut kehendak orang yang menzalimi
rakyat negeri Selangor sendiri.patutlah khir toyo dipilih menjadi MB, sebab pengalaman
pentadbiran langsung tiada, jadi mudahlah dipergunakan. kesian khir toyo, tak pasal pasal
kena sumpah dek rakyat Selangor.
Kita juga hairan tentang sifat sensitiviti orang
orang UMNO ni, mereka sendiri maklum tentang sokongan terhadap mereka, makin hari makin kurang, tapi
dalam masa yang sama dengan selambanya mereka mengambil alih kekayaan milik negara, hak hak rakyat dan yang lebih berani lagi kekayaan dan hak rakyat ini dibahagikan
sesama mereka tanpa memperdulikan kemiskinan rakyat di depan mata sendiri. tidak hairan
mungkin selepas ini ada wilayah persekutuan yang keempat ,kerana mereka ini tidak akan
berhenti selagi tidak diberhentikan......dan tanggungjawab memberhentikannya terletak
ditangan RAKYAT. SATU YANG PERLU DITANAM DI DALAM JIWA KITA BAHAWA KITA SEBAGAI RAKYAT
ADALAH HAKIM SEBENAR DIDALAM NEGARA TERCINTA INI.
...AND JUSTICE FOR ALL....