15 GEJALA SOSIAL
MELAYU….???
Dalam ruangan skop Berita Hairan (NST) (bertarikh
18/10/2000) , Rektor Universiti Islam Antara Bangsa Malaysia, Prof Dr Kamal Hassan telah
menyenaraikan 15 gejala sosial masyarakat Melayu kini, iaitu lima di kalangan Melayu
elit manakala bakinya belia dan orang awam.
1. Melayu elit mengamalkan liberal-sekular
sehingga hukum Islam sanggup “diketepikan” ( membolehkan riba, judi, arak dan
hiburan awam ) kerana mengutamakan kebendaan.
- Perkara 1 ini memang berada dalam golongan
Melayu elit atau biasa dalam kelompok UMNO@BN serta juak-juaknya.
- Golongan ini adalah pendokong utama UMNO@BN
dalam memastikan mereka bebas dan selamat melakukan apa sehaja.
- UMNO@BN amat menyukai golongan Melayu yang
jenis ini, kerana mereka yang mengutamakan kebendaan amat mudah dilentur mengikut
acuan UMNO@BN .
- Mahathir@Mahafiraun adalah orang pertama
menyokong pendapat Prof Dr Kamal Hassan ini….tanpa golongan Melayu elit dan biasa
yang berperangai begini…manakan dia mampu untuk bertahan lama ditahta singah sana
Perdana Menteri@Maharaja Malaysia.
- Dengan meningkatnya golongan jenis
ini……Mahathir@Mahafiraun dengan rasa selesa serta bangga…bangsa Melayu akan
dipergunakan sepenuhnya untuk menyelamatkan serta melindungi dirinya serta
kroni-kroni kesayangan.
- Liberal-sekular adalah asas utama UMNO@BN
serta gaya kepimpinan Mahathir@Mahafiraun, jika ia dipisahkan maka pincanglah pentas
politik mereka.
2. Gaya hidup menunjuk dan berlagak dengan
barangan import dan mewah.
- Golongan Melayu jenis ini memang menjadi
pra-syarat utama sebagai ahli UMNO@BN , dengan sikap sebegini Mahathir@Mahafiraun
boleh mengaku orang Melayu telah menjadi kaya dan mewah semasa pentadbiranya.
- Tanpa golongan ini dalam kelompok Melayu
elit / biasa …… Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN tidak mampu untuk
menunjukkan contoh serta angan-angan kosong bagi penjilat dan pengampu UMNO@BN.
- Tanpa golongan menunjuk dan bermegah
ini…UMNO@BN tidak mampu untuk menjalankan cita-citanya meracuni minda dan sikap
orang Melayu agar terus mencari kemewahan walaupun terpaksa berhutang atau bergadai
harta dan maruah.
- Dengan adanya golongan Melayu elit / biasa
jenis ini…… Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya akan dapat menanamkan sikap
serta jiwa kebendaan kepada golongan Melayu kelas pertengahan dan rendah …. Secara
totalnya berjiwa penjajah …. Kerana memiliki barangan import adalah satu budaya
hidup orang Melayu serta kerajaan pimpinan UMNO@BN.
3. Sindrom politik wang.
- Politik wang secara rasmi telah diakui oleh
UMNO@BN serta kompenan BN sebagai satu cara hidup berpolitik mereka.
- Politik wang adalah pra-syarat mengejar
pangkat dan kuasa dalam UMNO@BN.
- Tanpa politik wang UMNO@BN serta
Mahathir@Mahafiraun tidak mampu untuk berkuasa dan memerintah negara.
- Tanpa politik wang ini ….. UMNO@BN serta
Mahathir@Mahafiraun ibarat lagu tanpa irama serta hidup tanpa makan dan
minum.
4. Sindrom kelemahan moral (rasuah, penipuan,
nepotisme dan kronisme)
- Tanpa sindrom kelemahan moral ini ….
UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun tidak akan mampu menguasai minda dan jiwa orang
Melayu.
- Dengan adanya sindrom kelemahan moral ini
….. ia memang diamalkan dan digalakkan dalam UMNO@BN serta kehidupan harian orang
Melayu …. Mahathir@Mahafiraun dengan mudah mengalunkan jiwa serta perasaan rakyat
Malaysia.
- Gejala ini memang dipertahankan dalam budaya
hidup orang Melayu …. Terutamanya yang berpegang kuat dengan ajaran serta mazhab
UMNO@BN yang dipimpin oleh ketua mazhab Maharaja Mahathir@Mahafiraun.
- Dengab bermazhabkan rasuah, kronisme dan
nepotisme …. para juak-juak UMNO@BN akan mendapat hidup selesa serta bergembira
dengan meliwat serta menghapuskan hak ketuanan Melayu itu sendiri.
5. Amalan tuan-hamba, petron-klien (kepatuhan
natijahnya lumayan, penentang dianggap penderhaka dan buruk padahnya).
- Budaya dan cara hidup ini memang akan
dipertahankan walaupun terpaksa bergadai nyawa oleh pendokong UMNO@BN serta pencinta
Mahathir@Mahafiraun , kerana tanpa amalan tuan-hamba ini ….. mereka tidak mampu
untuk berdiri sendiri serta bergerak sebebas-bebasnya.
- Tanpa amalan ini, UMNO@BN serta
Mahathir@Mahafiraun akan pincang serta rebah menyembah bumi tanpa nesan.
- Golongan dan pengamal perkara lima ini ….
adalah golongan utama diberi pangkat dan kuasa dalam UMNO@BN atau dimana-mana agensi
kerajaan atau swasta.
- Golongan penentang (PAS/KeADILan/DAP/PRM)
sememangnya telah lama dicop serta dilebelkan penderhaka serta agen asing …. lihat
DSAI menerima padah yang buruk kerana menentang kehendak Mahathir@Mahafiraun serta
kroninya. Golongan penentang ini selamanya akan dianggap penderhaka oleh UMNO@BN
serta Mahathir@Mahafiraun walaupun mereka telah tidak berkuasa …. dan usaha untuk
mengubal undang-undang begitu rancak dijalankan sekarang …. agar golongan
penderhaka ini cepat-cepat dimatikan walau apa cara sekali pun.
6. Gejala lepak, ketagihan dadah, seks rambang dan
kenakalan remaja.)
- Pengasas gejala ini memang secara rasminya
adalah UMNO@BN serta pendokong mazhab Mahathir@Mahafiraun , tanpa golongan Melayu
yang menyokong serta mengamal gejala sosial ini …. UMNO@BN serta pengasasnya
Mahathir@mahafiraun tidak mampu untuk memerintah serta menguasai jiwa dan minda
orang Melayu.
- Gejala sosial ini adalah penyumbang utama
sebagai pelindung kuasa yang dimiliki oleh UMNO@BN …. Kerana jika orang Melayu
tidak mengamalkan budaya sosial jenis ini …. Dan mengamalkan budaya Islam yang
bercirikan Melayu tulen ….. maka pincang dan rebahlah UMNO@BN (Baru) kemuka bumi
ini tanpa dipedulikan oleh sesiapapun.
- Tanpa gejala sosial ini …. Orang Melayu
akan mengamalkan hidup yang sihat serta bijak berfirkir dimanakah yang benar atau
salah …. Inilah yang amat menakutkan Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya …..
maka adalah digalakkan orang Melayu menceburi bidang gejala sosial ini sebagai satu
budaya hidup dan tanpa perlu memikirkan apa yang Mahathir@Mahafiraun serta
juak-juaknya nak lakukan terhadap Malaysia ini.
7. Sindrom mediokriti (sikap tidak apa, rendah
daya saing dan daya tahan).
- Sindrom ini memang paling disukai oleh
Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya, dan sindrom ini telah dijadikan syarat dalam
menjadi ahli UMNO@BN serta kakitangan kerajaan …. Tanpa sindrom ini ia akan
menyusahkan dan meresahkan Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya untuk merampas
serta merompak khazanah negara.
- Sindrom makin hari makin dijangkitkan kepada
lain-lain bangsa selain orang Melayu …. Sikap tidak apa … benar-benar memberikan
bonus kepada Mahathir@Mahafiruan …. Kita lihat pada kes DSAI dan pemilu 1999 ….
Walaupun rakyat dan bangsa Melayu dua perkara ini benar-benar konspirasi peringkat
tertinggi … tetapi kerana sikap tidak apa lebih 50% rakyat dan bangsa Malaysia
….. Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya masih mampu berkuasa dan berpesta sakan
dengan khazanah negara.
- Dengan sikap rendah daya saing dan daya
tahan … Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya terus menerus menekan jiwa dan
minda rakyat agar merasa lemah dan takut kepada mereka … sehingga mereka sanggup
mengarahkan orang Melayu bersyukur dan berterima kasih kepada UMNO@BN serta
Mahathir@Mahafiraun yang mengaku memberi rezeki kepada orang Melayu dan rakyat
Malaysia.
- Dengan sindrom ini berpusat dalam jiwa orang
Melayu … segala peluang perniagaan dan kekuasaan akan sentiasa dimiliki oleh satu
golongan dikalangan mereka sehaja …. Terutamanya yang telah mantap bersama-sama
Mahathir@Mahafiraun. e. Jika orang Melayu digalakkan mempunyai sikap ambil tahun,
berdaya saing dan ketahanan jiwa serta minda amat kuat ….. secara totalnya kroni,
juak-juak, penjilat serta Maharaja mereka Mahathir@Mahafiraun telah lama berada
dalam penjara Sungai Buluh …. Jadi supaya igauan buruk ini berlaku kepada mereka
… sindrom ini akan disebarkan seluas-luasnya sehingga anak dalam kandungan pun
mahu dijangkiti sama.
8. Sindrom bergantung kepada biasiswa, subsisdi,
bantuan, pinjaman, pemberian kontrak.
- Sindrom ini memang sejak dari dahulu lagi
digalakkan dan diamalkan oleh UMNO@BN serta juak-juak mereka. Dengan sikap suka
bergantung inilah …. Orang Melayu amat mudah dicucuk hidung oleh mereka, walaupun
harta dan maruah dirampas dihadapan mata.
- Jika sindrom ini tidak disebarkan sejak
dahulu lagi …. Masakan UMNO@BN mampu nak mengawal orang Melayu …. Kita lihat
berapa ramai orang Melayu sehingga hari ini masih mengatakan Parti KAPAL LAYAR
adalah kerajaan Malaysia…. Sedangkan zaman dan masa telah berubah … sehingga
anak-anak Melayu zaman 1970an hingga 1990an adalah penganut utama mazhab dadah,
arak, judi, seks bebas dan berbagai-bagai maksiat, jadi subsidi, biasiswa, bantuan
yang disalurkan adalah bertujuan untuk mengawal dan mengekang minda dan jiwa orang
Melayu ….. di atas nama hak bumiputra dan ketuanan Melayu.
- Sindrom ini memang digunakan sepenuhnya oleh
UMNO@BN untuk mengrekrut kader-kader untuk menjadi pemimpin atau wakil dalam
golongan masyarakat Melayu.
- Sindrom inilah yang menjadi satu agenda
utama UMNO@BN dalam mengekalkan kuasa mereka, kerana orang Melayu lemah jika
dijanjikan serta diberi habuan atau bantuan.
9. Ketakutan kepada matematik-sains.
- Sistem pendidikan ini memang dari dahulu …
meletakkan orang Melayu menjadi takut kepada Matematik-Sains serta sebagai satu mata
pelajaran yang dibenci …. Hanya satu tujuan , jika ramai orang Melayu biasa
atau pertengahan bijak dalam bidang ini …. Maka anak-anak kroni serta golongan
elit terhad peluang mereka … terutamanya jawatan dalam agensi kerajaan. Dan kita
boleh melihat…dengan kekurangan orang Melayu dalam bidang matematik-sains ini
….. mereka-mereka yang menjadi kroni UMNO@BN serta pengikut Mahathir@Mahfiraun
dengan mudah dan senang memfaraitkan khazah serta milik rakyat Malaysia.
- Contoh yang terbaharu …. Seorang anak
Melayu yang dari golongan rendah telah berjaya melahir satu kejayaan yang cemerlang
bagi bangsa Melayu itu sendiri ….. tak lain dan tak bukan Tan Sri Ahmad Tajuddin (
bekas CEO TNB ) …. Pemegang Ijazah Kelas Pertama Nuklear dan satu-satunya pemegang
ijazah kelas pertama bidang nuklear dinegara ini …. Sanggup di perlekeh dan
disingkirkan dari TNB … asalkan puak-puak dan kroni memiliki kesemuanya …..
apakah Tan Sri Ahmad Tajuddin itu penderhaka kepada negara kerana membawa perubahan
serta kemajuan dalam bidang sumber tenaga …..??? Atau kerana ia anak Melayu yang
golongan rendah / biasa tidak layak duduk sebaris dengan anak melayu dari golongan
elit atau golongan raja…..??? itulah sikap orang Melayu … yang telah meletakkan
darjat dan kuasa sebagai asas utama dalam kehidupan mereka. c. Kita lihat
disekolah-sekolah pendalaman serta pinggir Bandar ….. ??? guru-guru yang mengajar
mata pelajaran ini akan diambil dari mereka yang sekadar menjadikan karier guru
sebagai tempat makan gaji sehaja (***maaf dari penulis bukan semua guru
begitu…ramai yang ikhlas dan pendokong reformasi???) ….bukan dari kalangan
mereka yang ikhlas serta dilatih khusus dalam matapelajaran ini …..dan hasilnya
orang Melayu mundur dan takut akan matematik-sains.
10. Kecenderungan untung segera.
- Golongan ini memang dilatih oleh UMNO@BN ,
kerana golongan ini adalah penyumbang utama kewangan mereka …. Dan golongan ini
juga …. Jika tiada UMNO@BN mereka tidak mampu untuk menjadi jutawan segera …..
kita lihat DEB ….. berapa kerat orang Melayu yang menjadi Jutawan dan bakinya
orang Melayu yang merepat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ….??? Dan
perkara ini memang dibanggakan oleh Presiden UMNO@BN , dengan melahirkan segelintir
golongan untung segera ini ….. dia mampu mengawal kuasa ekonomi orang Melayu ….
Tapi jika ramai yang menjadi kaya …. Maka susah baginya untuk mengawal dan
memantau kuasa politik mereka.
- Dengan meng Ali-Baba kan projek …..
UMNO@BN begitu mudah mengawal golongan ini, kerana hasil Sidrom bergantung kepada
pemberian kontrak yang disebarkan ….. dan golongan ini akan sentiasa menjadi
peminta dan perayu kepada UMNO@BN serta Mahathir@Mahfiraun dan akan besyukur serta
menzakatkan harta dan maruah mereka kepada kroni dan juak-juak UMNO@BN.
- Jika golongan ini tidak dapat dikekalkan
dalam budaya orang Melayu… yang pastinya UMNO@BN akan berkubur tanpa alamat.
11. Nilai rendah terhadap masa.
- Golongan ini memang dilalaikan tentang masa,
jika ia sentiasa lalai ….. maka golongan Melayu jenis ini amat disukai oleh
UMNO@BN…. Yang pentingnya mereka ini sentiasa ketinggalan serta tidak mampu
bersaing dalam apa jua bidang.
- Golongan ini juga memang dilatih oleh
UMNO@BN , kita boleh melihat bagai mana masa ini dibazirkan oleh mereka-mereka ini
dangan program anjuran UMNO@BN. Contohnya :- 1. Kelab Malam, Kelab Karaoke, Kelab
Dangdut, Pesta demi Pesta Keraian. 2. Cyber Café, Video Game, Snooker. 3. Siaran TV
(paling ramai penonton Melayu …. Filem Hindustan 20 siaran satu minggu). 4.
Aktiviti merapu dalam agensi kerajaan ….???
- Masa ini hanya dinilai sebagai penanda waktu
sehaja …. Dan minda orang Melayu memang dari dahulu lagi, diasah dan dipasak untuk
melalaikan masa melalui khayalan dan cerita-cerita dongeng serta kenikmatan hidup
melalui kehidupan harian mahupun dialam persekolahan lagi.
12. Orientasi akhirat / amalan kerohanian
keterlaluan dan secara taksub.
- a. Mengamalkan budaya amalan akhirat /
kerohania dengan sikap taksub kepada pengasasnya Walaupun pengasasnya menyeleweng
dari Al-Quran dan al-hadis.
- Sikap ini memang digalakkan oleh UMNO@BN
…. Kerana golongan Melayu jenis tidak akan memperdulikan kehidupan didunia ini
…. Dan inilah yang diharapkan oleh UMNO@BN , dengan mudah mereka memiliki hak
kenikmatan didunia ini serta dikongsi bersama-sama kroni dan juak-juaknya. c.
UMNO@BN amat menyokong serta melindungi puak-puak taksub ini….. dan puak-puak
taksub ini akan dijadikan orang suruhan dan hamba bagi UMNO@BN , biar golongan ini
berusaha dan berkerja …. Dan puak-puak UMNO@BN akan mengambil laba keduniaan
menjadi milik mutlak mereka. d. Jika golongan ini bangkit atau menentang …. Mereka
ini akan dikatakan telah rosak aqidah serta perlu dipulihkan oleh pihak JAKIM.
13. Kepercayaan kepada tahyul.
- Minda orang Melayu memang diasah serta
dipasak dengan perkara ini … agar menjadi satu golongan yang yakin ada kuasa
selain Allah. s.w.t …… melalui cerita dongeng ataupun kuasa politik.
Kepercayaan ini memang menjadi amalan utama
UMNO@BN , dengan kuasa tahyul ini lah telah ramai Melayu menjadi hamba abdi
UMNO@BN,,,dahulu kini dan selamanya. c. Tahyul ini juga dijadikan asas politik UMNO@BN ,
tanpa perkara tahyul ini…masakan mampu Mahathir@Mahafiraun menjadikan rakyat dan
bangsa Malaysia ibarat sekumpulan lembu yang dicucuk hidung.
14. Belas, gejala fitnah dan umpatan (melalui
surat layang, rencana, buku, akhbar, khabar angin) serta mengelak perdebatan terbuka /
telus. a. Belas, fitnah ini memang menjadi asas utama perlembagaan UMNO@BN , tanpa dua
perakara ini UMNO@BN pasti telah lama berkubur dari bumi Malaysia ini. b. DSAI telah
menjadi mangsa golongan ini, kini YAB Nik Aziz, YAB Hj.Hadi, YB Hj.Fadil Nor, Datuk
Ishak Baharom, Datuk Harun Din terus-menerus menjadi mangsa golongan jenis ini, kerana
golongan jenis memang dilatih dan dididik oleh UMNO@BN serta Maharaja
Mahathir@Mahafiraun . c. UMNO@BN memang dari dahulu lagi takut berhujah dan berdebat
tentang hak orang Mealyu ini ….. kerana mereka berselindung disebalik slogan ini,
tanpa berdebat isu ini secara telus dan terbuka ….meraka yakin mereka akan selamat
dari rahsia terbongkar.
15. Amalan ajaran sesat.
- Ajaran sesat ini memang digalakkan, kerana
jika ramai orang Melayu menghayati dan mengamalkan ajaran Islam….maka pincanglah
UMNO@BN yang berasaskan sekular.
- Dengan ajaran sesat yang menular dikalangan
Melayu yang beragama Islam, puak-puak UMNO@BN akan bertambah selesa kerana orang
Melayu secara berperingkat akan meninggalkan ajaran Islam serta mengamal budaya
hidup sonsang …… dan minda golongan ini akan lebih mudah dibeli dengan harta
dunia serta maruah dan hak mereka akan diperkotak-katekan mengikut acuan UMNO@BN.
- Para golongan ajaran sesat ini akan
menjadikan UMNO@BN sebagai sandaran mereka … seperti contoh JAM (Kumpulan Anti
Hadis@ Kasim Ahmad)…mereka amat berbangga dan berterima-kasih dengan
Mahathir@Mahafiraun kerana menyokong serta melindungi mereka…..dan
Mahathir@Mahafiraun pembenci Nabi Muhamad s.a.w.
- Begitu juga kumpulan Sister In
Islam…..yang hanya mengambi Islam sebagai pakaian sehaja….dan bukanya timbul
dari keikhlasan didalam jiwa mereka. Kumpulan-kumpulan seperti JAM & SIS ini
adalah pendokong kuat UMNO@BN dan mereka ini diberi ruang seluas-luasnya bergerak
melalui media atau pun seminar-seminar anjuran UMNO@BN . Dengan penerapan Islam ala
JAM & SIS ini ….. UMNO@BN percaya mereka akan berjaya mencapai agenda politik
alaf baru mengikut acauan dan rentak Maharaja Mahathir@Mahafiraun dan
juak-juaknya.
Secara totalnya kita dapat melihat secara ringkas
inti-pati yang tersirat dalam 15 gejala sosial orang Melayu pada abad ke 20 dan ke 21
ini………..??? UMNO@BN dahulu kini dan selamanya akan mempertahankan 15 gejala sosial
orang Melayu ini …… demi menjamin masa hadapan politik dan kuasa mereka. Yang
pastinya Prof Dr Kamal Hassan seorang cendiakawan mempunyai persepsinya sendiri dalam
menimbulkan isunya…..tapi asas dan masalah pokoknya adalah seperti diatas. Sebagai
orang Melayu yang berbangsa Malaysia ….. dan beragama Islam ….. 15 gejala sosial ini
adalah salah satu punca utama keruntuhan moral dan minda orang Melayu itu sendiri …..
walaupun dengan mata dan kepala mereka sendiri melihat segala keburukan dan kepincangan
dalam negara Malaysia ini …. Mereka masih mahu mengatakan “ biarlah orang politik
menyelesaikan masalah ini “ dan mereka hanya mampu berborak kosong dikedai-kedai kopi
sehaja ….
Dan meninggalkan masalah ini kepada pihak yang
merancang dan merencana segala masalah sosial ini. Dengan kelemahan minda dan daya saing
yang dimiliki oeleh orang Melayu inilah …. Mahathir@Mahafiraun dengan lantang
mengatakan isu ANWAR IBRAHIM hanya mampu bertahan 2 hingga 3 bulan sehaja pada September
1998 yang lalu ….. tapi Mahathir@Mahafiraun telah tersilap percaturan kini ….. kini
telah 2 tahun isu tersebut gagal dibendung oleh UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun
sendiri…….??? Adakah orang Melayu telah keluar dari kelompok 15 gejala sosial ini
……??? Dan mungkin UMNO@BN telah tersilap langkah kerana meletakkan pemimpin berjiwa
Islam dalam partinya ….
Sehinggakan orang Melayu kini merasa jijik dan
meluat mendengar atau melihat UMNO@BN serta pemimpin mereka…..??? yang pastinya
walaupun gejala sosial ini masih menular dikalangan orang Melayu…..Insya Allah dengan
berkat usaha bersepadu orang Melayu itu sendiri….walaupun terpaksa mengunakan orang
bukan Melayu membantu menghapuskan gejala sosial ini. Segala perancangan dan rencana
orang Melayu yang benar-benar mahu keluar dari gejala sosial ini, pasti akan berjaya jua
akhirnya…walaupun UMNO@BN bermati-matian mempertahankanya. Bagi orang Melayu yang
masih mempertahankan Islam sebagai agama rasminya….pasti berjaya keluar dan
meninggalkan budaya gejala sosial ini serta cengkaman UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun
serta juak-juaknya, kelompok Melayu alaf baru ini amat menakutkan UMNO@BN , sehingga
hari ini mereka takut menyatakan yang mereka telah dipinggirkan dan sisihkan oleh orang
Melayu yang beragama Islam itu sendiri …. Dan yang tinggal adalah mereka yang suka
menerima kain batik cap semut dan kain pelikat cap gajah.
Wajah usang dan murung UMNO@BN bertambah
jelas apabila Kabinet Terpaksa Meluluskan untuk mengharamkan pusat Video Haram atau judi
haram … walau bangsa Cina menjadi pemangkin kepada isu ini …. Tahniah kepada
Datuk Ong Ka Ting kerana menolong orang Melayu, begitu juga kepada MCA kerana berjaya
memangkin isu pil khayal….. walau pun orang Melayu yang dikatakan didokong oleh
UMNO@BN mempertahankan hak ketuanan Melayu ……???? Apakah bangsa Cina lebih perihatin
keatas masalah sosial orang Melayu ini …..??? Apabila kerajaan PAS Terengganu dan
Kelantan membatalkan atau mengurangkan lesen kedai arak serta pusat snooker ini ….
Dikatakan menghalang hak asasi bangsa lain yang tidak beragama Islam……?? Apakah
salah tindakkan orang Melayu dalam PAS itu menentang segala kepincangan gejala sosial
orang Melayu dan rakyat Malaysia ini…… sehingga mereka dilabelkan sebagai penderhaka
dan ekstrim politik…..???? Apakah UMNO@BN masih mahu mengatakan aurat itu satu perkara
remeh-temeh dalam Islam, dan hukum Islam itu bebas diperlakukan mengikut rentak hak
asasi manusia ciptaan manusia….??? Atau hak asasi manusia itu wajip mengikut kehendak
hukum Al-quran dan Hadis Nabi. Adakah kumpulan 25 ulamak UMNO@BN serta
JAKIM….benar-benar faham akan kehendak Al-Quran dan Hadis Nabi …. ]
Dalam menjadikan Islam itu satu cara hidup dan
meninggalkan segala perbuatan jahilliah dari kehidupan rakyat dan bangsa Malaysia.
Adakah UMNO@BN masih mahu mempertahankan 15 gejala sosial ini dalam masyarakat
Melayu…..??? dan terus-terusan menjadi perencana dan pengamal kepada rakyat dan bangsa
Malaysia agar bersama-sama mereka bermegah-megah dan berkhayal setiap masa…..???
Apakah UMNO@BN tidak merasa malu dan rendah diri dengan MCA dan GERAKAN yang menolak
perkara buruk ini….seperti judi, arak, pelacuran, video haram ….. walaupun mereka
tidak menganuti agama Islam…..??? apakah UMNO@BN masih mahu mendabik dada lagi ……
yang sepatutnya UMNO@BN merasa malu dan hina bila Datuk Ong Ka Ting berjaya menjadi
pemangkin dalam isu Video Haram begitu juga MCA dalam isu pil khayal……??? Bagi
orang-oang Melayu yang beragama Islam ….. telah pasti dan yakin UMNO@BN serta
Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya …..wajip disingkirkan dan dihapuskan dari persada
politik negara ….
Kerana dengan kuasa politik ini masih berada
ditangan-tangan mereka ….. 15 gejala sosial ini adalah mustahil berjaya diatasi
…….???? Bak pepatah Melayu moden “ Tak kan hilang gejala Sosial selagi ada UMNO@BN
memerintah negara Malaysia ini “ Buat anak-anak bangsa Melayu….???? Kita wajip
kembali kepada pesanan orang tua-tua ….. orang melayu orang berbudi-bahasa dan Islam
adalah asas kehidupan ….. tiada satu pun cara dan budaya dalam hidup ini mampu
menandingi budaya Islam dan Melayu ….. berbanggalah kita menjadi bangsa Melayu yang
berpaksikan Al-Quran dan Al-Hadis. Salam Reformasi dan Islah kearah Malaysia Yang Adil
“
Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN
“
18hb.Okt.2000