Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

LAGI PASAL WAHABI

Kini agak rancak orang bebincang pasal Wahabi. Dari pengetahuan saya yang tak seberapa mengenai Imam Muhammad Abdul Wahab, saya sebenarnya bersetuju dengan apa yang telah dirulis panjang lebar oleh Tok Misai. Pertama kita mesti berlaku adil dalam hal ini kepada semua pihak. Kedua, nampaknya orang masih keliru menyamakan kerajaan Arab Saudi dengan pemahaman Islam yang dibawa oleh Imam Muhammad. Kalau kita lihat, kerajaan Arab Saudi dari banyak sudut telah tersasar dari perjuangan Imam Muhammad itu sendiri. Ketiga, orang masih keliru mazhab Ahlul Sunnah wal Jamaah hanya empat, sedangkan ia cuma empat yang terbesar. Tafsirnya, Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah sesiapa yang mengikut ajaran yang dibawa 

Rasulullah s.a.w. Jadi tidak timbul persoalan ucapan seperti  mazhab Shafie lebih tertib dari mazhab Hanafi  dan sebaliknya, apa Imam Hanafi atau Imam Ahmad tidak mahu mengikut Rasulullah dengan sebaiknya? Imam Hassan Al Basri contohnya, tidak mengikut mana-mana mazhab kecuali mengikut ajaran Rasulullah. Jangan salah sangka pula, saya cuba menyalahkan orang berpegang pada mazhab. Kita sebagai orang awam yang tidak sampai ke peringkat mujtahid, memang perlu tunjuk ajar dari imam-imam yang telah terselah ketaqwaannya.

Tetapi imam yang sudah sampai ke peringkat mujtahiddin, adalah haram bagi mereka membuat sesuatu keputusan hanya mengikut orang lain. Janganlah pula antara kita dengan senang cuba mengaku sebagai seorang mujtahid tanpa memenuhi syarat-syarat tertentu. 

Namun demikian, saya berpendapat kita sebagai orang awam masih lagi diberi kelapangan untuk mendekati sunnah Rasulullah berasaskan kefahaman. Umpamanya kita boleh mendalami ilmu mengenai sesuatu ajaran dalam Islam secara khusus seperti solat dengan bersungguh-sungguh mengikut pandangan empat mazhab. Katakan kita menerima apa yang disarankan oleh Imam Ahmad, maka tidak timbul apa yang dikatakan cuba buat sesuka hati, mencampurkan mazhab tetapi yang penting kita hendak mengikut sunnah Rasulullah melalui kefahaman bukan ikutan. Jadi apa yang kita masih cetek, kita boleh ikut Imam Syafie. 

Akhir sekali, kepada yang mengatakan kerajaan Saudi berfahaman Wahabi itu sesat? (perkataan yang  berat), maka mereka hendaklah menghalang mana-mana pihak dari Malaysia dari menghantar pelajar ke Madinah ataupun Makkah dan jangan mengiktiraf kelulusan mereka. Dan juga kalau Imam yang mereka ikut di Masjidil Haram semasa haji atau umrah itu adalah seorang yang bermazhab Wahabi mengikut fahaman mereka, maka sembahyang mereka tidak sah berdasarkan hukum fekah, betul tak? Nauzubillah. 

Semoga Allah memberi kita hidayat ke jalan yang lurus. Amin

 

Anuar M
 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter