Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

BAHAYA BIDA'AH

Definasi Bid’ah mengikut ajaran salaf meliputi perlaksanaan apa2 bentuk amal dan perbuatan dalam hal2 ibadat yang tidak diajar oleh baginda Nabi SAW dan tidak pernah dilakukan oleh para kaum salaf dulu.

Walaupun begini, amalan2 tersebut kelihatan sangat mirip atau menyerupai amal2 ibadat yang baik sehingga kita merasakan bahawa ia adalah seolah-olah sebahagian dari syariat atau rukun yang mesti dilakukan semasa mengerjakan sesuatu ibadat kerana kita telah pun menganggapnya sebagai satu amalan yang wajib atau sunat. Disebabkan ini, jika amalan tersebut tidak dilaksanakan, kita akan merasakan seolah-olah tindakan meninggalkan amalan itu akan mengakibatkan kepada satu kecacatan dalam perlaksanaan sesuatu ibadat. Padahal ia bukanlah begini pada hakikatnya yang sebenar. Selain dari ini, Bid’ah juga termasuk perlaksanaan sesuatu amal ibadat yang diada-adakan itu melalui cara pengabdian diri kepada Allah secara berlebih-lebihan dari apa yang sebenarnya dituntut.

Renungilah hadis2 sahih berikut tentang betapa seriusnya masalah Bid’ah yang kita tidak sepatutnya memandang ringan :

Hadis yang diriwayatkan oleh Al-‘Ibadh bin Sariah : “Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersolat bersama-sama kami. Kemudian, baginda berpaling kepada kami lalu memberi satu nasihat yang sangat keras isinya hingga mengalir air mata baginda dan mengecutkan hati2 kami yang mendengarnya. Maka, salah seorang dari kami pun berkata : Ya Rasulullah, nasihat ini seakan-akan satu nasihat selamat tinggal kepada kami. Apakah yang tuan hendak perintahkan kepada kami? Lalu baginda bersabda : Aku berwasiat kepada kamu sekalian supaya bertaqwalah kepada Allah, dan taatlah kamu kepada penguasa (yang adil) walaupun ia adalah seorang Habsyi, kerana sesungguhnya orang yang hidup sesudahku akan melihat banyak perselisihan. Oleh itu (jika kamu ingin selamat), hendaklah kamu sekalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa Ur-Rasyidin yang mendapat pentunjuk. Berpegang teguhlah kamu kepadanya dan gigitlah ia dengan geraham2 kamu. Jauhilah perkara2 baru yang diada-adakan kerana semua perkara baru adalah Bid’ah, dan semua Bid’ah adalah sesat.” [Hadis Sahih riwayat Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Hibban dan An-Nasai.]

Dalam hadis lain, baginda Rasulullah dikatakan lazim bersabda seperti berikut hampir setiap sekali sebelum memulakan ucapan2 rasminya : “Ketahuilah bahawa sebaik2 perkataan ialah Kitabullah dan sebaik2 petunjuk ialah Sunnahku, manakala seburuk-buruk perkara pula ialah perkara2 baru yang diada-adakan. Semua perkara2 baru yang diada-adakan adalah Bid’ah. Semua Bid’ah adalah sesat, dan semua kesesatan berada dalam neraka.” [Hadis Sahih riwayat Muslim, Ahmad, An-Nasai dan lain2.]

Aisyah juga ada meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda : “Barangsiapa yang membuat sesuatu urusan yang berlainan dari urusan kami ataupun tidak berasal daripadanya, maka ia adalah ditolak.” [Hadis Sahih riwayat Al-Buhkhari, Ahmad dan Abu Daud.]

Abdullah Ibnu Mas’ud, salah seorang daripada sahabat Nabi dari golongan salaf yang pakar dalam ilmu tafsir Quran ada berkata : “Wahai manusia! Sesungguhnya kamu akan mengada-adakan urusan agama yang Bid’ah, dan akan juga diadakan Bid’ah bagi kamu. Maka apabila kamu melihat perkara2 yang diada-adakan, hendaklah kamu meninggalkannya dan berpegang kepada urusan yang pertama (yakni sunnah) yang dilakukan di zaman Nabi.”

Sayidinna Umar Al-Khattab juga pernah berkata : “Yang paling aku takuti menimpa manusia ialah dua perkara – mereka mengutamakan pendapat mereka dari apa yang mereka kurang ketahui tentangnya, dan mereka menjadi sesat sedangkan mereka tidak sedar yang mereka telah sesat.”

Pendirian2 tegas seperti yang  telah dikemukakan di atas inilah sepatutnya menjadi pegangan sesiapa yang mengaku Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Inilah pegangan yang diberi jaminan oleh Rasulullah akan berada di atas jalan yang  benar dan lurus, berbanding dengan 72 buah golongan lagi yang mengaku beragama Islam tetapi telah menyimpang.

Menyedari tentang betapa bahayanya Bid’ah, kita selanjutnya perlu tahu bahawa Bid’ah itu sememangnya halus dan manusia memang senang sekali tertipu dengannya. Inilah hebatnya tipudaya syaitan itu yang kerjanya tidak lain dari hanya mahu menyesatkan anak Adam saja dari jalan Allah yang lurus. Jika kita dah sedar tertipu dan kemudiannya insaf untuk kembali kepada apa yang benar, tak apalah. Tapi malangnya, ramai dari kita lebih gemar buat perkara yang terbalik pula – kita sengaja tidak mahu menerima kebenaran walaupun bila ia sudah terpampang di depat mata kita sendiri kerana kita memang dari jenis yang sengaja suka membodohkan diri kita atau pun ego kita dah jadi terlalu tebal dan kembang. Yang rugi adalah kita sendiri jugak manakala yang menang adalah iblis.

Dalam meneliti persoalan Bid’ah ini, kaedah yang paling mudah dan berkesan sekali untuk menentukan samada sesuatu sikap, perbuatan atau amal ibadat itu adalah Bid’ah atau Sunnah ialah dengan memastikan samada ia dilakukan oleh kaum salaf atau tidak. Kalau ya, maknanya sunnah. Kalau tak, maknanya Bid’ah. Ini semua boleh kita cari dari Hadis2 Sahih seperti dari kitab2 Sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim, atau pun dari kitab2 karangan ulama2 yang muktabar, terutamanya imam2 keempat-empat mahzab seperti Imam Abu Hanifa, Malik, Syafie, dan Ahmad Hanbal. Kalau dari sumber2 ini semua kita tak jumpa apa2 suruhan yang mengajar kita mengerjakan sesuatu jenis ibadat, maka sebaik2nya kita janganlah terikut-ikut orang lain buat amal ibadat yang kita sendiri pun tak tahu hujung pangkal dari mana mereka dapat ilmu2 ini. Pada masa yang sama, kita sendiri pun janganlah pandai2 pulak nak mereka-reka amalan2 baru yang pelik2.

Memang benar bahawa selepas keempat-empat imam2 mahzab ini, timbul beribu-ribu ulama2 khalaf yang telah menulis bermacam2 kitab yang menganjurkan orang2 Islam supaya melakukan berbagai2 jenis bentuk ibadat yang mereka kata akan mampu membantu kita lebih mendekatkan diri kepada Allah. Inilah yang memeningkan kepala orang ramai sebab kita tak tahu dari mana mereka gali sumber2 ini. Kalau betul memang Nabi dan para sahabat baginda ada pernah buat dulu, tak apalah. Dan kalaulah ini benar, maka maklumat ini sudah tentu boleh kita temui dalam kitab2 hadis yang sahih atau pun dari kitab2 yang dikarang oleh keempat-empat imam mazhab yang muktabar itu . Tapi kalau Nabi dan para sahabat tak buat, bagaimana? Bukankah lebih baik bagi kita untuk tidak turut serta bersama mereka kalau maklumat yang mereka gali itu adalah dari sumber2 hadis yang darjatnya adalah dhaif? Hadis dhaif ini darjatnya hampir kepada maudhu’ (palsu). Sebab itu namanya dhaif (lemah). Yang bagi label dhaif atau sahih bukannya orang2 seperti kita yang cetek ilmu ini. Tetapi yang bagi label ini semua adalah ulamak2 muktabar yang diakui kealiman mereka oleh majoriti ulama2 dari aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Para alim ulama’ muktabar yang telah berusaha untuk mengklasifikasikan darjat2 hadis bukannya calang2 orang. Antara pelopor2 awal adalah imam2 empat mahzab dimana mereka telah menyandarkan semua pandangan2 mereka dalam membahaskan persoalan2 agama kepada dalil2 dari Quran dan hadis2 yang sahih sahaja. Kesahihan hadis2 yang mereka kemukakan kemudiannya telah ditapis dan sahkan kesahihannya lagi oleh beberapa imam2 hadis yang muktabar (yang dipanggil ulama’ muhadtsin) selepas kewafatan imam2 empat mahzab itu seperti Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Al-Baihaqi, An-Nasaii, Abu Daud, dan lain2. Maka hasil dari usaha2 yang murni ini adalah pembukuan beribu-ribu hadis sahih yang tidak dipertikaikan kesahihannya di dalam kitab2 hadis muktabar yang menjadi rujukan bagi semua ulama2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan ulama2 salaf.

Jika beribu2 hadis sahih yang ada ini pun kita masih tak larat nak belajar dan amalkan, kenapa pulak kita nak jadi bengong pergi cari hadis dhaif pula untuk kita jadikan panduan? Bukankah sepatutnya lebih baik dan lebih wajar bagi kita mempelajari dan mengamalkan tentang hadis2 yang dah confirm kesahihannya terlebih dahulu sebelum kita sibuk nak pergi cari dan amalkan ajaran2 yang datang dari hadis2 yang dhaif pulak? Orang yang mengutamakan hadis dhaif lebih dari hadis sahih dalam menentukan panduan untuk diikutinya memang sah tak tahu susun priority dalam hidup dia. Memanglah dia ini jenis orang yang suka cari dan buat masalah bila tidak ada masalah.

Ambil perhatian bahawa perbuatan Bid’ah adalah hanya khusus dalam hal2 yang bersangkutan dengan urusan ibadat sahaja. Selain dari ibadat, apa2 pembaharuan yang dilakukan dalam urusan lain tidak dikira sebagai Bid’ah. Bahkan manusia digalakkan untuk sentiasa mengadakan pembaharuan dalam urusan muamalat (keduniaan) untuk memperbaiki keadaan mereka sendiri dan keadaan masyarakat disekeliling mereka asalkan pembaharuan2 yang ingin dilakukan itu tidak melanggar batasan2 syarak. Ini dinamakan “Maslahah Mursolah”. Kita tak sepatut terkeliru apa2 usaha pembaharuan yang membabitkan urusan keduniaan untuk kebaikan orang ramai sebagai Bid’ah.

Contohnya ialah seperti tindakan para sahabat membukukan Al-Quran. Pada ketika zaman Rasulullah hidup dulu, Quran tidak dibukukan dalam bentuk apa yang ada pada kita sekarang kerana ia telah tersimpan dengan baik dalam dada2 para sahabat hingga ayat2 Al-Quran telah menjadi sebati dalam diri mereka sebagai panduan utama dalam menentukan setiap tindak tanduk dan gerak geri mereka. Tetapi bila Islam mula berkembang, para sahabat yang masih lagi hidup ketika itu telah merasakan bahawa adalah menjadi satu kewajipan besar untuk memelihara pembacaan dan susunan Quran dengan baik supaya ia tidak akan  dapat diputar-belitkan oleh mana2 pihak dibelakang hari nanti. Mereka sekaligus juga menyedari bahawa satu kaedah untuk memudahkan golongan khalaf mempelajarinya Quran perlu dilakukan. Maka atas keperluan untuk memelihara kepentingan ini, Al-Quran pun dibukukan. Lagi satu contoh ialah hukuman menyebat peminum arak yang dilaksanakan pada zaman para Khulafa Ur-Rasyidin dulu selepas kewafatan Nabi. Ini semua tidak dikira sebagai Bid’ah kerana ia merangkumi hal2 yang berkaitan dengan memelihara kepentingan Islam dan orang ramai yang lebih penting untuk dijaga berbanding dengan kepentingan peribadi.

Tetapi dalam bab ibadat, cara dan pendekatannya adalah berbeza. Dalam bab ibadat, kita tak boleh nak tunjuk pandai gunakan qias atau ijtihad untuk melakukan apa2 selain dari yang Allah telah tetapkan. Kita mesti terima hakikat bahawa kuasa veto dalam menentukan jenis2 ibadat yang boleh dilakukan dan cara bagaimana ia sepatutnya dilakukan hanyalah milik Allah sahaja. Manakala “authority” untuk mengajar dan menerangkannya adalah diberikan kepada Rasulullah sahaja. Oleh itu, jangan kita memandai-mandai nak rampas hak ini dari Allah ikut sesuka hati kita. Rasulullah sendiri pun tak dibenarkan mencipta apa2 syariat kerana ini bukan kerja baginda. Sebaliknya, tugas dan peranan baginda hanyalah sekadar menjalankan amanah yang Allah telah berikan kepada baginda untuk menyampaikan syariat dan pesanan Allah kepada manusia serta memberi petunjuk dan mengajar manusia mengenai cara2 bagaimana kita sepatutnya mengesakan Allah dan melaksanakan amal ibadat kita dalam mengabdikan diri kepada Allah dalam bentuk yang akan diterima oleh Allah. Di sebabkan ini, baginda tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap manusia yang sengaja mahu menyesatkan diri mereka kerana segala tunjuk-ajar yang baginda tinggalkan sebelum kewafatannya untuk membimbing manusia supaya sentiasa berada di atas jalan yang diredhai Allah sudah lengkap, terang dan nyata. Rujuk kepada Al-Maidah (5) : 67 / Al-Ahzab (33) : 45-46.

Inilah tugas Rasulullah, tidak lebih dan tidak kurang dari ini. Manakala tugas umatnya pula ialah untuk menerima saja dan bukan memandai-mandai menokok tambah nak buat pembaharuan kononnya kepada apa yang telah disampaikan kepada kita. Segala-gala yang Allah mahu sampaikan kepada manusia telah lengkap sebelum Allah mewafatkan baginda Nabi SAW. Oleh itu, janganlah kita nak tunjuk pandai tak bertempat. Jika manusia memandai-mandai gunakan ijtihad dan qias dalam hal2 yang melibatkan ibadat, maka kita akan melampaui batas kita sebagai hamba kepada Tuhan yang Maha Esa itu. Imam Syafie sendiri dengan tegas  telah berkata “Tidak ada qias dalam urusan ibadat.” Sebaliknya dalam bab2 muamalat atau urusan2 keduniaan manusia yang tidak terlibat dengan persoalan2 ibadat pula, kita dibenarkan menggunakan ijtihad dan qias.

Hukum am yang sepatutnya menjadi panduan kita ialah seperti berikut : “Asal usul bagi semua ibadat dan cara2 beribadat adalah haram, melainkan apa yang Allah perintahkan supaya dilakukan. Manakala asal usul bagi semua urusan muamalat (segala yang berkaitan dengan urusan keduniaan dan kehidupan manusia) pula adalah halal, melainkan apa yang diharamkan dan dilarang oleh Allah.”

Contohnya ialah : Sejak dari Adam dan Hawa dicipta dan kemudiannya beranak pinak selepas itu, tidak ada seorang pun manusia tahu cara bagaimana mereka sepatutnya melakukan apa jua bentuk amal ibadat2 khusus untuk menyembah Allah atau cara2 untuk melakukan sesuatu ibadat. Hanya selepas Allah memberitahu manusia mengenai syariatNya melalui para2 Rasul yang diutus sahajalah baru manusia mendapat tahu cara bagaimana untuk melakukan ibadat2 mereka di zaman mereka masing2. Manusia tak boleh pandai2 dalam hal ini kerana jika kita mencipta sesuatu bentuk ibadat yang Allah tak pernah suruh kita lakukan atau dengan cara yang Allah tak pernah suruh Rasul2Nya ajar, Allah tidak akan terima amal ibadat kita.

Kalau kita degil dan memandai-mandai mengurangi atau menokok tambah urusan ibadat dari apa Allah telah tetapkan, maka kita pun tak ubahlah seperti orang2 yang beragama selain dari Islam kerana cara mereka beribadat hanyalah mengikut sangka-sangkaan sahaja yang dipelopori oleh tok2 alim mereka dulu2. Lama-kelamaan, perbuatan lazim mereka itu akan jadi adat dan kebiasaan. Kemudian adat ini pula akan seterusnya jadi ritual2 keagamaan yang sudah tidak boleh dipisahkan dari budaya hidup mereka. Maka mereka pun terimalah perbuatan2 ini sebagai syariat dalam agama yang mesti dilakukan dalam urusan2 ibadat mereka sehinggakan sesiapa yang tidak melakukannya akan dianggap seperti tidak melaksanakan sesuatu ibadat itu dengan sempurna. Gambaran ini Allah dah nyatakan dengan jelas dalam Quran iaitu dalam Surah Al-Maidah (5) : 104. Dalam ayat ini, Allah menemplak manusia2 yang taqlid buta kepada nenek moyang mereka yang mengamalkan adat2 kebiasaan sehingga mempercayai bahawa apa yang menjadi ikutan mereka turun temurun itu adalah sebahagian dari agama.

Cuba teliti hadis sahih berikut : Imam At-Tirmidzi meriwayatkan dalam sebuah hadis dari Ady bin Hatim r.a. bahawa ketika dakwah Rasulullah sampai kepadanya, Ady lari menuju Syam. Ketika itu, dia masih beragama Nasrani manakala saudara perempuannya pula telah memeluk Islam. Saudara perempuan Ady ini telah kemudiannya memujuk Ady masuk Islam. Ady bersetuju dan kemudian datang menghadap Rasul dalam keadaan dilehernya tergantung tanda salib yang diperbuat dari perak. Bila Rasul ternampak ini, baginda membaca ayat “Mereka menjadikan orang2 alim dan rahib2 dari kalangan mereka sebagai Tuhan selain dari Allah….” [At-Taubah (9) : 31]. Bila Ady mendengar ini, dia menjawab, “Tidak Rasulullah, mereka  tidak melakukan apa yang Tuan katakan.” Kemudian baginda menjawab, “Tetapi mereka mengharamkan barang yang telah dihalalkan, dan sebaliknya mengharamkan barang yang dihalalkan oleh Allah. Dan bila ketetapan ini diikuti oleh kaumnya, inilah yang dimaksudkan bahawa mereka telah menyembah orang2 alim dan rahib2 dari kalangan mereka sebagai Tuhan mereka.”

Jelas di sini bahawa Islam bukan boleh buat apa2 sesuka hati tanpa mengikut syariat dengan betul. Islam adalah agama wahyu dari Allah, dan segala2nya mesti berjalan mengikut apa yang Allah telah tetapkan dan seperti apa yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW. Kalau kita degil dan  mengutamakan pandangan orang lebih daripada Quran dan Sunnah, maka perbuatan inilah yang Nabi kata bahawa kita sudah menjadikan orang lain sebagai Tuhan kita. Dalam konteks urusan ibadat, kita tak nafikan yang kalau ikut logik akal, mungkin sesuatu amalan itu kelihatan “baik” dan nampak macam tak ada salahnya jika kita lakukannya. Contohnya ialah seperti berpuasa pada hari2 yang tertentu, berselawat pada masa2 tertentu, atau melakukan beberapa sembahyang2 sunat. Tapi sudah pastikah kita bahawa apa yang kita percayai sebagai elok itu juga Allah juga baik di sisi Allah dan RasulNya? Sudah pastikah kita bahawa Allah meredhai apa yang kita lakukan ini dan akan memberi ganjaran pahala kepada kita?

Dalam mempraktikkan Islam, jika kita tidak tegas dalam hal ini dan tidak  mahu mengambil sunnah2 yang diamalkan oleh Rasulullah dan kaum salaf untuk menjadikannya sebagai sumber rujukan muktamad (the ultimate reference), maka sudah tentu akan jadi susah untuk menghalang orang ramai dari mencipta beberapa pembaharuan dalam hal2 yang bersangkut paut dengan urusan ibadat yang pada pandangannya adalah baik. Kita kena tahu bahawa walau pun sesuatu amalan itu mungkin kelihatan baik kepada pandangan dan sangkaan kita, ia tidak seharusnya baik di sisi Allah dan diterimaNya.

Oleh itu, manusia (tidak kira betapa hebat ilmunya sekalipun) tidak boleh sewenang-wenangnya untuk membolehkan sesuatu amalan berupa ibadat yang kelihatan baik dari pandangan akal kita sebagai satu bentuk amalan yang kononnya wajar diamalkan dalam usaha kita mendekatkan diri kepada Allah. Jika keadaan ini (konsep menokok tambah cara2 ibadat) dibiarkan berterusan, di manakah hentinya? Sudah pasti tiada penghujungnya kerana manusia akan terus mencipta2 sesuatu amalan yang dikiranya baik dari pandangannya. Bukankah ini akan mencemar kesucian Islam yang pada asalnya adalah agama wahyu suci yang diturunkan oleh Allah kepada manusia yang telah pun sempurna?

Disebabkan inlah kita mesti sentiasa berhati-hati dengan Bid’ah. kerana ia boleh merosakkan aqidah kita kerana ia tidak lain dan tidak bukan hanyalah berasas kepada sangka-sangkaan manusia sendiri berdasarkan kepada hawa nafsu semata-mata. Rujuk  kepada An-Najm (53) : 23, dan Al-Jathiyah (45) : 23, tentang amaran Allah kepada manusia dalam hal ini. Kalau kita malas ambil tahu dan tak peka kepada apa yang Nabi sebenarnya telah ajar, maka tak pasal2 kita pun mungkin mencipta satu Bid’ah nanti akau main ikut saja orang lain buta2. Kita ingat dalam kepala otak kita bahawa ia kononnya baik, padahal kita sebenarnya telah melampaui batas kerana menambah sesuatu kepada apa yang telah ditetapkan oleh Allah dalam agamaNya.

Satu lagi dalil dari ayat Allah yang menangkis hujah2 orang yang suka sangat pertahankan amal ibadat yang tidak bersumber dari Rasulullah boleh didapati dari bahagian 1/3 yang terakhir dari ayat 3 dalam Surah Al-Maidah (5) yang berbunyi : “….Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu……”.

Para ulama’ telah sepakat menyatakan bahawa walaupun ayat ini adalah khusus berkenaan dengan soal halal-haram dalam persoalan makanan, ia sebenarnya bersifat umum yang memberitahu manusia bahawa tidak ada apa2 lagi yang sepatutnya ditokok tambah kepada Islam selepas ayat ini diwahyukan dan selepas kewafatan baginda yang tidak lama menyusul selepas ayat ini diturunkan. Dengan turunnya ayat ini, segala2 hukum hakam, segala maklumat mengenai urusan2 ibadah, dan segala ilmu2 yang berkaitan dengan agama telah lengkap. Oleh itu, tak timbul lagi persoalan bahawa masih terdapat beberapa lagi amal ibadat yang kita fikir elok untuk ditokok tambah kepada apa yang telah Allah turunkan dan apa yang Rasululallah SAW telah ajarkan kepada umat manusia. Kalau kita masih degil lagi dalam hal ini dan masih mahu terus mengerjakan apa2 yang tidak diajar oleh Rasulullah, maka sesungguhnya tindakan kita itu dengan jelas mencerminkan bahawa kita tidak yakin agama Islam ini sudah sempurna. Maka zalimlah kita kerana tergamak melampaui batas2 yang telah ditetapkan oleh Allah kepada hamba2Nya. Ini adalah satu masalah yang berat dari sudut aqidah kerana ia melibatkan keingkaran atau ketidak-yakinan kita terhadap ayat2 Allah.

Kenyataan dari Imam Malik yang khusus mengenai masalah Bid’ah yang dikaitkan dengan ayat tersebut ialah seperti berikut : “Barangsiapa yang mengada-adakan satu Bid’ah dalam Islam yang dipandangnya baik, maka sesungguhnya ia telah menyangka bahawa Muhammad telah mengkhianati Risalah Allah. Ini adalah kerana ia berlawanan dengan firman Allah dalam ayat 3 Surah Al-Maidah yang berbunyi “Pada hari ini telah aku sempurnakan Islam sebagai agama kamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan Aku redhai Islam itu menjadi agama bagimu……….”. Dengan firman ini, maka sesuatu yang bukan agama pada hari itu bukanlah juga dari agama sekarang.”

Sebaliknya, kaedah bagi urusan2 muamalat pula adalah terbalik dengan kaedah urusan2 ibadat. Jika dalam urusan2 ibadat segala2nya adalah haram melainkan apa yang Allah halalkan selepas itu, dalam urusan2 muamalat  pula segala2nya adalah halal sebelum syariat larangan diturunkan oleh Allah kepada umat manusia (berdasarkan kepada zaman2 tertentu). Contohnya : Babi, arak, riba, batas2 aurat dan lain2 lagi adalah halal sebelum Allah melarangnya. Hanya bila turun ayat Allah yang melarangnya, barulah kita tak boleh buat benda2 itu lagi. Kalau kita faham asas perbezaan dalam asal usul hukum bagi ibadat dan muamalat dengan baik, Insya-Allah segala2 yang lain2 dalam Islam akan jadi lebih mudah untuk kita fahami.

Asas bagi pemahaman agama ini mudah. Tetapi sebagaimana Allah telah terangkan dalam ayat2 yang dikemukan di atas tadi [An-Najm (53) : 23, dan Al-Jathiyah (45) : 23], manusia memang suka ikut hawa nafsu dan jadikan nafsu ini sebagai Tuhan kita. Benda tak ada, suka diada-adakan, manakala benda yang ada pula kita sengaja tak mahu ikut. Memang sifat manusia itu suka kepada kekeliruan. Samada dia suka mengelirukan orang untuk tunjuk bahawa dia akan kelihatan pandai bila dia dapat beri jawapannya kemudian, atau dia memang suka mengelirukan dirinya sebab dah terlampau pandai hingga tak tahu apa yang nak difikirkan lagi.

Satu konsep yang paling mengelirukan dalam persoalan Bid’ah diterima pakai oleh kebanyakkan orang hari ini ialah mengenai apa yang disebut sebagai Bid’ah Hasanah atau Bi’dah Baik yang dibenarkan dalam Islam kononnya. Menurut apa yang kita mungkin pernah dengar, hal ini diperkatakan telah ditimbulkan dan dibenarkan oleh Imam Syafie sendiri. Apa yang beliau didakwa telah berkata ialah: “Bid’ah itu ada dua : 1. Bid’ah Hasanah atau baik. 2. Bid’ah Syayiah atau tercela. Sesuatu yang sesuai dengan Sunnah ialah Bid’ah Hasanah, manakala sesuatu yang berlawanan dengan Sunnah adalah Bid’ah Syayiah.”

Sebenarnya, kenyataan ini tidak lain hanyalah merupakan satu fitnah yang besar terhadap Imam Syafie. Sebaliknya, kata2 ini adalah menurut riwayat seorang yang bernama Harmalah bin Yahya dari Mesir yang mendakwa bahawa kenyataan tersebut datang dari Imam Syafie. Setakat ini, tidak ada sesiapa pun yang boleh membuktikan yang kenyataan ini terdapat dalam mana2 kitab yang dikarang oleh Imam Syafie. Oleh itu, jika tidak ada sesiapa boleh mengemukakan bukti ini dengan baik. maka kita sepatutnya tolak saja mentah2 apa yang Harmalah bin Yahya ini cakap.

Para ulama’ salaf telah bersepakat menerima konsep Bid’ah Syayiah (yang juga lebih dikenali dengan nama Bid’ah Dhalalah yang bermaksud Bid’ah Menyesatkan) seperti yang dinyatakan oleh Imam Syafie. Sebaliknya, mereka menolak konsep Bid’ah Hasanah kerana jika satu2 urusan itu bersandarkan kepada dalil, maka tidaklah ia dinamakan Bid’ah, sebaliknya ia adalah Sunnah. Oleh itu, tidak logik jika Imam Syafie menyatakan bahawa Bid’ah Hasanah itu ujud kerana beliau adalah merupakan salah seorang imam muktabar dari kalangan ulama’ salaf yang tidak mungkin akan membuat kesilapan begini, lebih2 lagi kerana beliau adalah seorang yang sangat tegas dalam hal2 yang melibatkan memelihara kesucian aqidah.

Kalau ditinjau dari segi bahasa Arab juga, memang mustahil bagi Imam Syafie untuk mengeluarkan kenyataan tersebut kerana Nabi telah bersabda bahawa “SETIAP atau SEMUA Bid’ah adalah sesat” yang mana di dalam bahasa Arab berbunyi “KULLU bid’atin dholalah”. Kalimah yang digunakan oleh baginda Nabi semasa menyampaikan pesanan ini untuk menyatakan “SETIAP/SEMUA” ialah “KULLU”, sama seperti kalimah yang boleh kita jumpa dalam permulaan ayat Ali-Imran (3) : 185, yang berbunyi “Kullu nafsin zaa iqotul maut” yang bermaksud “SETIAP atau SEMUA yang bernyawa pasti akan mati.”

“Kullu” di sini mencakupi SEGALA-GALANYA. Seperti contoh dari ayat Ali-Imran tersebut, kalimah “Kullu” dengan sahihnya membayangkan secara nyata bahawa tidak ada benda yang bernyawa yang tidak akan mati. Maka, penggunaan kalimah “KULLU” dalam hadis baginda sudah tentunya mencakupi “SEMUA Bid’ah (tidak ada yang terkecuali darinya) adalah sesat”. Kalau baginda Rasulullah tidak bermaksud untuk mencakupi segala-galanya dalam pengertian Bid’ah yang menyesatkan, maka kalimah yang akan digunakannya bukanlah “Kullu” tetapi “Ba’dun” yang bererti “Sebahagian”. Disebabkan ini, macam mana kita boleh terima bahawa ada pulak konsep Bid’ah yang baik (Hasanah) dan ada Bid’ah yang sesat (Dholalah) jika Rasulullah sendiri dah kata SEMUA Bid’ah itu menyesatkan?

Rumusan di sini ialah : Adalah mustahil bagi Imam Syafie untuk mengingkari Hadis sahih ini dan banyak lagi dalil2 lain dari Quran dan Hadis2 Nabi yang dengan tegas melarang apa2 jua perlakuan Bid’ah. Hubungkait antara Bid’ah dan Sunnah adalah betul2 berlawanan di antara satu sama lain. Kedua-duanya tidak boleh duduk sekali, sama seperti Syirik dan Tauhid yang tak akan boleh duduk bersama sampai kiamat.

(bersambung)

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter