Golongan Cap Semut/Cap Gajah dalam
umno
Kebanyakan wanita umno benar-benar tidak berfikiran terbuka.
Hairan saya, pada
satu ketika, mereka menyalahkan barisan pembangkang dan berkata, "mengapa mereka
(BA) tak sedar-sedar? Mengapa mereka suka buat fitnah dan tidak bersyukur dan berterima
kasih pada kerajaan? Budak-budak reformasi ni tak ada hala tujuan hidup dan blah blah
blah blah... "
Apabila melihat tingkahlaku dan sikap mereka, nampak mereka
ini macam orang pandai (sekadar pandai bercakap/membebel), tapi rasanya pemikiran mereka
tidak jauh ke mana. Terbatas dek lingkungan budaya wanita umno yang diamalkan sekian
lama.
Budaya yang menjijikkan itu terus diamalkan. Mereka terlalu taksub kepada
budaya memfitnah dan menceceh, suka bercakap tak tentu pasal, suka dibawa berjalan atau
berrombongan ke Langkawai, ke Siam, Pengkalan Kubur atau Ke Medan. Mereka mudah dipujuk
hanya dengan sehelai kain batik, atau wang RM20-30! Mereka hanyut dan khayal dengan
pakain putih/merah yang diberi percuma ketika ada pertandingan . Mereka juga akan
menjadi macam rusa masuk kampung kalau dibawa ke rumah Pak-pak Menteri yang rumahnya
besar dan macam mahligai, mulut mereka akan ternganga luas dan mata mereka akan terjojol
keluar kalau melihat bangunan tinggi seperti KLIA, KLCC, KL Tower atau rumah Mahathir di
Putrajaya. Kesiannya mereka.... dibodohkan dan dijadikan seperti binatang tunggangan
oleh pemimpin umno.
Agaknya, apabila balik ke rumah, melihat di kiri kanan
mereka, apakah yang ada dalam otak mereka ini? Apakah masih terlopong mulut laksana Pak
Pandir atau bercita-cita tinggi seperti Mak Jenin? Masih menunggu tiba giliran untuk
dibawa rombongan lagi? Atau diberikan sehelai kain batik cap semut, atau sehelai kain
pelikat cap Gajah.
Kesian! Sehingga bilakah wanita umno ini terperuk di dalam
budaya yang begitu?
Apabila Puteri umno dicadang untuk tidak diletakkan di bawah
kepimpinan Pergerakan Wanita umno, maka pastinya pucuk pimpinan Pergerakan Wanita merasa
tak sedap duduk. Bimbang hilang pengaruh dan hilang kuasa lagi. Maka marahlah Mak
Cik-Mak Cik ni.... (gelak saya bila sebut perkataan mak cik, sebab pasti ada yang
marah!).
Azalina Othman dijangka menerajui Puteri umno seperti kehendak Mahathir.
Dalam tulisan Wak Amin, beliau telah menyelongkar siapa Azalina ini. Mungkin saya tidak
pernah mengenali beliau selain mengenali ketika beliau mengendalikan satu program (Night
Line) di NTV7, sebagai pengacara. Tetapi menurut teman-teman yang bekerja di media
massa, semua perkara yang ditulis oleh Wak Amin adalah benar. Seperkara yang
diperkatakan ialah Azalina bukanlah seorang muslim yang mempunyai pegangan kuat kepada
agama kerana telah biasa dengan cara gaya hidup yang bebas, termasuk dalam soal hubungan
dengan lelaki dan juga cara hidup di luar batasan Islam.
Menggapa Rafidah marah
sangat dengan Azalina ? Huh, dengar cerita dari mak cik-mak cik di Johor (ketika saya
ada di sana kelmarin), kerana Azalina mencadangkan agar Puteri UMNO diurus, ditadbir
sendiri agar mempunyai imej yang lain dari Pergerakan Wanita umno, imej yang lebih
profesional, yang lebih berdaya saing, yang lebih moderate. Itu yang menyebabkan Pidah
marah sangat, kerana dalam erti kata lain, imej Pergerakan Wanita umno memang dah teruk
sungguh! Hancuss!! Yang ada cumalah golongan mak cik yang boleh dibodohkan, boleh
digulaikan , boleh digoreng dan dibakar hangus, atau digoreng sesedap rasa jika keringat
mak cik-mak cik ini masih diperlukan.
Mak Cik umno ini umpama golongan kelas
pariya dalam umno. Walaupun tenaga mereka diperlukan semasa pilihanraya sebagai baruah
umno yang bergerak menerusi Gerak-10, tapi usaha dan keringat mereka hanyalah sekadar
memerah tenaga kaum mak cik-mak cik ini, kerana pada masa yang sama, kaum lelaki dan
pemuda-pemuda umno hanya bergoyang kaki di warung-warung kopi, dapat hadiah dan wang
dari pelbagai sumber, menjadi pencatur politik dan pencetus minda kununnya. Apa yang
makcik umno ni dapat??? Dapetlah kain tudung buatan Indonesia yang ada cop Cerlian Deon
(dekat dah ngan Celine Deon atau Christian Dior), apa-apalah,jadi ada sebut mat salleh
sikit, tergeliat lidah mak cik-mak cik tu!! Dapet gak duit RM30 buat upah menceceh dan
upah ayak liok! Peh tu, tertonggek-tonggeklah makcik-makcik umno ni dari sebuah rumah ke
sebuah rumah berkempen, kununnya! Dalam otak mereka sebenarnya kosong! Tak ada fokus
hidup, merapu saja. Apa yang Mahdey kata, itulah yang dia orang ni cakap. Sampai bila
orang tanya, kamu nampak ke DSAI meliwat? "idoklerr, tapi Mahadey kata...."
itulah bukti banganggnya wanita umno ni! ish..ish ..ish... kesian kesian.
Maka,
dengan itu, hiduplah makcik-makcik umno ini dengan budaya yang begitu bertahun lamanya!
Apakah jenerasi yang berilmu, berpendidikan dan ada maruah, ada nilai diri, golongan
yang beriman, yang berpegang kuat kepada agama Islam, golongan yang tahu baik buruknya,
golongan yang tidak mudah dibodoh dan dibangangkan akan dapat menerima umno?
Nak
ajak kami masuk umno? Pasti TIDAK!! Buatlah apa strategipun, kalau itulah yang umno nak
cernakan, kirim salam!
Dan buat Azalina Othman, berhati-hati apabila mengeluarkan
bicara yang berkaitan dengan Islam , PAS dan Hukum Menutup aurat, kamu tak layak
bercakap apa-apapun dalam hal ini!!! Kamu sendiri tidak amalkan hukum Islam mengikut
syarak, jauh sekali dari menghayati Islam sebagai seorang yang dikatakan Islam. So,be
carefull, jaga mulut sikit....!! Jangan ingat samseng dan laser kamu saja!!
Dahlia/KL