JAKIM HENDAKLAH TAKUT KEPADA ALLAH, BUKAN PADA MAHATHIR
Assalamualaikum,
Sdr pengarang.
Saya sungguh kesal dengan keadaan umat islam di
negara kita ini kerana umat islam di negara kita kini sudah ditekan dengan begitu hebat
sekali oleh orang islam sendiri (Kerajaan BN) sehingga untuk mendapat pengajaran islam
yang sebenarnya sudah hampir sukar sekali. Apa yang saya maksudkan ialah apabila ramai
dari golongan para alim ulama serta ustaz yang mengajar ilmu di masjid-masjid diseluruh
negara hampir digam.
Ini sudah berlaku di negeri Sarawak dimana ustaz yang
mengajar ilmu islam disekat dari menasihati atau menegur kerajaan. Mereka dituduh
sebagai anti kerajaan disebabkan teguran mereka itu. Sedangkan sekarang ini hampir
setiap malam para peceramah ugama lain begitu bebas mengajar ajaran agama mereka
masing-masing tanpa ada
sekatan. Ini menunjukan kerajaan sekarang lebih suka agama
islam disekat dari agama lain. Kita belum pernah lagi setakat ini mendengar adanya para
pendakwah ajaran agama lain digam seperti para alim ulama islam. Apa yang saya fikirkan
ialah mengapa pihak JAKIM tidak bertindak terhadap mereka yang nyata mengajar ajaran
sesat tersebut tapi mereka bersungguh-sungguh untuk mengambil tindakan terhadap para
ulama islam yang kununnya mengajar ajaran yang anti kerajaan. Kalaulah benar para ulama
yang berada dalam Jakim ini takut kepada Allah dan mereka yang bekerja dengan majlis
islam itu jujur dan berani pasti mereka akan bertindak mengikut ajaran islam yang
sebenarnya. Umpamanya ucapan PM yang menghina janggut nabi kita Mohamad S.A.W. Mengapa
pihak Jakim membisu sejuta bahasa.... Apabila ada ulama dari pihak pembangkang atau
mereka yang tidak menyokong kerajaan menegur kerajaan Umno & PM bukan main lagi
mereka ini bising sedangkan mereka belum lagi mengetahui perkara yang sebenarnya hanya
mereka mendengar dari mulut Bos mereka Mahathir.(PM) yang mengatakan ulama tersebut
menyelewengkan ajaran islam....
Apabila PM buat kenyataan tidak ada pun pihak Jakim berani menegur atau menasihati PM
seperti kenyataan PM menghina nabi. Mengapa ulama Jakim takut sangat dengan PM??? Adakah
mereka ini tidak takut pada Allah?... Kalau benarlah mereka ini takut kepada Allah sudah
pasti PM sudah lama disingkirkan dari jawatan PM sekarang kerana apabila semua para alim
ulama bergabung sudah pasti Umno & PM akan tersungkur kerana mereka ini akan
ditinggalkan oleh umat islam di Malaysia ini. Apa bila semua masjid dan majlis
kerajaan diboikot oleh para alim ulama ini sudah pasti kerajaan sekarang akan jatuh
sebab apabila hari jumaat umpamanya tidak
ada para alim ulama ini mengimami solat
jumaat di masjid kerajaan maka para makmum pun akan lari pergi ketempat lain dimana
mereka dapat mendirikan solat. Kalau semua majlis islam sudah tidak ada lagi para alim
ulama dan ustaz yang sanggup bersekongkol dengan kerajaan yang zalim terhadap umat islam
sudah pasti dengan sendirinya kerajaan Umno & PM akan jatuh dimana semua umat islam
yang betul-betul berjuang kerana Allah akan mendapat pertolongan dari Nya.
Saya rasa itu sajalah harapan saya dan umat Islam yang lain agar inilah salah satu cara
untuk menyelamatkan Islam dari di perintah oleh PM & Umno. Kita tidak mahu islam
diperintah oleh Umno & PM tapi Islam yang
memerintah. Semoga pandangan saya ini
mendapat perhatian yang sewajarnya dari mereka yang berkenaan. Semoga kita umat islam
akan selamat di Dunia dan di Akhirat kelak, Insya-Allah.
Umat Islam yg Perihatin.
SWAK