HADIAH UMNO@BN KEPADA RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA
HARGA MINYAK NAIK, HARGA BARANG PUN NAIK
Dengan kenaikan harga minyak 10 sen seliter ….. kerajaan dapat mengurangkan kos
subsidi minyak kepada rakyat sebanyak RM 4 billion setahun. Secara rambangnya 10 sen
apalah yang boleh dibeli kini…..??? gula-gula pun 20 sen 3 biji……??? Inilah yang
dikatakan oleh penganut patung berhala UMNO@BN ….kita wajib membantu kerajaan
BN….jangan dok asyik mendapat subsidi sehaja ….. biarlah kita berkorban 10 sen …..
kalau diceramah BA…..dia orang bagi derma RM 10.00 tak sebuk pun….ni pulak derma
balik kat kerajaan 10 sen sehaja.
Begitu mudah penganut patung berhala UMNO@BN
menyokong tindakkan Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya menaikan harga minyak…….
Kita tengok bab harga minyak ini dulu.
-
Kerajaan akan untung RM 4 billion setahun dengan kenaikkan harga minyak sebanyak 10
sen seliter.
-
Rakyat dan bangsa Malaysia terpaksa berbelanja lebih 10 sen setiap liter minyak dan
jumlah yang dibelanjakan RM 4 billion setahun.
-
Kerajaan akan mendapat cukai jualan dari nilai RM 4 billion ini…lebih kurang RM
1.5 billion setahun.
-
Kita jumlahkan keuntungan kerajaan RM 4 billion dicampur cukai kerajaan kepada
penguna RM 1.5 billion…jadi kerajaan akan pendapatan lebihan RM 5.5 billlion
setahun dalam soal minyak ini sehaja.
Kita tinggalkan soal minyak yang kerajaan dapat untung sebanyak RM 5.5 billion dan
rakyat terpaksa berbelanja RM 4 billion.
Kita melihat implikasi kenaikan harga
minyak ini……harga barang keperluan harian mendadak naik dari 10% hingga ke 40%…..kerajaan
BN jawap apa….??? Kenaikan ini sementara sehaja….??? Dalam kes kenaikan harga barang
harian dan makanan ini …… rakyat terpaksa berbelanja lebih dari biasa dengan nilai
lebih kurang RM 3 billion setahun….dan kerajaan mendapat cukai jualan lebih kurang RM
1 billion…..???
Kita kembali semula pada soal harga minyak dan barang keperluan
harian.
-
Rakyat dan bangsa Malaysia terpaksa berbelanja lebih dari biasa lebih kurang
RM 7 billion setahun dalam soal minyak kenderaan dan keperluan harian.
-
Kerajaan BN akan mendapat cukai jualan dari kenaikan harga minyak serta kenaikan
harga barang keperluan harian dan makanan lebih kurang RM 2.5 billion.
-
Kerajaan BN akan mendapat laba dari penarikan subsidi berjumlah RM 4 billion dan
cukai jualan berjumlah RM 2.5 billion……..dengan jumlah besarnya RM 6.5 billion.
Apakah rakyat dan bangsa Malaysia sedar kemana laba RM 6.5 billion itu akan dibawa dan
digunakan…..??? dan dalam waktu yang sama rakyat dan bangsa Malaysia terpaksa
berbelanja lebih RM 7 billion setahun kerana 2 perkara ini……cuba bayangkan RM 7
billion ini disimpan oleh rakyat dalam mana-mana skim tabungan……
RM 7 billion X
10% bonus serta dividen = RM 700 juta ia menjadi hak rakyat dan bangsa Malaysia……
kini wang RM 7 billion terpaksa diserahkan kepada juak-juak serta kroni UMNO@BN dalam
menampung tempolok mereka…….dan laba RM 6.5 billion ini pula digunakan untuk
memuaskan nafsu serakah mereka……kini rakyat dan bangsa Malaysia secara
terang-terangan telah ditipu dan diperbodohkan oleh
Mahathir@Mahafiraun berserta
UMNO@BN sebanyak RM 12 billion….dengan jumlah rakyat 22 juta wang RM 12 billion ini
boleh membangunkan negara serta rakyatnya dengan selesa selama 1 tahun….??? Tapi wang
RM 12 billion dengan senang dirompak dan difaraitkan oleh Mahathir@Mahafiraun serta
Daim@Haman dan juak-juak mereka.
Inilah dikatakan hadiah kepada pengundi UMNO@BN
serta kebodohan rakyat kerana memilih kerajaan BN untuk memerintah negara…..??? apakah
dengan pengecualian cukai pendapatan tahun 2000 serta bonus dan kenaikan gaji untuk
kakitangan kerajaan pada belanjawan 1999-2000 yang lalu….secara muadah dan ringkas
Mahathir@Mahafiraun
memperbodohkan rakyat dan bangsa Malaysia…..??? sedangkan kita semua mengalami
kerugian lebih RM 12 billion……dengan bermodalkan RM 2 billion …….
Mahathir@Mahafiraun serta Daim@Haman dengan senang mendapat keuntungan dan laba lebih
kurang RM 10 billion…..yakni kenaikan 500% dari modal pokok mereka….??
Apakah
kita masih mengatakan hadiah kerajaan BN dan kerajaan BN yang mesra rakyat…..?? Apa
yang kita lihat segala kemewahan dan kesenangan menjadi milik mereka……tapi segala
kesempitan dan kesusahan akan menjadi hak milik rakyat dan bangsa Malaysia.
Dalam
tempoh tak sampai 12 bulan sejak pemilu ke 10 yang lalu….. kerajaan BN dengan dokongan
UMNO@BN secara terus-terusan mendera rakyat … kerana marahkan pengundi Melayu kerana
tidak mengundi BN ….. bak pepatah Melayu " marahkan nyamuk kelambu dibakar "
…. Dengan memusuhi orang Melayu dan bangsa Malaysia…kerajaan UMNO@BN makin hari
makin rapuh serta dengan melabel kan SUQUI sebagai pelampau komunis….kin kaum CINA
talah mula sedar mereka sebenarnya telah dipergunakan oleh UMNO@BN untuk mengekakal
kuasa pemerintahan….tapi dalam waktu yang sama UMNO@BN terus meminggirkan serta
mendera kaum CINA.
Kini rakyat dan bangsa Malaysia wajib sedar akan kepincangan
UMNO@BN dibawah pimpinan Mahathir@Mahafiraun ……yang terpaksa menjilat ludahnya di
Britain….??? Apa yang nak diharap oleh 22 juta rakyat Malaysia kepada kumpulan mahluk
pemusnah ini ……. Mereka tidak pernah ada rasa belas kasihan atau simpati kepada 22
juta rakyat Malaysia ini……kini masanya telah tiba….??
-
Kepada pengundi BN pada pemilu ke 10 yang lalu….. kini tentu anda telah sedar yang
anda semua telah ditipu oleh Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya.
-
Kami menyeru semua pengundi BN pada pemilu ke 10 bangkit dan istihar keluar parti
beramai-ramai dari UMNO@BN , MCA@BN, MIC@BN, GERAKAN@BN , PESAKA@BN, dan serta
sertai BARISAN ALTERNATIF.
-
Kami menyeru semua pengundi BN pada pemilu ke 10 bangkit bersama-sama BARISAN
ALTERNATIF menuntut Mahathir@Mahafiraun meletakkan jawatan serta memohon Yang Di
Pertuan
Agung membubarkan Parlimen Malaysia agar dapat diadakan pemilu ke 11 pada tahun ini
juga……biarlah rakyat menentukan siapa pemerintah yang layak.
-
Kami menyeru semua pengundi BN pada pemilu ke 10 bersama-sama kami di BARISAN
ALTERNATIF melaksanakan pemilu ke 11 dengan jujur dan ikhlas ….. dan menafikan hak
SPR yang penipu itu menjadi penganjur pilihanraya di Malaysia.
-
Kami menyeru semua pengundi BN pada pemilu ke 10 …… jangan merasa takut dan
gusar untuk bersama-sama BARISAN ALTERNATIF ….. percayalah kepimpinan ULAMA'
dan PROFESSIONAL dalam BN mampu menjana kearah " Malaysia Yang Adil ".
Jangan ditunggu masa ke waktu senja ….. ??? jangan dibiar nasi menjadi bubur…..???
jangan dibiar anak-cucu kita merempat di tanah air sendiri …..??? baru kita semua mahu
bangkit …… kita boleh lihat tokoh diktator Yugoslvia dan Rusia serta
Filipina….mereka tersungkur…tapi nasi telah menjadi bubur….?? Begitu juga
Suharto….yang tersungkur dengan kuasa rakyat ….. tapi Indonesia kini merangkak bak
kanak-kanak untuk memulihkan negara mereka…..??? apakah anda semua rela dengan
kesusahan akibat angkara Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya.
Bangkitlah wahai
anak bangsa ku !!!! Bangun sebagai pejuang bangsa dan rakyat Malaysia ….. ???
REFORMASI TOTAL kearah Negara Yang Adil serta mempertahankan hak Agama rasmi serta
Perlembagaan Persekutuan Dan Rukun Negara.
" Rakyat Yang Di Jajah Oleh
UMNO@BN "
- 12hb.okt.2000