Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

SAMPAI BILA MAHU BERSIKAP DEFENSIF?

Sambungan dari artikel semalam……

Wahai pemimpin-pemimpinku, jangan lagi merasa ragu-ragu untuk menyeru penyokong-penyokongmu dan rakyat, muslimin dan muslimat sekeliannya supaya melancarkan pemboikotan kepada puak-puak yang menentang Allah dan RasulNya.  Sekaranglah waktu dan ketikanya kita berbuat sesuatu kerana majoriti umat Islam adalah berpihak kepada kita berdasarkan  sokongan yang diberi pada pilihan raya yang lalu.  Seperti yang pemimpin-pemimpiku sedia maklum bahawa Allah s.w.t. melarang kita untuk terus berkasih sayang dengan golongan-golongan yang engkar ini dan Allah melabelkan kita sebagai tidak beriman kepadaNya seandainya masih ada bibit-bibit cinta kasih sayang sebahagian dari kita kepada mereka.  Halanglah segera bibit-bibit cinta kasih itu dari berputik semula.   Anda pasti masih ingat akan firman Allah:


Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang menentang Allah dan RasulNya, sekali pun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara atau pun keluarga mereka.  Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripadaNya.  Dan dimasukkanNya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai, mereka kekal di dalamnya.  Allah redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadapNya (limpahan rahmat).  Mereka itulah golongan Allah.  Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung (Al-Mujaadilah: 22).

Sudah terlalu banyak perbuatan keji dan nista dilakukan oleh puak-puak tersebut yang boleh mengheret sama kekejian dan kenistaan itu kepada penyokong-penyokongmu dan rakyat sekeliannya jika ia tidak dibendung dari sekarang.  Sikap dan perangai mereka telah sampai ke tahap yang amat merbahayakan sehingga boleh menjelma menjadi iblis dan syaitan yang boleh menjerumuskan penyokong-penyokongmu dan rakyat sekeliannya yang lemah jiwa dan raga mereka.  Allah telah menyamakan mereka ini seperti golongan yang mempersekutukanNya seperti di dalam firman Allah yang senantiasa bermain-main di bibir kalian semua iaitu:


Katakanlah, Tuhanmu hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang kelihatan ataupun tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujah untuk itu dan mengada-ngadakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui (Al-A'raf: 33).

Bukan setakat itu sahaja. Baru-baru ini, mereka (puak-puak pertualang agama dan bangsa) telah mengiktiraf diri mereka sendiri sebagai makhluk binatang, sedangkan Allah dan RasulNya telah memperingatkan mereka tentang batas perbezaan di antara manusia dan binatang seperti dalam firmanNya yang pemimpin-pemimpinku senantiasa membacanya:


Sesungguhnya binatang (makhluk) yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, kerana mereka itu tidak beriman.  (Iaitu) orang-orang yang kamu telah ambil perjanjian dari mereka, sesudah itu mereka mengkhianati  janjinya pada setiap kalinya, dan mereka tidak takut (akibat-akibatnya) (Al-Anfal: 55-56).

Ingatlah wahai pemimpin-pemimpinku, mereka ini bukanlah binatang jinak yang boleh dipelihara dan dimanja tetapi mereka adalah binatang liar dan ganas yang tidak wajar dibiarkan untuk terus mengancam penyokong-penyokongmu dan sekelian rakyat yang lemah.

DOAKU:

Ya Allah yang Tuhan kami yang maha Pengasih, Tuhan yang memiliki Arasy yang Mulia, Tuhan yang menzahirkan dan mengembalikan, Tuhan yang memperbuat apa yang dikehendakiNya, Kami memohon kepadaMu dengan Nur ZatMu untuk kesekian kalinya, walaupun rasa malu tidak terhingga kerana terus meminta-minta pertolongan daripadaMu ya Allah, yang memenuhi seluruh penjuru ArasyMu dengan rahmat yang meluas dan kudratMu yang telah Engkau takdirkan kepada seluruh makhlukMu, berilah kekuatan kepada kami dan pemimpin-pemimpin kami untuk terus berjuang memartabatkan agamaMu di bumi Malaysia ini.  AMIN. 

LAWAN TETAP LAWAN!

ALLAHUAKBAR!

 

BOMOHDIN

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter