Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

ISU ARSENIK DIBANGK ITKAN LAGI

Macam tak ada modal lagi. Semasa di London, Mahathir bangkitkan lagi isu keracunan arsenik terhadap DSAI. Sekali gus, beliau membuka kembali pekung lama. Dengan sendirinya, rakyat bertambah simpati dengan DSAI. Beliau boleh berkata isu ini ialah fitnah. Hiss! Jangan sesekali ingat rakyat mudah lupa! Siapa yang tak ingat artikel dalam HARAKAH yang ditulis oleh pakar toksikologi, Dr Zulkifli yang secara terperinci telah mengupas isu ini? Carta dalam artikel tersebut jelas menunjukkan bahawa memang DSAI diracun dengan arsenik. Sebagai seorang yang terlatih dalam bidang sains, arsenik merupakan satu logam berat yang mempunyai spara hayat (half life) dan dari geraf yang ditunjuk oleh pakar tersebut, secara saintifik ini membuktikan bahawa DSAI diracun. Nak bohong macam mana?

Kita masih ingat lagi apa yang dikatakan oleh Rafidah,menteri mulut celupar yang ada kes rasuah,  bahawa kemungkinan isteri DSAI meracuni suaminya. Masyaallah! Sanggup dia berkata begitu? Apa nama manusia ni? Sebelum kejadian tersebut, sudah ada berita2 dalam internet yang menyebut DSAI sedang dalam keadaan bahaya. Begitu juga dalam kes famous lebam mata. Dah lama ada beita ni dalam internet tapi si kaki pukul sendiri boleh berkata DSAI dalam keadaan selamat. Sekarang sudah sah Rahim Nor yang pukul DSAI tapi satu hari pun tak pernah masuk lokap. Kesnya asyik ditunda. Apa cerita ni???

Teruk betul si mamak tongkang ni. Diberinya pletfom, dengan muka selamba dia berbohong lagi. Sudahlah rakyat sendiri diperbodohkan, sekarang dia nak memperbodohkan satu dunia pula. Milosevic sudah pun tumbang, bila agaknya mamak ni nak kena terajang? Liat sungguh!! Macam daun pisang kering, takkan gugur kecuali dicantas, dikoyakrabik!


DOKTOR MUDA

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter