RESPECT MUST BE EARNED
Apalah Pemuda UMNO nak sibuk, nak defend
Mahathir? Biarkan. Biar dia sendiri yang menanggung. Dia yang buat taik, kita pula
disuruhnya cover. Mana boleh jalan. Lama mana kita nak defend dia?', begitu marah
bunyinya seorang Pemuda Umno yang mendengar berita bahawa Ketua Pemudanya marah dengan
sikap rakyat ini yang cuba menghina pemimpin negara di luar negara. 'Pegilah, semuanya
nak bodek. Lagi kita buat macam ini, lagi UMNO hancur. Pedulikan!'tambah lagi
Pemuda UMNO ni dengan nada yang tinggi.
Apabila diberitahu semasa di London, ada
demonstrasi, kata Pemuda UMNO ini, 'Padan muka! Biar satu dunia tahu orang tak sukakan
dia lagi. Menyusah aja. Lagi dia memegang kuasa, lagi kita susah. Kami dah fed-up dengan
perangainya. Kita nak mempertahankan parti bukan nak mempertahankan dia.
Kalau
Mahathir sudah menjadi liabiliti, buat apa kita nak defend dia? Lagi hancur dibuatnya
parti. Kita ni sayangkan parti atau sayangkan pemimpin? UMNO dah hampir nazak dibuatnya,
kita masih lagi nak mempertahankan pemimpin sorang ni.Bodoh punya kerja. Macam ni
susahlah kita nak tarik orang2 Melayu balik. Hancur! Pemimpin2 tertinggi UMNO tak
sedarke bagaimana sentimen rakyat sekarang? Buta ke mereka ni? Kami nak buat
penerangan pun tak laku. Tak ada sambutan! Menyusahkan aja. Menyulitkan kerja
kami'begitulah rungutan Pemuda UMNO tersebut. Marah betul nampaknya.
'Pemuda ni dah
jadi macam tin kosong. Malu kita. Tengok kes SUQUI dulu, bila dicabarnya SUQUI, SUQUI
ajak berbincang, tak mahu. SUQUI pun tak minta maaf seperti didesak oleh Pemuda. Pemuda
UMNO pun diam, tak ada follow up. Nampak sangat kita ni bodoh! Tak malu ke? Siapa nak
respect kita lagi?', frust bunyi pemuda tersebut meluahkan isi hatinya.
SEdarlah
wahai Pemuda UMNO. Tindakan kalian hanya akan menyisihkan lagi orang2 Melayu dari UMNO.
Ahli2 sendiri pun dah fed up. Yang tinggal, hanya segelintir sahaja yang memikirkan
perutisme. Bukan kepentingan bangsa yang difikirkan. Buat lagi, buat lagi.
Pertahankanlah presiden parti kalian yang sudah tamat tarikh lupusnya. Lagi bertambah
menyampah ahli2 UMNO. Alhamdullillah!
BEKAS UMNO