Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

RAKYAT DI JAJAH NEGARA DI JUAL ?

SIRI 3.


1.	Penjajahan Harta dan Hak Rakyat.
  1. Secara terang-terangan harta rakyat dirampas dengan sewenang-wenangnya …..
    seperti melalui akta tanah dan wang royalti Petronas kepada Terengganu.
  2. UMNO@BN akan mengunakan segala jentera milek kerajaan  agar segala cita-cita
    mereka untuk merampas harta rakyat…seperti tanah rizab melayu, tanah tol, tanah
    setinggan dengan alasan pembangunan…..begitu juga wang milik kerajaan dan rakyat
    seperti KWSP, PNB, TABUNG HAJI, PETRONAS, BANK NEGARA ….dengan membenarkan
    syarikat kroni membail-out kepada pemegang amanah wang rakyat.
  3. Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya tanpa segan silu mengadakan
    projek-projek mega….yang mana tender projek diberikan kepada anak-anak serta
    kroni mereka….    wal-hal projek tersebut tidak memberikan manafaat kepada
    rakyat.
  4. Hak rakyat sentiasa dinafikan ….. dengan mengunakan akta ISA dan kuasa
    mahkamah Mahathir@Mahafiraun serta rejim Polis DR. Mahathir (PDRM) untuk
    menghalang suara dan hak rakyat dipertahankan.
  5. Hak rakyat dalam perlembagaan persekutuan dinafikan dengan serakus-rakusnya
    …… sehinggakan rakyat menjadi kecut dan ketakutan ketika berhadapan kuasa rejim
    Polis DR.Mahathir (PDRM)……sedangkan konsep "Mesra Rakyat" lansung tidak
    dipraktikan….yang dipraktikan konsep " Keranamu Mahathir".
  6. Rakyat hanya layak menerima….tapi tidak boleh mempersoalkan dari mana
    puncanya.
  7. Rakyat hanya layak melihat …. tapi tidak boleh mengambil atau mengunakanya.
  8. Rakyat hanya layak mendengar … tapi tidak boleh memahaminya …. hanya layak
    angguk bak burung belatuk.
  9. Rakyat hanya layak menghidu ….. tapi tidak boleh merasainya …. walaupun ia
    halal dimakan.
  10. Rakyat hanya mampu melihat….mendengar….menghidu…..tapi mereka yang menjadi
    kroni Mahathir@Mahafiraun serta penganut patung berhala UMNO@BN menjadi penguasa
    mutlak serta berhak keatas segala-galanya.
2.	Penjajahan Ekonomi
  1. Segala peluang ekonomi hanya milek kroni dan juak-juak UMNO@BN …. rakyat
    marhain hanya layak melukut ditepi gantang sehaja.
  2. Segala peluang ekonomi akan difaraitkan kepada pengampu UMNO@BN serta
    Mahathir@Mahafiraun …..bagi mereka yang engkar akan dihapuskan dalam dunia
    ekonomi.
  3. Rakyat marhain hanya layak menjadi peniaga gerai haram dan penjaja sehaja …..
    malahan terpaksa menyewa dari individu kroni yang mempunyai ratusan tapak gerai
    atau lesen penjaja.
  4. Lesen penjaja atau peniaga kecil hanya dianugerahkan kepada mereka yang
    mengisi borang UMNO@BN dan menyumbang kepada tabung parti patung berhala itu
    sehaja.
  5. Pusat beli-belah….Pasar Besar….Hypermarket…..Syarikat
    Multi-nasional…..Syarikat Pengangkutan….Pembekalan Elektrik, Air, Telefon…..
    wajip dan mesti dari syarikat kroni …… mereka yang bukan kroni akan dipaksa
    menjualkan syarikat tersebut kepada kroni dengan harga yang rendah.
3. Penjajahan Agama dan Sosial
  1. Rakyat hanya layak memilih agama mereka ….. tapi tidak layak mengamalkan
    ajaran agama mereka …. terutamanya soal halal dan haram.
  2. Rakyat Islam hanya layak bersolat sehaja …. tapi tidak layak mendalami ilmu
    serta mempraktikan ajaran Islam mengikut suruhan Nabi Muhamad s.a.w dan
    Al-Quran.
  3. Rakyat hanya layak bersedekah ….. tapi tidak layak menerima sedekah dari
    baitulmal atau wang zakat.
  4. Rakyat hanya layak berbudaya … tapi tidak layak mempertikaikan budaya
    songsang atau merosak bangsa.
  5. Rakyat hanyal layak bersosial …. tapi tidak layak mempersoalkan apakah jenis
    sosial tersebut ….. dan rakyat diarah mengamalkan sosial berbentuk barat yang
    bertentangan dengan hukum Islam.
  6. Rakyat hanyak layak bergembira dan bersuka-ria …. tapi rakyat tidak boleh
    menolak budaya suka-ria yang melampaui batasan bangsa dan agama.
  7. Rakyat hanyak layak beribadat … tapi rakyat tidak dibenarkan memahami apakah
    ibadat tersebut dituntut oleh agama mereka.
  8. Rakyat hanya layak menerima segala arahan dalam soal agama dan sosial dari
    Mahathir@Mahafiraun serta juak-juak UMNO@BN ……sekiranya rakyat menerima arahan
    dan ajaran dari orang lain ….. dia dianggap mengamalkan ajaran sesat serta
    mengamalkan budaya dan sosial yang haram dari segi perlembagaan Maharaja
    Mahathir@Mahafiraun .
    
    
    " Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN  "
    10hb.Okt.2000 - bersambung disiri 4.
    
    

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter