Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Kenyataan PM hina Islam: PAS tidak terkejut

Oleh Mat Zahari Ali

Kuala Lumpur, 9 Okt (Hrkh) - Kenyataan Perdana Menteri Mahathir Mohamad bahawa menyokong parti Islam akan meletakkan negara melangkah kebelakang disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap Islam.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Ustaz Harun Taib berkata kenyataan Mahathir di Universiti Cambridge itu semalam kerana Perdana Menteri cuba membandingkan pemerintahan Islam dengan pemerintahan Islam di zaman Rasulullah.

Menurut Ustaz Harun, pendapat sebegini bukanlah pendapat baru kerana penjajah pernah menjalankan propoganda yang sama di kebanyakan negara Islam yang dijajah.

Ia bertujuan untuk menyekat diwujudkan kembali negara Islam. Selain itu ia juga bertujuan menakut-nakut orang bukan Islam terhadap pemerintahan Islam, katanya.

Katanya , Dewan Ulama Pas tidak terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri tersebut kerana warisan penjajah yang masih ada dalam Umno dan pemimpin-pemimpin Umno.

Ini menjadikan Umno sering mencari jalan untuk memperlekehkan Islam.Menurutnya Islam merupakan perjuangan yang sesuai sepanjang zaman.

Namun hakikat ini tidak diterima oleh Umno dan pemimpin-pemimpin mereka. Sedangkan Islam itu memandang kehadapan lebih jauh dari jangkauan akal manusia, katanya.

Kata Ustaz Harun lagi, bukti pemerintahan Islam itu lebih maju kehadapan kerana Islam melihat kehidupan selepas mati sedangkan golongan 'sekular' hanya melihat kehidupan di dunia semata-mata.

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter