UMNO KUAT, ISLAM KUAT: SATU
KONTROVERSI
Assalamualaikum,
Sdr Pengarang,
Kita sebagai
umat Islam sangat terkejut dengan slogan baru Umno "'Umno Kuat Islam Kuat".
Ini sangat jelas kepada kita bahawa Umno telah memperalatkan Islam untuk kepentingan
politik songsang mereka. Kita berharap para alim ulama baik dari pihak kerajaan atau pun
pembangkang dan mereka yang memang arif
tentang hukum Islam patut mengeluarkan
pandangan atau fatwa tentang slogan UMNO yang jelas cuba untuk memperalatkan Islam serta
menghina umat Islam yang tidak menyokong mereka. Adakan orang UMNO memikir bahawa Islam
hanya kuat bila UMNO kuat???
Sangat jelas UMNO cuba menyelewengkan akidah umat Islam
untuk kepentingan politik songsang mereka. Sepatutnya JAKIM perlu mengambil tindakan
tegas terhadap UMNO yang jelas telah sesat dan cuba menyesatkan
umat Islam di negara
ini.. Kalau kita berfikiran seperti orang UMNO yang mengatakan Umno kuat Islam kuat,
apakah UMNO saja yang Islam. Apakah orang Islam yang tidak menyokong UMNO atau
tidak menyertai UMNO, Islam akan lemah??? Bagaimana umat Islam di negara lain yang
tidak ada UMNO adakah mereka ini lemah? Seolah-olah hanya UMNO saja Islam akan kuat
dalam dunia ini tapi bila UMNO lemah semua umat Islam di dunia ini akan lemah.
Inilah lawak bodoh UMNO terkini.
Hanya orang yang biol dan bangang saja yang
bersetuju dengan slogan sesat UMNO ini. Diharap umat Islam jangan terpengaruh dengan
ajaran sesat UMNO ini. Kami umat Islam yang tidak pernah menyertai UMNO sangat kesal
dengan slogan sesat UMNO tersebut. Sekali lagi kita berharap JAKIM mengambil
tindakan tegas terhadap slogan sesat UMNO ini. Kita umat Islam hanya akan kuat
bila mengikut perintah serta menjauhi segala larangan Allah dan rasul-Nya saja.
selain daripada tersebut jangan kita harap UMNO dapat menyelamatkan Islam.
Umno adalah perosak ugama Islam.
Sepatutnya slogan tersebut begini "HAPUSKAN
UMNO, UMAT ISLAM AKAN KUAT DI MALAYSIA INI"
Umat Islam perihatin
Sarawak