Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Menyesal aku...

Kau orang nak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Mahafiraun.

Menyesal aku buat macam-macam sandiwara yang hanya merugikan aku sendiri. Kenapa aku buat semua benda ini? Setan mana yang menghasut aku ini? Macam-macam benda dah berlaku sejak aku menang dalam pilihan raya umum tahun lepas. Aku sepatutnya bersyukur yang aku terselamat dari kekalahan pilihan raya. Kenapa aku mahu nak cari pasal dengan BA? Menyesal! menyesal !

Menyesal aku main sandiwara...

Menyesal aku pecat Anwar. Aku telah melakukan kesilapan yang besar. Aku tak sangka rakyat tak sebodoh seperti yang aku sangkakan. Kenapa aku bodoh sangat ni?

Menyesal aku main sandiwara Al-Ma’unah. Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Kalau aku arahkan Al-Ma’unah didapati bersalah, Semakin ramai tak percayakan aku lagi. Kedudukan aku semakin terancam. Yang aku risau ni, satu demi satu pemimpin kejam disingkirkan. Habislah aku. Macam mana ni? Kalau Al-Ma’unah didapati bersalah, aku tak berani nak fikir apa yang akan terjadi pada aku. Mahu tak mahu
aku terpaksa buat verdict mereka didapati tidak bersalah. Apa rakyat nak kata tentang keputusan mahkamah yang ada motif tertentu lantaklah dia orang. Aku terpaksa discuss dengan Lies Yatim. Celaka punya BA. Kali ini kau orang bernasib baik. Aku tak jadi nak balas dendam.

Menyesal aku memusuhi orang Cina. Buat apa aku nak memusuhi mereka? Apa faedah aku dapat? Aku pun tak tahu apa yang telah aku lakukan? Aku dah nyanyukkah? Tergamak aku labelkan mereka sebagai komunis. Dahlah tu kenapa aku tak nak minta maaf dengan mereka. Menyesal aku tak mohon maaf dengan mereka. Sekarang mereka tak sokong aku lagi. Tetapi mereka sebenarnya yang patut dipersalahkan. Mereka adalah punca masalah kedudukan istimewa orang Melayu berlaku. Apa pasal mereka mahu buat tuntutan yang bukan-bukan? Kalau mereka tak cari pasal, semua ni tak akan berlaku. Jangan paksa aku lakukan apa yang aku tak suka.

Sejak Slobodan Milosevic disingkirkan, aku semakin takut kerana apa yang aku perlukan sekarang ialah sokongan rakyat. Kalau aku tak memusuhi orang Cina, sekurang-kurangnya aku ada orang Cina cover aku. Mahu tak mahu aku tepaksa cari jalan macam mana mahu bodek orang Cina. Harap-harap mereka tak benci aku lagi. Aku terpaksa serahkan tugas ini kepada Lick Leong Shit. Dia memang pakar dalam hasut-menghasut dan brainwash orang Cina.

Celaka punya Milosevic, siapa suruh kau kalah. Wrong timing kau kalah. Aku ingat kau ini kebal, rupa-rupanya habuk pun tak da. Kau ni menyusahkan aku aje. Parti pembangkang dan rakyat bukan main bersemangat lagi. Angin  perubahan dan api reformasi hidup semula. Ini yang buat aku risau ni. Kalau mereka bertambah kuat
habislah aku. Geram! geram!

Apa pasal aku nak cari gaduh dengan PAS? Buat apa aku timbulkan isu wang ehsan? Kalau aku tak melampau sangat sekurang-kurangnya masih ada rakyat mahu menyokong aku. Tapi fikir punya fikir aku memang geram dan dengki kat PAS. Celaka punya PAS. Pasal engkaulah aku hilang sokongan. Memang patut aku balas dendam. Biar padan muka kau orang. Ini semua punya pasal Alberto Fujimori dan Slobodan Milosevic, rosakkan plan aku aje. Aku terpaksa ubah plan dan taktik baru. Menyusahkan aku aje. Soal balas dendam aku terpaksa berhentikan sementara waktu. Selepas itu, barulah aku boleh sambung balik aktiviti balas dendam. Jaga kau PAS! Aku rasa aku boleh teruskan hemtam PAS dan parti-parti lain.

Aku semakin risau, resah, bimbang dan gelabah. Aku tak percaya satu demi satu pemimpin kejam disingkirkan. Mula-mula orang yang kuat songlap duit rakyat, Suharto terpaksa letak jawatan tahun lepas. Sekarang pula giliran Alberto Fujimori dan Slobodan Milosevic menerima nasib mereka. Aku tak berani nak fikir adakah giliran aku selepas ini. Aku rasa tidak mungkin sebab pilihan raya umum akan datang masih jauh lagi. Ada banyak masa aku nak hentam BA dan bodek rakyat.

Bengang! Bengang! Sejak pemecatan Anwar aku tak nyenyak tidur. Tiap-tiap malam aku mengigau nama Anwar sampai isteri aku komplen. Lepas Slobodan Milosevic terpaksa letak jawatan, igauan aku bertambah serius. Aku bermimpi yang aku diheret ke mahkamah atas berbagai-bagai kesalahan yang diadili oleh hakim-hakim aku telah pecat termasuk Tun Salleh Abas. Saksi utama ialah musuh ketat aku Anwar Ibrahim. Aku dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Aku tak mahu! Aku tak mahu!  Lepaskan aku. Berapa banyak duit kamu mahu, aku boleh bagi. Aku banyak duit. Yang penting aku selamat dari dipenjarakan.

Fikiran aku semakin bercelaru dan berserabut. Aku terpaksa buat cool di hadapan orang ramai macam tak ada apa-apa berlaku. Nasib baik aku pandai berlakon. Tetapi dalam hati, saya sangat susah hati. Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Aku rasa aku boleh guna budget untuk bodek rakyat. Memang betul, budget ialah
satu idea yang baik. Selepas ini aku kena bincang dengan Daim yang diam mengenai budget yang mungkin terpaksa diubah. Aku mungkin kena beri berbagai insentif dan pengurangan cukai kepada rakyat agar mereka termakan budi yang diberikan oleh kerajaan. Kah! Kah! Kah!

Lagi satu aku kena minta kabinet menyelesaikan dan mengatasi semua masalah-masalah sosial yang dihadapi oleh rakyat. Bolehlah saya kata yang kerajaan selama ini memang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat
dan BA hanya tahu saja cakap besar dan memburukkan nama baik kerajaan. Yang penting saya mahu masalah-masalah sosial dapat diselesaikan, kalau tidak ia akan dijadikan modal oleh BA untuk menghemtam balik BN.

Untuk worse case scenario, kalau semua plan yang aku rancang tak menjadi menjelang pilihan raya umum akan datang, aku bercadang cabut lari saja bersama duit yang aku telah kebas, keluarga dan kroni aku. Apa yang akan terjadi pada rakyat Malaysia lantaklah dia orang.

LTL

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter