Diktator Mahadel
Dalam wawancara dengan Financial Times, PM
Mahadel mendakwa PAS cuba menanam perasaan benci pada pelajar universiti sehingga
mereka sanggup berdamping dan tinggal bersama mereka. Ekoran daripada itu, apabila
sudah termakan hasutan PAS, para pelajar universiti memberi gelaran diktator kepada
Perdana Menteri.
Macam PM gila tak suka pulak dengan gelaran diktator yang
diberikan oleh pelajar universiti. Saya berpendapat gelaran diktator amat sesuai dengan
statusnya yang suka menindas, menzalimi, menyalahgunakan kuasa, menyekat kebebasan
besuara, merampas hak asasi manusia, memutar-belitkan kenyataan, mengawal semua media, kehakiman,
SPR, BPR, polis, Siput Babi, tentera, Bank Negara, ISA di bawah telunjuknya. Itulah
ciri-ciri kediktatoran yang ada pada Mahadel. Tak kan dia tak sedar atau
pura-pura tak sedar bahawa dia mempunyai ciri-ciri kediktatoran yang semakin menyerlah.
Sepatutnya
Mahadel amat berbangga dan megah dengan gelarannya iaitu Dr. Diktator Mahadel. Tambahan
pula tak ramai pemimpin-pemimpin di dunia yang terdiri dari 200 buah negara atau lebih
mendapat gelaran diktator iaitu Adolf Hitler, Stalin, Mao Tse-Tung, mendiang Ferdinand
Marcos, Fidel Castro, Alberto Fujimori, Suharto, Slobodan Milosevic. Memang tak ramai,
boleh dibilang dengan jari termasuk diktator Mahadel. Keanggotaan ahli diktator amat
istimewa dan kelab eksklusif itu hanya boleh disertai oleh pemimpin-pemimpin yang
digelar
diktator. Itulah yang dikatakan Malaysia Boleh! Mahadel Boleh! Keranamu
Mahadel!
Saya berpendapat gelaran diktator adalah suatu penghormatan tertinggi
malah lebih berharga dari LARIBA award dan entah apa-apa lagi award yang telah diterima
oleh PM tak betul. Kalau PM gila tak suka dengan gelaran diktator, gelaran apa yang
mahu diberikan kepadanya. Tak kan kita nak gelarkan dia mahasayang, mahamulia,
mahaagung, mahaboleh dan entah apa-apa lagi maha... fikir punya fikir, saya rasa
gelaran diktator paling sesuai lagi. Tak payah fikir panjang-panjang, dah confirm kita
orang akan panggil diktator Mahadel, apa
macam?
Adalah dinasihatkan supaya PM
tak betul, ubah name tag kepada Dr. Diktator Mahadel supaya semua orang tahu gelaran
dia. Barulah gempak dan mengancam. Kalau macam ni tak nak lebih glamour daripada
artis-artis pun tak boleh. Heh! Heh!
Heh!
LTL