Mahadel semakin gelisah dan gelabah
Dalam perjumpaan dengan
pelajar di Universiti Cambridge, diktator Mahadel mengemukakan persoalan perlunya
perubahan dalam kerajaan. Dia berkata ada dua pilihan iaitu melakukan perubahan untuk
tujuan demokrasi atau mengekalkan dan meneruskan dasar-dasar yang sedia ada untuk
merealiskan hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. Kebanyakan orang
berkata, kita perlukan perubahan, kita perlu kerajaan perlu adalah kerana setakat nak
ubah sahaja. Katakan, parti baru dipilih untuk membentuk kerajaan, dasar dan
perancangan kerajaan sebelum ini perlu tetap (perubahan sudah tentu akan menybabkan
ketidakstabilan dan keutuhan)
Kerajaan yang ada sekarang adalah mesra perniagaan. Ia
mengalakkan sektor swasta termasuk orang asing melabur dan bertindak sebagai ejen
pertumbuhan. Tetapi kerajaan baru mungkin tidak berpendapat bahawa mesra perniagaan dan
membenarkan sektor swasta memainkan peranan penting dalam ekonomi adalah satu perkara
yang baik.
Kenyataannya di atas adalah ekoran dari kejatuhan Suharto,
Alberto Fujimori dan Slobodan Milosevic yang meresahkan Mahadel. Mahadel semakin takut
dan bimbang angin perubahan di negara-negara tersebut akan bertiup ke negara Malaysia.
ia memberi petanda bahawa pemimpin yang menjalankan pemerintahan kuku besi tidaklah sekuat
seperti yang disangkakan.
People power atau kuasa rakyat merupakan kunci kepada
kejatuhan pemimpin-pemimpin kejam. Mahadel merasakan kedudukannya tidak selamat
melihatkan kejatuhan Slobodon Milosevic yang memberi suntikan kepada para reformasi
yang dahagakan perubahan. Rakyat Malaysia mahukan perubahan drastik. Rakyat Malaysia sudah
bosan, muak dan benci terhadap kerajaan yang berkuasa sekarang. Mahadel mengatakan
pihak pembangkang yang menaburkan perasaan benci terhadap kerajaan BN. Sebenarnya
kerajaan BN tidak dapat menunaikan janji dan memberi kemakmuran kepada rakyat malah
berani menindas, menghasut, memfitnah, mengugut dan menyekat segala kebebasan bersuara
dan hak asasi rakyat.
Mahadel dengan segera cuba mempengaruhi pemikiran rakyat.
Dengan perkataan lain dia cuba brainwash pemikiran rakyat. Dia mengatakan tiada gunanya
perubahan kerajaan yang boleh menghalang dan membantutkan pembangunan negara. Wawasan
2020 dijadikan sebagai alat untuk membolehkan kerajaan BN terus berkuasa. Ia menunjukkan
seolah-olah hanya kerajaan BN boleh membawa pembangunan dan kemakmuran kepada rakyat.
Perubahan kepada kerajaan yang baru mungkin tidak dapat menjanjikan dan memberi
kemakmuran kepada rakyat. Kerajaan yang baru mungkin tidak dapat menyumbangkan
pembangunan seperti mana yang telah dibuat oleh kerajaan BN.
Mahadel
memperlekehkan soal demokrasi. Dia mempersoalkan perlunya membuat perubahan dengan
memilih kerajaan baru kerana demi memenuhi tuntutan demokrasi di mana rakyat mempunyai
hak memilih kerajaan yang mereka mahu. Mahadel bimbang rakyat sudah pun mengambil
keputusan untuk memilih kerajaan yang baru pada
pilihan raya umum akan datang. Maka dia
mempergunakan pembangunan, peluang pelaburan perniagaan, wawasan 2020 dan
ketidaktentuan (uncertainties) sebagai alasan rakyat terus memilih kerajaan BN.
Saya
berpendapat belanjawan yang akan dibentangkan nanti akan digunakan oleh Mahadel sebagai
alat untuk memancing dan mendapat sokongan dari rakyat. Berbagai-bagai insentif dan
pengurangan cukai akan diberikan kepada rakyat. Di samping itu, saya jangka sandiwara
yang boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian terhadap rakyat akan diberhentikan
seperti isu royalti wang. Segala rancangan untuk terus membalas dendan terhadap BA akan
diberhentikan sementara waktu. Namun propaganda memburuk-burukkan imej BA akan
diteruskan seperti BA pandai menabur fitnah, bohong dan perasaan benci dikalangan budak
tadika dan pelajar universiti. Kerajaan akan cuba mendekati dan beramah mesra dengan rakyat.
Segala masalah sosial akan diselesaikan seperti ecstasy, video game arcade, gangsterism di
kalangan orang India dan sebagainya.
LTL