Jangan harap Mahadel akan bersara
Saya ingin memberi nama glamour
baru untuk diktator yang amat dibenci oleh kita iaitu Mahadel. Nama del saya ambil dari
diktator Cuba iaitu Fidel Castro. Dalam wawancara dengan Financial Times, Mahadel akan
bersara setelah Parti UM NO MORE kukuh. Dia menambah Parti UMNO perlu dirombak dan
memerlukan orang muda untuk menyokong parti UM NO MORE barulah dia akan meninggalkan
parti itu.
Kita perlu tahu bahawa setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh diktator
Mahadel ada maksud di sebalik kenyataannya. Orang ramai sudah tentu ingin mengetahui sejauh
manakah kekuatan UM NO BARUa sekarang. Sukacita dimaklumkan parti UM NO BARUa sudah
tidak boleh diselamatkan lagi. Semua orang tahu UM NO MORE tiada harapan lagi dan akan
pupus macam dinosaur. Kehancuran UM NO MORE disebabkan
oleh Mahadel sendiri.
Saya
berpendapat Mahadel pun akur bahawa UM NO MORE berhadapan dengan satu krisis keyakinan
yang amat teruk sejak UM NO MORE ditubuhkan pada tahun 1946. Sebab itulah dia
mengambil keputusan untuk meluangkan lebih masa untuk mengambil tahu mengenai hal –ehwal
parti itu. Perlembagaan UMNO BARUa dirombak secara besar-besaran bagi menarik lebih
ramai lagi ahli untuk menyertai UM NO MORE.
Diharap perubahan drastik itu ia dapat
menarik semula keyakinan dan kepercayaan orang Melayu.
Saya akan cuba mengupas
apakah maksud tersirat pemimpin diktator Malaysia. Dia mengatakan dia akan berundur
setelah dia yakin UM NO BARUa kukuh. Secara terus terang jangan harap parti itu dapat
diselamatkan lagi. Saya berpendapat ini adalah satu helah untuk membolehkannya terus
berkuasa dan akan berkuasa sampai UM NO BARUa kukuh semula.
Selagi UM NO MORE
belum lagi kuat dan kukuh dan ditambah dengan sokongan orang muda, dia tidak berhajat
untuk bersara. Ini adalah satu taktik bagi membolehkannya terus menjadi Presiden UM NO
MORE dan Perdana Menteri. Mahadel tahu orang ramai akan tertanya-tanya dan akan terus
mempersoalkan bila dia akan
bersara. Oleh dia dapat satu akal iaitu menggunakan UM NO
MORE sebagai alasan tidak akan bersara.
Memang bijak diktator gila ini. Sampai
bila dia akan bersara kita tidak tahu. Kalau tak silap saya dia akan bersara pada tahun
2003 di mana penggal ini adalah penggal terakhir untuknya. PM gila ini tidak boleh
bersara, kalau tidak dia akan mengikut jejak Suharto dan Slobodan Milosevic. Kekalahan
dan penyingkiran diktator Yugoslavia Slobodan Milosevic meresahkannya. Oleh itu dia
terpaksa cari jalan apakah alasan terbaik yang membolehkannya terus berkuasa. Dia mempergunakan
parti UM NO MORE sebagai alasannya.
PM gila kuasa tahu UM NO MORE sukar
diselamatkan lagi. Soal sama ada UM NO BARUa dapat diselamatkan atau tidak, tidak
penting baginya. Baginya soal kedudukannya yang semakin terancam dan tergugat adalah
lebih penting. Soal keselamatan diri dan keluargannya adalalah lebih penting dari parti
UM NO MORE. Parti UM NO BARUa hanya dijadikan sebagai alat untuk membolehkannya dia
terus berkuasa sampai dia
mati.
Penyingkiran Slobodan Milosevic dan Suharto
adalah disebabkan oleh kuasa rakyat (people power). Ia menunjukkan masih ada sinar
harapan bagi rakyat Malaysia yang mahu melihat diktator Malaysia ditumbangkan atas
desakan rakyat. Sudah tentu Mahadel gelisah dan resah apabila melihat rakan-rakannya
disingkir oleh rakyat
mereka. Sudah tiba masanya kebangkitan rakyat Malaysia bermula
untuk menyingkirkan diktator Mahadel.
LTL