Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Kerajaan BN tukar taktik!

Aku hairan dengan tiba-tiba Dollah Badwi telah mengeluarkan arahan bahawa kerajaan akan mengharamkan video game. Sesiapa yang masih menjalankan perniagaan selepas Disember akan ditahan dan didakwa. Kerajaan nampaknya bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah sosial dikalangan remaja. Tak tahu pulak apa niat
sebenar kerajaan.

Mungkin kerajaan nak tunjuk kepada orang ramai bahawa kerajaan prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. Maknanya kerajaan BN cuba meraih sokongan orang ramai. Rakyat akan berterima kasih kepada usaha kerajaan. Itulah yang kerajaan mahu daripada rakyat. Di samping itu, ia juga dapat mengalih
pandangan orang ramai daripada membincangkan masalah rasuah, kronisme dan nepostisme di kalangan orang kerajaan dan kroni-kroni PM gila babi.

Saya berpendapat kerajaan BN korup telah sedar bahawa sandiwara yang mereka lakukan akhirnya akan menyusahkan diri dan merugikan sendiri. Mereka tidak boleh lagi bermain api dengan BA dan orang ramai. Perbuatan itu tidak akan memberi faedah kepada mereka. Kejatuhan satu demi satu pemimpin—pemimpin negara luar juga satu faktor penting yang mendorong kerajaan BN mengubah perancangan mereka.  Mereka terpaksa mengubah mengikut keadaan semasa yang berlaku dalam dan luar negara.

Oleh itu, mereka tukar taktik iaitu mereka mestilah berbaik-baik dan cuba mengambil hati orang ramai. Mereka cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah yang menghantui oramg ramai sekian lama. Contohnya masalah penagihan esctasy,  permainan video game yang mengandungi unsur judi dan masalah rasuah dikalangan
pegawai JPJ.                                        

Jika kerajaan berjaya mengatasi masalah-masalah di atas, kerajaan berharap rakyat akan termakan budi jasa kerajaan. Apa yang kerajaan mahu dari rakyat ialah rakyat jangan berkira sangat dengan kerajaan. Kerajaan mungkin akan kata siapa yang tidak pernah kesilapan dan kerajaan telah cuba sedaya-upaya untuk mengatasi segala kemelut yang dihadapi oleh rakyat.

Kerajaan akan kata yang mereka selama ini memang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat dan akan cuba mencari jalan untuk mengatasinya. Kalau nak harapkan kerajaan saja atasi semula masalah adalah sukar, oleh itu kerajaan perlukan bantuan dan sokongan rakyat bersama-sama menyelesaikan masalah sosial.

Katakan sandiwara ecstasy dan video game tidak berjaya dan BA mengambil kesempatan untuk menghentam balik bahawa apa yang sebenarnya ingin dilakukan oleh BN. BA mungkin akan berkata apa yang dilakukan oleh BN adalah hangat-hangat taik ayam. Mengenai ecstasy sudah sebulan lebih serbuan dilakukan di kelab
malam, pub, karaoke, pusat urut dan lain-lain tetapi BA tidak nampak ada usahadari polis iaitu membenteras gejala dadah dan lesen terbang hingga ke akar umbi. Kenapa sampai sekarang dalang dan sindiket masih bebas dan kenapa polis masih belum lagi menahan mereka yang disyaki.

BN mungkin berkata BA memang pandai mencari helah untuk menghentam usaha murni kerajaan untuk menyelesaikan masalah-masalah sosial. BA sepatutnya memberi kerjasama untuk membantu BN dan orang ramai menyelesaikan masalah-masalah sosial dan bukan hanya duduk saja dan tidak melakukan apa-apa. BN akan memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai niat jahat BA yang hanya pandai cakap dengan tujuan untuk memburuk-burukkan niat baik kerajaan.

Apa yang kerajaan BN mahu ialah rakyat terlibat sama untuk mengatasi kegiatan-kegiatan yang tidak membawa faedah. Tanpa bantuan orang ramai, polis dan agensi-agensi kerajaan lain sukar untuk membendung gejala rasuah, penagihan dadah dan permainan video game yang membazirkan duit.

Sandiwara-sandiwara seperti lepak, ponteng sekolah, dadah, masalah remaja merokok, dera (pukul anak, pukul bini), kaki botol (arak dan todi), mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, kempen berjimat cermat, memajukan negeri Terengganu, menjaga kebersihan, gotong-royong, kempen kitar semula barangan lama, kempen selamatkan tumbuh-tumbuhan haiwan-haiwan kian pupus seperti badak, harimau, penyu dan lain-lain, aktiviti bersenam (menjaga kesihatan) beramai-ramai besama pemimpin-pemimpin BN dan kempen dapatkan sokongan orang ramai untuk mendapat hak penganjuran Sukan Asia 2006 mungkin akan dilakukan oleh
kerajaan selepas ini.

Apa yang kerajaan ingin buat ialah cuba untuk menyejukkan kemarahan dan kebencian orang ramai terhadap kerajaan BN yang mempunyai masalah yang bertimbun-timbun. Kerajaan akan cuba mendekatkan diri dan beramah mesra dengan rakyat dengan melakukan sandiwara-sandiwara diatas. Saya jangkakan kerajaan akan
menukar taktik kerana amat bodoh jika mahu bermain api denga BA dan akhirnya menimbulkan kemarahan dan kebencian orang ramai.

LTL

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter