Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Siapa yang memburukkan siapa?

Utusan amat meloyakan melaporkan berita utama mengenai cubaan parti pembangkang dan NGO telah membuat perancangan yang rapi di luar negara untuk memburukkan nama PM 9/10/2000. Usaha memburukkan nama PM dilakukan setelah parti pembangkang kalah dalam pilihan raya umum tahun lepas. Berbagai-bagai cara dilakukan
antaranya ialah menabur fitnah dan menamam rasa benci terhadap PM. Oleh itu rakyat akan termakan hasutan parti pembangkang dan NGO. Kerajaan tidak memberi penjelasan sebab mengapa parti pembangkang dan NGO berbuat demikian Maknanya mesej yang ingin disampaikan ialah PM sentiasa berada di pihak yang benar. Pihak lain iri hati, tak puas hati dan dengki terhadapnya. Dengan perkataan lain, PM dan kerajaan semuanya betul dan benar sementara parti pembangkang dan NGO semuanya salah. Kalau kerajaan betul dan benar sila jawab persoalan dibawah:

 Mengeluarkan kenyataan penuh dengan fitnah, hasutan, bohong, ugutan, ancaman dll
 Menghina dan memperlekeh ulama, Nabi, Al-Quran dan Al-Hadis
 Menghapuskan kuasa raja-raja
 Memecat bekas hakim negara Tun Salleh Abas
 Memecat DSAI tanpa sebab yang kukuh
 Memecat pengarang Utusan Meloya dan Berita Hampas
 Memecat Datuk Sabaruddin Chik
 Memecat Datuk Muhamad Rahmat Bulat
 Memecat Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara yang tidak sebulu dengannya
 Tidak menyambung kontrak pengerusi TNB, Tan Sri Ahmad Tajuddin (dipecat?)
 Mewujudkan rasuah, kronisme dan nepotisme
 Masuk campur dan berkuasa dalam bahagian kehakiman
 Masuk campur dan melanggar perjanjian wang royalti
 Memperlekehkan Perlembagaan Persekutuan
 Memperlekehkan Rukun Negara, hanya sebagai hiasan dibelakang buku tulis
 Menyekat hak asasi
 Menyekat hak kebebasan bersuara
 Menggunakan ISA, Akta Hasutan dll untuk mengugut dan menakut-nakutkan rakyat
 Mempergunakan dan memperalatkan Polis dan tentera
 Mempergunakan, memperalatkan dan memperbodohkan orang Cina = komunis
 Mengamalkan dasar pecah dan perintah, memecah-belahkan rakyat                                          
 Mempergunakan SPR
 Membazirkan duit rakyat untuk membina mahligai, litar F-1 Sepang, KLCC, Bakun, KLIA dll
 Merampas tanah rakyat dan dijual kepada kroni-kroni
 Memberi pelindungan kepada kroni-kroni, anak-anak dan diri sendiri yang terlibat dengan rasuah
 Memberi pelindungan kepada Muhammad Taib (larikan duit berjuta-juta ke Australia), Tan Sri Rahim Thamby Chik (perogol), Datuk Adnan Yaakob (isyarat lucah), Datuk Mohamad Khir Toyol (bermandi darah), Aziz Mamak Gangster (demonstrasi di hadapan Bangunan Suqiu), Datuk Wira Ali Mohd Rustam (Hidup DAP,
Mati Melayu)
                                  
Banyak lagi salah laku kerajaan dan PM yang saya tak dapat fikirkan semua ini.

LTL

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter