Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Kenyataan dan hujah bodoh PM

PM berkata dia tidak pernah mengelak menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh wartawan walaupun soalan yang ditujukan kepadanya adalah soalan bodoh (idiotic questions). Sama ada dia sedar atau tidak semua jawapannya adalah bodoh, kebudak-budakkan dan melucukan. Saya telah kumpulkan kenyataan dan hujah bodoh beliau yang dipetik dari newsgroup, laman reformasi dan paper lama. Kenyataan dan hujahnya penuh dengan pembohongan, fitnah dan putar-belit. Pening kepala aku nak membalas kenyataannya yang penuh dengan putar-belit.

  1. Dia mengatakan dia menerima gaji yang rendah atau UNDERPAID. Gaji RM 16000 sebulan itu baru dikira basic salary. Kalau dicampur dengan side income dan komisen sudah tentu gaji PM jauh melebihi gaji chairman Petronas. Saya tak payah beritahu apa itu side income dan komisen. Kau orang lebih
    mengetahui. Tak payah claim overtime berjuta-juta ringgit. Kalau dia nak claim overtime, sah dia sudah tamak harta dan melanggar undang-undang pekerja. Pekerja bukan eksekutif dibenarkan claim overtime. Yang lain termasuk PM tak boleh. Begitulah perangai PM yang suka mencabul dan melanggar undang-undang sesuka hati. Kalau boleh dia ingin dikecualikan dalam undang-undang pekerja dan
    merupakan pekerja pertama dari bahagian eksekutif dibenarkan claim overtime. Memang tak hairan. Mahathir adalah Malaysia, Malaysia adalah Mahathir.
  2. Penculikan di Pulau Sipadan adalah tidak serius dan tidak menjejaskan sektor pelancongan. Patutlah penculikan kedua di Pulau Pandanan berlaku lagi. PM memandang ringan terhadap soal keselamatan negara. Sudah tentu bilangan pelancong asing akan berkurangan. Memang tak hairan pun. Isu keselamatan negara dianggap remeh. PM lebih mementingkan soal politik dan lebih baik jaga diri sendiri.
  3. Anak-anaknya tidak bergantung kepadanya. Kenapa ada bail-out terhadap perniagaan anak-anak PM yang gagal seperti konsortium perkapalan MISC. Sudah tentu mereka bergantung kepada ayahnya untuk
    meyelamatkan diri mereka. Kalau benar mereka tidak bergantung kepada PM, sudah tentu PM akan biarkan mereka gulung tikar. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
  4. Perniagaan anak-anak Mahathir tidak melibatkan kerajaan. Kalau ada ia adalah jumlah yang
    kecil. Maknanya PM mengakulah cuma dia tidak berani menyatakan jumlah yang sebenar.
    Jumlah yang kecil pada anggapan orang miskin adalah besar. Mungkin jumlah yang kecil adalah beratus-ratus juta pada anggapan PM adalah perkara kecil.
  5. PM kata anak-anaknya adalah berkelayakan dan merupakan ahli perniagaan yang berkebolehan.
    Ya ke? Orang lain berniaga, anak-anak Mahathir nak ikut sama tapi apa saja mereka buat semua tak jadi sampai kena minta tolong dari bapak untuk bail-out   perniagaan mereka yang gagal. Kalau berkebolehan tak kan semua perniagaan hancur berkecai dan bankrupt. Tak tahu berniaga jangan nak berniaga. Kelakar! Kelakar!
  6. PM tidak membenarkan anak-anaknya membuat tawaran tender kerajaan. Tak payah buat tawaran, terus saja dapat tender secara automatik. Buang masa dan leceh kalau nak ikut prosedur.
  7. Dia ditanya adakah banyak syarikat mengambil anak-anak PM sebagai pengarah dan ini adalah kerana ada connection dengannya sebagai PM? PM menjawab mereka adalah berkelayakan dan ada permintaan yang tinggi untuk mencari pengarah seperti anak-anaknya. Tak payah nak menafikan lagi. Mengaku sajalah.
  8. PM mengaku Perwaja Steel membawa kegagalan tetapi kebanyakan projek membawa. kejayaan seperti Proton, MSC dan KLIA. Kalau Proton berjaya, taklah dia suruh Petronas menghulurkan bantuan. Kalau
    Proton berjaya, kenapa nak minta kat AFTA supaya cukai kereta import dilanjutkan hingga ke tahun 2005. Mengaku sajalah PM yang Proton tidak mampu bersiang dengan pengeluar kereta yang lain. Dia tidak mahu Proton joint venture dengan pengeluar kereta lain.
  9. Kalau dia tak berjaya mentadbir negara dengan baik, Malaysia tidak akan makmur seperti sekarang.  Makmur?  Masalah hutang negara bertambah, pelabur asing hilang keyakinan, masalah inflasi, kronisme, ketidaktelusan pentadbiran negara, indeks saham lemah, rasuah, mengapikan perkauman, memecah-belahkan rakyat dan banyak lagi. Sudah jahanam negara dibuatnya.
  10. Kita ada duit dan mampu membina projek seperti Twin Towers, MSC, Putrajaya,  KLIA. Kita tidak pinjam duit dari luar. Kita membina projek tersebut kerana kita ada mempunyai sumber   kewangan yang cukup. Yang dia pergi ke Jepun buat apa? Sudah tentu PM pergi ke Jepun meminjam duit. Hutang negara bertambah dan terpaksa meminta Petronas dan EPF menghulurkan bantuan. Kalau ada duit kenapa nak pinjam duit dari orang luar?
  11. PM menuduh rakyat menyalahgunakan internet untuk menyebarkan fitnah dan tujuan yang tidak berfaedah.
    Rakyat dahagakan informasi yang telus dan benar dan bukan berita-berita hampas yang dimuatkan dalam suratkhabar seperti Utusan Meloya, Berita Hairan/Hampas, New Shit Times dan TV ¾.
  12. Dia ditanya oleh wartawan jika dia ada mempunyai apa-apa kekesalan selama 18 tahun yang lepas? Dia menjawab, tak ada, tak ada kekesalan. Saya mungkin telah melakukan beberapa kesilapan, antaranya Perwaja Steel dan membenarkan puak ekstremis bertapak dalam negara. Banyak kesilapan yang telah dilakukannya: rasuah, kronisme, nepotisme, beban hutang terpaksa ditanggung oleh rakyat dan banyak lagi. 
  13. Semasa lawatan PM ke luar negara, dia membidas media asing yang hanya mendengar penjelasan dari satu pihak saja (kes DSAI). Apa yang telah dijelaskan oleh PM, semuanya bullshit. Tak ada siapa yang percaya termasuk media asing yang mahukan penjelasan yang benar dari sumber lain. Buang masa media asing dengar penjelasan PM.
  14. Parti Keadilan Nasional dan parti pembangkang bercadang menimbulkan kekacauan dan rusuhan. Pada 14/4/2000 (Black 14), orang Parti Keadilan akan bersedia memukul polis, membawa senjata, kayu dan membuat molotov cocktails. Dakwaan beliau diberi liputan yang meluas dalam media elektronik dan media
    cetak. Tiada kejadian yang diingini berlaku pada hari tersebut. Jelas siapa yang menimbulkan situasi yang tegang dan tidak aman? Siapa yang ingin kekacauan berlaku? Tepuk dada tanya selera.
  15. Kejadian bakar sekolah adalah disebabkan oleh ada pihak tertentu (parti pembangkang) yang mengajar murid sekolah berbuat demikian. Kanak-kanak dan orang dewasa diajar oleh pihak tertentu supaya tidak mematuhi undang-undang, menjalankan demonstrasi dan membuat sesuka hati ikut selera mereka dengan alasan kerajaan tidak akan berbuat apa-apa. Ada pihak yang cuba mempengaruhi kanak-kanak dalam tadika supaya membenci kerajaan dan tidak menghormati sesiapun termasuk guru. Tak tahu apa nak cakap. Kalau PM sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian, dia layak dimasukkan ke hospital orang gila. Ia menunjukkan PM sudah tidak waras lagi. Hanya dia seorang sahaja yang betul dan orang lain salah. Tak tahulah apa nak jadi pada dia.
  16. PM menggalakkan rakyat bercampur-gaul dan bersatu padu diantara satu sama lain untuk
    mencapai keharmonian dan keamanan. Bullshit. Sebenarnya PM inginkan perpecahan dan perbalahan berlaku di antara pelbagai kaum. Dia mengamalkan dasar pecah dan perintah dan sentiasa cuba memainkan api perkauman untuk kepentingan diri sendiri . Lihatlah apa yang telah berlaku semasa kempen pilihanraya yang dianggap sebagai kempen pilihan raya umum yang terkotor. Kalau PM ingin benar rakyat bersatu padu, dia tidak akan menggunakan taktik kotor untuk menakut-nakutkan, mengugut dan menghasut pengundi.
  17. Dia mengatakan apa pandangan orang terhadapnya tidak penting. Dia berpuas hati yang dia telah memberi pekhidmatan/sumbangan yang baik kepada rakyat. Tak tahu apa nak cakap. Memang pandai dia putar-belitkan kenyataan. Yang aku tahu dia memperbodohkan, mempergunakan, memperalatkan, memperlekehkan, mengugut, menghasut, membohong, menfitnah, menyindir, menghina, membalas dendam, menyakitkan hati dan menyekat kebebasan terhadap rakyat. Mengata orang dia sendiri yang lebih.
  18. Dia tidak kisah apa pandangan orang Malaysia terhadapnya kerana sudah tentu ada yang menyokongnya dan ada yang tidak menyokongnya. Ada yang memuji dan sebaliknya. PM ini sudah tentu mimpi siang agaknya. Hanya anak-anaknya, kroni-kroni PM saja yang menyokongnya. Bukan saja kroni-kroni memuji malah memujanya sebagai hero dunia ketiga. Hampir kesemua orang Malaysia menolaknya dan membencinya. Dulu orang Melayu tak suka dia dan sekarang giliran orang Cina pula yang membencinya.
  19. Dia mengingatkan umat Islam dan ahli UM NO MORE mestilah bersatu-padu. Tak tahulah sudah beberapa kali dia mengeluarkan perkataan sedemikian. Selagi dia berkuasa, tiada perpaduan diantara umat islam. 
  20. PM memberi amaran penjajahan dalam bentuk ekonomi akan berlaku. Kalau dakwaan PM adalah benar, kenapa dia berhempas-pulas memujuk para pelabur asing melabur dalam MSC. Pada 23 September Rafidah gempal mengetuai rombongan ke USA untuk tujuan yang sama.
  21. PM: Jangan keterlaluan. Amaran kepada parti komponen BN jika tidak mahu kehilangan apa yang dinikmati. Macam ugutan pulak. Siapa yang lebih rugi, PM atau orang lain. PM tak sanggup
    kehilangan harta dan kuasa.
  22. Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke 43 dalam suasana makmur, maju dan aman. Betul ke ini? Demam kemerdekaan seolah-olah tidak dirasakan. Kebanyakan rakyat merasakan tiada makna dan sebab mahu meraikan kemerdekaan. Tiga tahun yang lepas, bendera jalur-gemilang dikibarkan dengan megahnya tapi sekarang bilangan bendera yang dikibarkan di kereta boleh dibilang dengan jari. Sebenarnya Malaysia menyambut kemerdekaan dalam suasana bimbang, kelam-kabut, keadaan ekonomi yang tidak menentu dan berpecah- belah.
  23. Makna Malaysia dan Merdeka ialah kita diberkati. Maruah dan hak ketuanan dipelihara dan dipertahankan. Itulah makna sebenar kemerdekaan di Malaysia. Makna merdeka hanya pada nama saja. Malaysia belum lagi merdeka dalam erti kata yang sebenar. Sudah tiada maruah lagi.  Hak asasi dan kebebasan bersuara dan menyuarakan pendapat dihalang dan disekat. Prinsip Rukun Negara hanya ada pada belakang kulit buku tulis sebagai hiasan saja dan tidak dipraktikkan malah diperlekehkan.
  24. Saya mengaku saya tidak sempurna. Kadang-kala saya ada membuat kesilapan. Ada sesiapa yang tidak pernah membuat kesilapan. Saya tidak pernah menyatakan saya adalah seorang pemimpin sempurna tapi majoriti yang saya buat adalah betul. Anda boleh lihat sendiri. Tidak menghairankan kerana dia tidak akan mengaku yang majoriti dia buat adalah salah.
  25. Semua rakyat Terengganu akan menerima faedah dari pemberian wang ehsan. Faedah apa? Apa sudah jadi pada Terengganu sejak 25 tahun yang lepas? Mana perginya faedah yang sepatutnya diberikan dan dijanjikan oleh kerajaan BN pada masa yang lalu? Mana perginya duit berbillion-billion yang telah diterima oleh BN tapi Terengganu masih merupakan kedua negeri termiskin malah berhutang sebanyak RM 700 juta pulak tu. Kenapa BPR senyap saja. Oh terlupa saya, BPR bukannya Badan Pencegah Rasuah tetapi BPR adalah Badan Pelindung Rasuah atau Badan Penggalak Rasuah.
  26. Kerajaan negeri Kelantan tidak dapat memberikan air bersih kepada rakyatnya. Dia berkata “Apabila anda membuka paip, anda akan dapat kopi.”  Kerajaan Kelantan meminta bantuan  daripada kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah air. Mereka meminta sebanyak RM 600 juta dari kita. Jika kita ada sejumlah wang itu, kita akan menggunakannya dengan sebaik-baiknya. Kopi!, maknanya air di Kelantan tersangatlah kotor. Bagaimana dengan rungutan orang ramai bekalan air di negeri Selangor juga kotor. Bagaimana PM gila nak buat penjelasan mengenai air yang mengandungi pasir, batu, keladak dan lumpur.
    Nak kata air di Kelantan kotor, bekalan air di negeri lain pun sama kotor. Bodoh betul PM. Mengata orang diri sendiri yang lebih. Tak guna punya PM.  PM gila ini makin hari makin tak betul perangainya.
  27. Ia adalah menakjubkan pada mulanya orang bukan Melayu tidak menyukai dan mempercayai saya. Sekarang mereka suka dan menyokong saya tetapi tidak disukai oleh kaum saya. Saya berpendapat, ia boleh diatasi pada masa hadapan. Mak datuk, satu lagi kenyataan putar-belit PM tak betul. Siapa lagi yang mahu memberi sokongan dan kepercayaan kepadanya. 

PM tak betul semakin dipinggirkan.


LTL

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter