Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

ISU PELAJAR BUMIPUTERA LEMAH

Isu kelemahan pelajar-pelajar bumiputera kini menjadi topik perbualan di kalangan pemimpin2 tertinggi UMNO. Pernah saya terdengar PM sendiri menyuarakan kebimbangannya dengan prestasi pelajar2 bumiputera tapi sebab yang diberikannya kurang tepat pada pengalaman saya semasa saya bersyarah di IPTA dulu. Saya berpendapat penglibatan pelajar2 bumiputera dalam demonstrasi2 adalah minima yang tidak akan menjejaskan pelajaran mereka. Dari pengamatan saya, ada faktor2 lain yang menyebabkan prestasi pelajar2 bumiputera kita di IPTA tempatan lemah.

Pertama, Pada amnya, pelajar-pelajar yang memasuki IPTA ialah golongan yang telah ditapis, yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. 'The cream' telah pun dipilih dan dihantar ke luar negara manakala yang tinggal ialah hanya yang 'seredak' atau 'hampas'(maaf kerana mengguna istilah ini, bukan tujuan saya nak menghina pelajar2 bumiputera!). Jika dibandingkan dengan prestasi pelajar2 bukan bumiputera (BB), kebanyakkan BB memasuki IPTA dengan kelulusan STPM yang jauh lebih susah dan mencabar dari pengajian matrikulasi yang dilalui oleh pelajar2 bumiputera. Memang tidak dinafikan, standard STPM adalah lebih tinggi dan biasanya, pelajar2 BB yang berjaya memasuki IPTA mempunyai kelulusan STPM yang agak baik dan tidak kurang juga, yang cemerlang. Lagi pun, walaupun ramai pelajar2 bumiputera kini mendapat gred I dalam SPM tapi standardnya jika dibandingkan dengan SPM pada tahun2 60 dan 70an, ialah jauh lebih rendah. Saya percaya jika disuruhnya pelajar-pelajar kita mengambil SPM yang dikelolakan oleh Cambridge, sudah pasti ramai yang tidak akan memperolehi keputusan2 yang cemerlang.

Kedua, Sudahlah lemah, sikap pelajar bumiputera terhadap pelajaran pula tidak seperti sikap yang ditunjuk oleh pelajar2 BB. Ini ada kaitan dengan peluang untuk memasuki IPTA dan bantuan kewangan di mana pelajar2 BB sedar bahawa disebabkan kuota, amat susah untuk mereka mendapat tempat di IPTA dan setelah berjaya memasuki, ibu bapa mereka terpaksa bersusah payah meminjam, bergadai untuk membiayai pengajian anak2 mereka. Kepada kaum BB, khususnya orang2 Cina, pelajaran merupakan satu pelaburan jangka panjang yang tidak boleh dikompromi. Disebabkan ini, maka pelajar2 BB lebih tekun,lebih gigih dan lebih serius menghadapi pelajaran mereka jika dibandingkan dengan pelajar2 bumiputera. Pergilah di mana2 library IPTA, sudah pasti ia dipenuhi oleh pelajar2 BB.

Ketiga, Sudahlah lemah, pelajar-pelajar bumiputera pula di himpit dengan berbagai bagai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti. Masa untuk mengulangkaji dan menatap nota2 kuliah terhad. Biasanya, tidak ramai pelajar2 BB yang terlibat dalam aktiviti2 atau program2 ini. Mereka lebih mengutamakan pelajaran mereka. Pada mereka, masa itu emas.

Keempat, pelajar2 bumiputera telah dimanjakan dari bangku sekolah lagi. Kalau pelajar-pelajar bumiputera lemah dalam sesuatu pelajaran,  pihak Kementerian bukan nak mencari dan memperbaiki kelemahan2 tersebut tetapi mengambil jalan mudah dengan menurunkan standard sesuatu mata pelajaran. Sebagai contoh, pada satu ketika dulu, kelulusan mata pelajaran matematik tambahan untuk SPM telah diturunkan ke tahap 15 markah. Bayangkanlah betapa rendahnya mutu lulusan2 SPM kita sekarang!Kita lebih mementingkan kuantiti dari kualiti. Jadi bila pelajar2 sebegini memasuki IPTA, ramailah yang akan menghadapi masalah. Asasnya kurang kukuh kerana di peringkat sekolah dan matrikulasi, standard telah diturunkan.

Kelima, pengajian di peringkat sekolah pun tidak sepadat macam dulu. Guru2 pun kurang bermotivasi kerana 'the teaching profession is the worst paid' walaupun tugas2 guru adalah murni untuk mendidik anak2 murid. Dengan beban kerja yang banyak dan gaji yang rendah dan peluang naik pangkat amat tipis sekali, biasanya profession ini tidak akan mendapat graduan2 yang terbaik. Bandingkan dedikasi guru2 sekarang dengan guru2 di tahun2 60 dan 70an, amat beza sekali. Dengan sendirinya, standard pengajaran akan turun dan yang menjadi mangsa ialah pelajar2.

Keenam ialah urusan pendidikan sepatutnya tidak boleh dipolitikkan. Merbahaya kerana jika orang2 politik campurtangan dalam hal ehwal pendidikan, sistem akan menghadapi banyak masalah. Dari pengalaman saya, standard di antara IPTS dan IPTA jauh bezanya kerana IPTS tidak banyak menghadapi campurtangan orang2 politik. Di IPTA disebabkan desakan2 politik, kuantiti diutamakan dan perubahan2 drastik terpaksa dilakukan. Kelayakan kemasukan pun boleh diturunkan. Sebagai contoh, untuk kursus2 professional, dari 4 tahun dikurangkan kepada 3 tahun sungguh membebankan pelajar-pelajar bumiputera yang tidak boleh 'keep pace'. Termengah mengah dibuatnya pelajar2 bumiputera yang memang pada asalnya sudah lemah.

Ketujuh, dalam sistem 3 tahun yang diilhamkan oleh orang2 politik, kerana masa terlalu pendek, banyak mata pelajaran telah didilutekan.Selain itu, jumlah jam untuk 'core subjects' dikurangkan dan pelajar2 dipaksanya mengambil juga subjek2 yang tidak ada kaitan. Kebanyakkan pelajar2 bumiputera menghadapi masalah mengambil kursus2 yang tidak berkaitan ini tapi disebabkan syarat, terpaksa juga mengambilnya.

Jika kita kaji sistem-sistem pendidikan di negara-negara maju (ambil contoh, negara England), jarang sangat kita mendengar sistem-sistem pendidikannya melalui banyak proses perubahan. Tapi di sini, kita kerap mendengar dan selalunya,  pelajar-pelajarlah yang  menjadi mangsa  digunakan sebagai eksperimen.Yang tak boleh adjust dengan perubahan ini yang kadangkala dieksperimenkan, ialah pelajar-pelajar bumiputera.

Di negara-negara lain, jika ada pun campur tangan politik dalam pendidikan ialah  hanya untuk memperkukuhkan sesuatu sistem pendidikan yang menjurus kepada kebaikan dan pandangan2 dari profession tersebut, para akademik diambil kira dan dititikberatkan. Tapi disini, malangnya, para2 akademik yang berjawatan tinggi di IPTA semuanya kaki angguk belaka, tak berani bersuara dan kebanyakkan mereka  mempunyai agenda-agenda pribadi.

Jika kita mahu mengembalikan zaman kegemilangan pendidikan di negara ini, janganlah mempolitikkan pendidikan kita. Janganlah memasuki unsur-unsur politik dalam IPTA kita dan 'leave the job of education to the professionals who are well trained in their fields'. Kepada mereka yang memegang jawatan2 penting dalam IPTA,apabila berdepan dengan orang-orang politik,  jangan tahu angguk saja. Speak up and give your views kerana jika tidak, yang menjadi mangsa kelak ialah pelajar-pelajar bumiputera sendiri.


PENSYARAH IPTS

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter