Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

KESUDAHAN PERBICARAAN TRAGEDI SAUK

Perbicaraan tragedi Sauk ialah satu formaliti sahaja. Keputusannya sudah ada dalam laci hakim! Mahathir sudah mencanangkan cerita Sauk ini samaada di dalam negeri atau di luar negara. Di mesyuarat parti Gerakan beliau menyebut mengenai isu ini dan yang terbaru, di London pun beliau menyebut mengenai isu yang sama.
Kesnya lebih kurang sama dengan kes DSAI di mana Mahathir awal2 lagi  sudah menjatuhkan hukuman. Ke sana ke mari, di dalam negeri dan di luar negara beliau mencanangkan mengapa beliau terpaksa memecat timbalannya tapi bila dipanggil ke mahkamah, tak berani pergi.Bukti2 boleh direkacipta dan diubahsuaikan sesuka hati. Saksi2 yang tidak kredible dan kenyataan2 yang meragukan boleh diterima pakai. Buat macam mana pun, yang penting DSAI mesti didapati bersalah. Satu perbicaraan yang menjadi bahan ketawa satu dunia tapi apa yang puak2 ini pedulikan?

Berbalik kepada kes Sauk, peguam2 bela menghadapi jalan sukar. Tugas yang amat berat sekali. Tugas untuk hakim dan Mokhtar Dugong ialah menjalankan perbicaraan sebagai formaliti sahaja. Keputusannya sudah boleh diduga, 99.9% akan memihak kepada pihak kerajaan kerana itulah yang Mahathir mahukan. Takkan kerajaan kalah dalam kes ini. Malulah Mahathir, sebagai seorang Perdana Menteri  yang sudah mencanangkan cerita ini satu dunia!

PEGUAM MUDA

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter