Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

DEMOKRASI ALA MAHATHIR

Semasa di London, Mahathir telah berkata bahawa Malaysia akan terus mengamalkan demokrasi. Demokrasi yang bersesuaian dengan negara ini walaupun negara negara barat sudah pasti tidak akan setuju dengan demokrasi yang diamalkan oleh negara kita. Demokrasi yang dimaksudkan ialah ala Malaysia atau lebih tepat acuan Mahathir di mana:

  1. Kata2 PM ialah muktamad di mana PM boleh menghukum seseorang sebelum siasatan dijalankan dan perbicaraan dilakukan. Perbicaraan ialah hanya satu formaliti sahaja untuk menjatuhkan hukuman.
  2. Jika seseorang tidak disenangi, PM berkuasa penuh untuk memecat dan menghukumnya dengan merekacipta fitnah fitnah.
  3. PM mempunyai kuasa penuh untuk mengguna jentera jentera kerajaan seperti PDRM dan institusi kehakiman untuk tujuan tujuan pribadinya.
  4. PM mempunyai imuniti dengan kedudukannya lebih tinggi dari undang2. Kalau PM disapina pun, beliau tidak perlu hadir di mahkamah.
  5. PM berkuasa menutup sesuatu siasatan jenayah atau salahlaku rasuah dengan BPR boleh tutup mata sebelah.
  6. PM berkuasa penuh untuk membelakangkan atau memansuhkan sesuatu perjanjian yang telah dipersetujui dan dimeterai sebelum ini sesuka hatinya.
  7. PM mempunyai hak untuk memutarbelit berita2 yang nak dilaporkan dalam media media massa. Fakta2 boleh diputarbelitkan sewenang wenangnya tanpa mengambilkira perasaan muak rakyat jelata.
  8. PM boleh berbohong dan berlakon setiap masa.
  9. PM berkuasa penuh terhadap Suruhanjaya Pilihanraya. Pilihanraya boleh dikotorkan sesuka hati tanpa memberi ruang langsung kepada parti2 pembangkang.

Demokrasi acuan Mahathir ini memang tidak sama dengan demokrasi di mana2 negara. Ia lebih merupakan demokrasi pribadi untuk membebaskan diri sendiri demi untuk mempertahankan kuasa.Demokrasi yang bercelaru yang disesuaikan mengikut keadaan dan yang menjadi bahan ketawa satu dunia..

Sedarlah wahai rakyat Malaysia, setelah Mahathir mati kelak, negara akan mengambil masa yang agak panjang untuk memulihkan keyakinan satu dunia terhadap demokrasi yang diamalkan di zaman Mahathir.

Kita diperbodohkan lagi oleh mamak bendahara ini. Melaka jatuh disebabkan oleh seorang mamak dan UMNO hancur disebabkan oleh seorang mamak juga.

BEKAS UMNO

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter